BAHASA MELAYU

SEMUA PIHAK HARUS BERGANDING BAHU KE ARAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DAN BAHASA RASMI DI MALAYSIA.

Friday, 27 March 2015


Nyamuk Aedes majalah sains
TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN0


IMR Hasilkan Cat Dinding Anti Nyamuk Aedes


Penggunaan cat anti-nyamuk Aedes yang dibangunkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dijangka dapat dikomersialkan pada awal Jun depan.
Ketua Unit Entomologi IMR, Dr Lee Han Lim, berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar cat antarabangsa untuk menghasilkan cat anti-nyamuk itu yang kini dikenali sebagai ‘painticide‘.
IMR tidak mampu menghasilkan cat ini secara besar-besaran untuk dikomersialkan secara sendirian kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Justeru, selaras dengan polisi pengkomersialan kerajaan, kami mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar cat terkemuka untuk membolehkannya dikomersialkan di seluruh dunia.
Sehingga sekarang, ‘painticide’ ini sudah dipatenkan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Vietnam, Indonesia selain Malaysia.
Dr Lee berkata, produk berkenaan juga sudah didaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Bagaimanapun, kita belum memperoleh maklumat mengenai harga dan berat tin cat yang akan dikomersialkan itu. Kita sedang berbincang dengan syarikat itu mengenainya.
Kementerian Kesihatan sebelum ini memperkenalkan cat anti-nyamuk sebagai langkah baharu bagi mengatasi masalah nyamuk Aedes selain penggunaan semburan racun luar rumah atau outdoor residual spray (ORS) yang mengandungi bahan deltamethrin.
Cat antinyamuk dikatakan berupaya membunuh nyamuk aedes kira-kira 10 minit selepas ia hinggap pada dinding yang disapu cat berkenaan.
Cat yang mengandungi bahan pembasmi serangga,deltamethrin dan piperonyl butoxide (PBO) itu mempunyai keberkesanan sehingga dua tahun.
Malaysia antara negara yang berada di tangga teratas dalam bilangan kes demam denggi di dunia dengan mencatatkan 2,500 hingga 2,800 kes demam denggi setiap minggu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Demam denggi meragut 215 nyawa sepanjang tahun lalu dan 95 kematian di antara Januari dan Mac ini.

TELEFON PINTAR JENAMA MALAYSIA


Assalamualaikum..


Brand baru telefon pintar keluaran anak FELDA Malaysia.


       Kalau sebelum-sebelum ni, ada telifon bimbit jenama Malaysia antaranya . CSL dan e'Touch Mobile, sekarang ni ada lagi 1 jenama telefon yang dibuat oleh anak Melayu Malaysia jenama GFon. Telefon pintar GFon akan mula memasuki pasaran tempatan pada pertengahan bulan hadapan dan buat permulaan pihaknya pengeluar menyasarkan untuk menjual sebanyak 50,000 unit telefon model Zizo 10 dan Zizo 5. Kedua-dua model tersebut yang setanding jenama terkenal antarabangsa akan dijual pada harga di bawah RM1,000.

     Menurut Mohd Suarjohani yang berasal dari Felda Tenggaroh 02, Johor Bahru berkata, pemasangan telefon pintar berkenaan dibuat sepenuhnya di negara ini iaitu di kilang miliknya di Felda Tenggaroh Dua, Mersing.

      Diperkatakan juga, kecanggihan GFon ni setanding dengan Samsung Note 3. wahhhh. macam menarik kan? harga pon jauh lebih murah.

Friday, 19 December 2014

BANJIR BESAR DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG












    Banjir besar yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia merupakan fenomena biasa pada setiap hujung tahun. Negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Johor timur yang menghadap Laut China Selatan serta tiupan angin monsun timur laut menerima taburan hujan yang tertinggi pada setiap hujung  tahun.
     Akibat daripada fenomena cuaca inilah kawasan tanah rendah dan kawasan yang berhampiran dengan sungai akan mengalami banjir besar disebabkan hujan yang turun dengan lebat dan berlarutan sehingga berhari-hari. Keadaan ini diburukkan lagi dengan sistem saliran yang kurang sistematik menyebabkan saliran ini tidak dapat menampung air sehingga berlaku limpahan ke kawasan-kawasan petempatan yang berhampiran.





         Banjir besar yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia setiap hujung tahun ini telah membawa kesan yang buruk terhadap sisio-ekonomi masyarakat di negeri-negeri yang terlibat. Walaupun kejadian banjir seperti ini sudah menjaadi kebiasaan bagi penduduk di sini, namun sebenarnya musibah ini telah mengakibatkan mereka tidak dapat mencari sumber rezeki untuk menampung ahli keluarga mereka.. Keadaan ini amat menyedihkan kerana rata-rata penduduk yang terlibat dengan bencana alam ini terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada kaum Melayu yang bekerja sebagai nelayan dan petani. Malah ada juga antara penduduk di sini terdiri daripada golongan tua yang sudah tiada pekerjaan.
         
          Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kerana rata-rata golongan nelayan pada ketika ini tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan manakala golongan petani pula tidak dapat mengusahakan tanaman mereka. Malah sebahagian besar daripada tanaman mereka telah musnah akibat bencana alam ini. Bagaimanakah mereka hendak mengisi perut ahli keluarga mereka lantaran tiada sumber rezeki pada musim tengkujuh sebegini? 










        Kebanyakan mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai mengalami nasib yang paling buruk. Apa tidaknya, air banjir biasanya akan naik secara mendadak sehingga mereka tidak dapat menyelamatkan sebahagian daripada harta benda mereka. Yang terlintas dalam fikiran mereka ialah segera menyalamatkan diri dan ahli keluarga. Sebaik-baik sahaja pasukan penyelamat tiba untuk menyelamatkan mereka, mereka tidak membuang masa lagi untuk terus berpindah ke tempat yang selamat. Mereka masih bernasib baik kerana kerajaan kita begitu prihatin dengan mengerahkan pasukan penyelamat yang terlatih dan bertanggungjawab untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir ini dengan segera ke tempat yang disediakan.

        Selain tanaman yang mengalami kemusnahan, haiwan ternakan juga turut mati dan banyak lagi harta benda milik mangsa seperti rumah, kenderaan, perabot, barangan elektrik juga turut musnah. Setiap kali banjir besar melanda, kerugian yang dialami oleh mangsa musibah ini mencecah jutaan ringgit.

         Di samping itu, banyak kemudahan asas di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir ini turut mengalami kerosakan yang teruk. Antaranya jambatan utama yang merintangi sungai roboh manakala banyak jalan raya jelus, retak dan mengalami hakisan sehingga penduduk terputus hubungan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Kejadian ini mengakibatkan mereka tidak dapat melalui jalan yang mengalami kerosakan tersebut.  Pihak kerajaan terpaksa membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih segala kerosakan yang dialami demi keperhatinan mereka terhadap rakyat.

 













Kejadian banjir banyak membawa kemusnahan harta benda penduduk yang terlibat dan kerosakan kemudahan asas

GAMBAR-GAMBAR DI SEKITAR KEJADIAN BANJIR DI KELANTAN

GAMBAR 1


BERATUS-RATUS ORANG PENDUDUK BERADA DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR YG. TURUT DITENGGELAMI AIR. MEREKA BEGITU TABAH MENUNGGU PASUKAN SUKARELAWAN TIBA YG. AGAK LEWAT UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN MAKANAN DAN PAKAIAN DISEBABKAN MEREKA MENGHADAPI KESUKARAN KE TEMPAT TERSEBUT EKORAN AIR BANJIR YG.DALAM DAN ALIRAN AIR YANG DERAS SERTA BERBAHAYA KEPADA BOT KECIL.
KITA HARUS MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN PASUKAN SUKARELAWAN YANG MENGHULURKAN BANTUAN DAN PASUKAN PENYELAMAT YG. BERTUNGKUS-LUMUS UNTUK MENYELAMATKAN MANGSA.
RASHID 26 DIS 2014


GAMBAR 2


WALAUPUN KEADAAN BEGITU MENYEDIHKAN, NAMUN PENDUDUK DI KUALA KRAI TETAP MENUNAIKAN SOLAT BIARPUN DI BUMBUNG MASJID KERANA SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA BANGUNAN MASJID MEREKA DITENGGELAMI AIR.
RASHID 26 DIS 2014


GAMBAR 3


GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN MUSIBAH BANJIR MULAI REDA DI BEBERAPA KAWASAN DI GUA MUSANG KELANTAN. KITA DAPAT MENYAKSIKAN SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA KAWASAN TERSEBUT DISELAPUTI LUMPUR DAN SAMPAH SARAP YG. DIBAWA OLEH BANJIR. KITA JUGA DAPAT MENYAKSIKAN KEMUSNAHAN YG. BERLAKU KE ATAS HARTA BENDA PENDUDUK DAN JALAN RAYA.
KITA DAPAT MELIHAT TERPANCARNYA SEDIKIT CAHAYA KEGEMBIRAAN APABILA PENDUDUK DAPAT KEMBALI KE RUMAH MASING-MASING WALAUPUN MEREKA BANYAK KEHILANGAN HARTA BENDA.
SEP...



GAMBAR 4


BEGINILAH KEADAAN BANGUNAN MRSM KUALA KRAI YG. HAMPIR KESELURUHAN BANGUNAN TERSEBUT DITENGGELAMI AIR.
MUSIBAH INI PASTINYA MENGAKIBATKAN KEMUSNAAHAN TERHADAP HARTA BENDA YG. TERDAPAT DI DALAM MAKTAB INI. NAMUN, YG. PENTING TIADA NYAWA YG. TERKORBAN DALAM KEJADIAN INI.
RASHID- 26 DIS 2014


GAMBAR 5


BAYANGKANLAH....BETAPA DALAMNYA AIR BANJIR YG. MENGGENANGI KAWASAN DI KUALA KRAI, SEHINGGA HAMPIR KESELURUHAN STESEN MINYAK DITENGGELAMI AIR.
GAMBAR DI BAWAHNYA PULA, MENYAKSIKAN KESELURUHAN RUMAH PENDUDUK DI KAWASAN INI DITENGGELAMI AIR.
SAMA-SAMALAH KITA MEMANJATKAN DOA KEPADA YG.MAHA BERKUASA AGAR MUSIBAH BANJIR DAPAT DIREDAKAN DENGAN SEGERA AGAR PENDUDUK DAPAT KEMBALI KE RUMAH MASING-MASING.
...See More
Siakap Keli added 2 new photos.


INFO BANJIR DI JOHOR





GAMBAR 6


Keadaan di Kuala Krai petang 26 Dis 2014 - air mulai surut.






Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada : 04:07pm pada 26 Disember 2014
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)-Dikemaskini pada: 04:07 pm, 26-12-2014.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun & Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Lipis, Raub, Pekan, Jerantut,Maran & Rompin) & Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya, & Johor Bahru) dijangka berterusan sehingga 27 Disember 2014.
SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)-Dikemaskini pada: 4:07 pm, 26-12-2014.
Hujan monsun beserta angin kencang dijangka berlaku di negeri:
(i) Perlis, Kedah, Perak Utara, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dari 29 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.
(ii) Sabah (Kudat & Sandakan) dari 29 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.
(iii) Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah & Betong) dari 29 Disember 2014 sehingga 31 Dis 2014.


GAMBAR 7


 Sekitar lawatan YAB TPM ke Kuantan, Pahang untuk meninjau keadaan banjir
 

GAMBAR 8




GAMBAR 9



BEGINILAH KEADAAN BEBERAPA BUAH KERETA YANG MENGALAMI KEROSAKAN DAN TERBALIK AKIBAT DIHANYUTKAN AIR BANJIR YANG AMAT DERAS DAN DALAM, DAPAT DILIHAT SETELAH BANJIR MULAI SURUT. BAGI MEMBAIK PULIH KENDERAAN INI TENTUNYA MEMAKAN BELANJA YANG BESAR.
WALAU APAPUN YANG BERLAKU KITA HARUS BERSABAR DAN PASRAH ATAS UJIAN DARIPADA ALLAH. PASTINYA ADA HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH INI.
RASHID 27 DIS 2014


GAMBAR 10


PERDANA MENTERI BEGITU PRIHATIN TERHADAP RAKYAT YANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR DENGAN MENGADAKAN TIJAUAN KE KAWASAN YANG MENGALAMI BANJIR DI KELANTAN, SEKEMBALINYA KE TANAH AIR SELEPAS MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN B.OBAMA.
RASHID 27 DIS 2014



GAMBAR 11


PERDANA MENTERI BERKUNJUNG KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR DI KELANTAN. BELIAU BERPELUANG MENEMUI MANGSA-MANGSA BANJIR YG. DITEMPATKAN DI BEBERAPA PUSAT PEMINDAHAN BANJIR DI SINI.
GAMBAR DI BAWAH PULA MENUNJUKKAN PERDANA MENTERI MENAIKI PESAWAT KHAS UNTUK MENINJAU DARI UDARA KAWASAN-KAWASAN YANG DITIMPA BANJIR BESAR DI KELANTAN.
RASHID 27 DIS 2014

GAMBAR 12


GAMBAR YANG MENUNJUKKAN ANGGOTA PENYELAMAT TUDM MENGHANTAR MAKANAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI MANIK URAI, KELANTAN.
DIRAKAM SIANG 26 DIS 2014
CIKGU RASHID



Sultan Kelantan memang Trbaik.

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mgharung bnjir utk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama mmbntu kerja2 menyelamat shgga org x sdar itu sultan mereka.
Beliau juga menerima arahan dr seorg Mejar. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dlm cawan polisterin dgn petugas2. Tiba2 beliau disapa
"abg dr mana?"
"org sini jgk"
"mcm muka tuanku la abg ni"
Beliau hanya trsenyum
setelah menyedari yg disapa td adalah sultan mereka, kecut perut org td minta maaf krn tdk tahu yg itu adalah sultan. Beliau hanya trsenyum malah memeluk org td. Tergamam Mejar yg ada kt situ, langsung x reti nk bg arahan mcm mula2 td.
Ciri2 pemimpin begini kita mahukn. Menyusup keluar dr istana, mmbntu rakyat tnpa mmprkenalkn diri. Moga Tuanku mnjd cth pd sultan dan bakal2 sultan. Allahhu Akbar!..
Copy from wussup 








... Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ




Anggota bomba dan penyelamat membantu mangambil wanita yang hendak bersalin ke kem 21 RAMD Pengkalan Chepa dan menghantar ke HB USM Kubang Krian.





Najib Razak meluangkan masa melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.





Pemuda UMNO Malaysia telah mendapatkan helikopter untuk menghantar barang keperluan asas untuk dihantar kepada mangsa banjir melalui Pasir Puteh ke Kuala Krai, Gua Musang, Rantau Panjang, dan Kota Bharu . Setakat ini hampir 1,600kg bantuan dalam masa 24 jam. Bersama-sama kita doakan agar cuaca bertambah baik agar lebih banyak bantuan dapat dihantar melalui cara ini. ‪#‎banjirmove‬ ‪#‎aiddrop‬







Gambar sebelum dan semasa banjir di Kuala Krai.



Sedih kami berdua
Friends of BN - Barisan Nasional added 2 new photos.
Seorang mangsa banjir dari Bahagian Kuchil meluahkan rasa penghargaan kepada Hishammuddin Hussein apabila ATM menghulurkan bantuan akibat rumahnya yang musnah dalam banjir.




ini bukan banjir biasa ... ia banjir lumpur ... saya bincang dgn Dr. Hadi tadi rasanya dengan skala kemusnahan seperti yg kami tengok ni ... mahunya berbulan nak clear ...
Jadi bantulah kami ... ni rumah yg hanyut di bawak arus ... tuan rumah tak tahulah macam mana ...







Sekitar bantuan ketenteraan oleh 3 Div untuk mangsa banjir di Pahang.
Like ·  ·  · 1,457618




Disebabkan bencana banjir memburuk Rabu lalu, Kelantan pada satu ketika hanya bergantung kepada satu sahaja sumber bekalan dari Grid Nasional melalui talian 275kV Kenyir ke Kandis."
Like ·  ·  · 30




Kagum semangat begitu tinggi




etidakupayaan seorang warga emas dibantu anggota bomba dalam misi memindahkan mangsa banjir di Kampung Gajah, Perak Tengah, petang tadi. - Foto Bomba
Like ·  ·  · 3,575



Pasukan Polis Marin Wilayah 3, memindahkan mangsa banjir di Kg. Pahang Tua, Pekan dengan menggunakan bot PAC.





Anggota tentera membantu mangsa banjir di SK Durian Mentangau.


Anggota tentera memindahkan mangsa banjir ke dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan.




Kelihatan jalan di laluan masuk ke Kampung Tanjung Kuala di Tumpat rosak teruk sebaik banjir mulai surut. Gambar diambil patang ini. - Foto pembaca Sinar Harian oleh HAZRIN HISHAM HASSAN




KOTA BHARU 30 Dis. – Sebanyak 11 keluarga di Kampung Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka dihanyutkan air sungai ketika banjir melanda negeri ini pada 23 Disember lalu.
UTUSAN.COM.MY






Mazwin Mohd Yusop added 13 new photos — with Saya Syuhaida.
Lokasi: Kg siram n kg pohon tanjung, pasir mas
Ai dah surut paras pinggang.... Air laju sgt dr Sungai golok yg bdekatan dgn area kampung. Bekalan mknn dperlukan...
.
  • Cikgu Rashid

    Write a comment...





Mahasiswa Ump Pekan.. harap sedikit sebanyak pertolongan nie mampu meringankan mangsa banjir..
Like ·  · 





Dia gondol kan hutan kamu guna tandatangan seorang alim dan bawa kayu balak ke luar dari Kelantan berlori lori jumlah nya.
Selepas hutan dn bukit kamu di gondol kan , nama tuhan kamu hendak di rampas nya di jadi kan 3.
Kemudian di arah nya kamu benci sesama agama dan bangsa dan kamu semua akur dan junjung perintah nya.
Sekarang di kala kamu susah.,ada kah kamu tanya berapa banyak lori guni beras sudah mereka hantar? sama banyak ke dengan kayu balak yg di bawa pulang berlori lori ke Perak?
Berapa tin sardin sudah kamu dapat dari mereka?
Oh tu bukan tanggunjawap mereka, abis tu tanggung jawap mereka kaup harta kelantan saje ke?
dan kamu heran kenapa Allah banjjirkan bumi kamu.
(gmbr sekadar hiasan)






30 sekeluarga terpaksa tinggal dalam lori treler, selepas rumah mereka musnah akibat dilanda banjir di Kuala Krai, Kelantan
Like ·  ·  · 17322