BAHASA MELAYU

SEMUA PIHAK HARUS BERGANDING BAHU KE ARAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DAN BAHASA RASMI DI MALAYSIA.

Monday, 12 May 2014

 BAHASA MALAYSIA - UPSR / PT3























CIKGU RASHID BIN LEWAN




UNTUK PERHATIAN MURID-MURID UPSR 2014.

Alhamdulillah.....selesai sudah Ceramah UPSR 2014. Semuanya dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar.Tahniah saya ucapkan kepada tiga orang murid yang menerima anugerah cemerlang 2014, iaitu:

1. Sritesh Nair A/L Ramesh
2. Rosini A/P Pachayappan
3. Amalia Marsya Binti Rosli

   Mereka merupakan pelajar yang paling lama belajar di sini, iaitu sejak tahun satu dan menunjukkan prestasi yang membanggakan serta rajin dan banyak memberikan kerjasama kepada saya. Saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka dan tidak lupa juga kepada ibu bapa mereka yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk membimbing mereka.

  Saya berharap agar semua ilmu, panduan dan tips-tips menjawab soalan akan dapat dimanfaatkan oleh semua murid yang bakal menduduki UPSR yang hanya tinggal beberapa hari lagi.

Saya berdoa agar semuanya dapat menjawab soalan dengan tenang dan memperoleh kejayaan yang membanggakan semua.







Amalia Marsya Binti Rosli, SK Konvent JB




Sritesh Nair A/L Ramesh, SK Taman Rinting 2






 
                        Rosini A/P Pachayappan SK 
                                Taman Nusa Damai






Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR, Selasa - Khamis, Bersaman 9 - 11 September 2014 kepada semua murid UPSR saya.

Saya berdoa agar kamu semua dapat menjawab soalan dengan tenang, mudah dan seronok.

Saya pasti kamu semua dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang.
      
PERSEDIAAN-PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH MURID-MURID SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Turuti segala nasihat ibu bapa agar mereka merestui dan mendoakan 
    kejayaan kita.

2. Dapatkan tunjuk ajar dan restu daripada guru-guru yang telah membantu 
   dan mengajar kita.

3. Segala persengketaan dan salah faham dengan rakan--rakan haruslah 
    dileraikan agar tidak mengganggu emosi.

4. Sentiasa yakin kepada diri sendiri dan tidak berputus asa.

5. Menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti kecergasan secara 
    serdahana.

6. Mengambil makanan berkhasiat, bersih, dan tidur atau rehat yang 
    secukupnya.

7. Jaga keselamatan diri dan elakkan kemalangan. 

8. Membuat persediaan awal agar kita mempunyai keyakinan diri dan berasa 
    seronok ketika menduduki peperiksaan.

9. Berdoa kepada Tuhan agar dapat menjawab soalan dengan tenang dan 
    memperolah keputusan yang cemerlang.

SAYA BERDOA SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN YANG BAKAL DIHADAPI.

Daripada Cikgu Rashid




SILA AMBIL PERHATIAN!

A. TAJUK DAN SOALAN KARANGAN UPSR

1. Faedah-faedah amalan menabung.
2. Pengalaman pergi ke pasar malam bersama 
    keluarga.
3. Pengalaman berkunjung ke pameran komputer 
    yang diadakan di pusat beli-belah.
4. Laporan hari anugerah kecemerlangan murid di 
    sekolah kamu.
5. Aku sebuah komputer riba.
6. Faedah-faedah bersukan.
7. Karangan jenis menyudahkan cerita.
8. Karangan jenis tindakan.
9. Pengalaman berkunjung ke sebuah pameran buku.
10. Kebaikan program kitar semula.
11. Faedah-faedah belajar berkumpulan.



Contoh Karangan

A.   Faedah menyertai aktiviti kokurikulum













     Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis kegiatan kokurikulum iaitu termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Para pelajar digalakkan menyertai aktiviti ini kerana banyak mendatangkan  faedah.

      Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat memanfaatkan masa lapang mereka dengan bijak. Dengan menyertai aktiviti ini, kita tidak akan melakukan aktiviti yang tiada faedah seperti merokok, melepak, mencuri dan lain-lain. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat memenuhi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

      Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri pelajar untuk menjadi pemimpin. Dengan menyertai aktiviti ini para pelajar berpeluang memegang jawatan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Oleh hal yang demikian, dengan menyandang jawatan-jawatan ini, akan membuatkan pelajar lebih bijak menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka sekali gus dapat belajar menjadi seorang pemimpin.

       Malahan, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Ini kerana setiap kelab disertai oleh ahli yang berbilang kaum seperti Cina, Melayu, India dan lain-lain. Oleh itu, kita boleh berbincang atau bertukar-tukar pendapat dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini terjalinlah hubungan yang erat sesama kita.

       Di samping itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum seseorang itu dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas, dan lain-lain. Justeru, pelajar haruslah menyertai aktiviti kokurikulum untuk memantapkan disiplin mereka.

       Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum. Oleh itu, marilah kita memanfaatkan masa yang terluang kita dengan menyertai aktiviti ini agar menjadi pelajar yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang pelajaran bahkan juga dalam bidang kokurikulum.


B.  Cara-cara untuk menggembirakan ibu bapa kita













        Setiap insan di muka bumi ini pastinya mempunyai ibu bapa. Ibu bapalah yang membesarkan dan mendidik kita agar kita menjadi orang yang berguna pada suatu ketika nanti. Oleh itu, setiap anak sewajarnya membalas jasa ibu bapa. 

        Salah satu cara untuk membalas jasa ibu bapa kita adalah dengan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR pastinya akan menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap
ibu bapa menginginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaranlah yang dapat menentukan masa depan anak-anak.

         Selain itu, kita sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia agar dapat menggembirakan ibu bapa kita. Apabila bertutur dengan ibu bapa, kita harus mengeluarkan kata-kata yang lembut dan sopan serta tidak menyiggung perasaan mereka. Segala nasihat yang diberikan oleh mereka hendaklah kita ikuti supaya kita tidak melakukan kesilapan atau ditimpa kemalangan.

           Di samping itu, kita juga hendaklah sentiasa bersikap ringan tulang dengan membantu mereka melakukan sesuatu pekerjaan untuk meringankan beban mereka. Contohnya, kita boleh menolong ibu bapa kita memasak, mencuci kereta, mengemas rumah dan lain-lain. Dengan cara ini, tentunya ibu bapa kita akan lebih menyayangi kita.

          Malahan, kita juga boleh memberikan hadiah serta mengucapkan selamat kepada ibu bapa kita pada hari ibu dan hari bapa atau mengucapkan selamat hari lahir semasa hari jadi mereka. Dengan cara ini mereka akan merasakan diri mereka dihargai dan disayangi oleh anak-anak mereka.

         Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita, seharusnya dihargai oleh anak-anak. Oleh itu, marilah kita sedaya-upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. 

SILA BACA KARANGAN-KARANGAN LAIN DI DALAM BLOG INI.  


B. MEMINDAHKAN MAKLUMAT(Bina 5 ayat)

1. Gambar tentang cara-cara untuk menjadi murid 
    cemerlang.
2. Gambar tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.
3. Gambar tentang langkah-langkah berjimat cermat.
4. Gambar tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.
5. Gambar tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan 
    semasa berkelah bersama keluarga.
6. Gambar tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan 
    semasa program perkhemahan unit beruniform.
7. Gambar tentang aktiviti-aktiviti sewaktu beriadah di 
    taman rekreasi bersama keluarga.
8. Gambar tentang aktiviti dan suasana di perhentian 
    bas.
9. Gambar tentang aktiviti-aktiviti di sebuah kolam 
    renang.
10. Gambar tentang aktiviti-aktiviti semasa 
      bergotong-royong di sebuah balai raya.
11. Gambar tentang aktiviti-aktiviti dan suasana di 
      dalam pusat sumber.

C. MEMBINA ULASAN 

1. Nilai murni / pengajaran - petikan cerita
2. Nilai murni / pengajaran - petikan dialog
3. Nilai mirni / pengajaran - puisi

Peringatan
1. Cari lima nilai murni / pengajaran bagi (SK) dan    empat nilai murni / pengajaran bagi (SJK). Pilih  nilai yang anda rasa mudah untuk membuat ulasan tetapi hendaklah mengikut urutan. Pilih nilai yang tepat dan betul. Kegagalan anda berbuat demikian, akan menyebabkan anda banyak kehilangan markah.

2. Mulakan ayat anda dengan; kita hendaklah, kita mestilah, kita haruslah, kita perlulah, kita wajiblah dan yang seumpamanya.

3. Setiap ulasan yang anda tulis mestilah berkaitan dengan cerita yang terdapat dalam petikan. Anda digalakkan menyertakan contoh-contoh tertentu yang terdapat dalam petikan agar ulasan anda lebih tepat dan menarik.

4. Usah bina ulasan terlalu panjang. Bina ulasan anda dengan menggunakan ayat yang gramatis dan pastikan tanda baca, dan ejaan betul serta penggunaan kata yang tepat dan menarik.
   
Peringatan daripada Cikgu Rashid.



CONTOH MEMBINA ULASAN  (Nilai Murni)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

        Idham duduk di muka pintu memerhatikan awan hitam yang berarak. Ayah dan ibunya masih belum pulang dari pejabat. Kakak Ita pula sedang sibuk di dapur menyediakan hidangan tengah hari.
        Tiba-tiba, Idham teringat akan kain yang tersidai di ampaian. Tanpa berlengah lagi, Idham menuju ke ampaian lalu mengangkat kain-kain yang disidai oleh ibunya pada pagi tadi. Selepas itu, Idham mengangkat  kain di ampaian jirannya pula. Tindakan Idham dapat menggelakkan kain-kain yang telah dibasuh itu dibasahi hujan. 
        Pada waktu petang setelah jirannya pulang, kakak Ita menyerahkan kain-kain jiran mereka yang diangkat daripada ampaian oleh Idham. Jiran mereka berasa gembira dan mengucapkan terima kasih.

Nilai murni 
1. Kakak Ita sedang sibuk di dapur menyediakan 
    hidangan tengah hari. - RAJIN
2. Idham menuju ke ampaian lalu mengangkat kain-
    kain yang disidai oleh ibunya. - BERTANGGUNG-  
    JAWAB.
3. Tindakan Idham dapat menggelakkan kain-kain 
    yang telah dibasuh itu dibasahi hujan. - 
    BERTINDAK PANTAS  
4. Kakak Idham menyerahkan kain-kain jiran mereka.
    - AMANAH
5. Jiran mereka berasa gembira dan mengucapkan 
    terima kasih. - MENGHARGAI JASA

Contoh jawapan

        Antara nilainya ialah kita mestilah rajin seperti kakak Ita yang menyediakan hidangan tengah hari. Selain itu,kita haruslah bertanggungjawab mengangkat kain-kain di ampaian. Di samping itu,kita hendaklah bertindak pantas dengan  mengangkat kain-kain supaya tidak dibasahi hujan seperti Idham. Seterusnya,kita wajiblah amanah, contohnya Kakak Ita yang menyerahkan kain-kain jirannya. 
Akhir sekali, kita patutlah menghargai jasa dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.


CONTOH MEMBINA LIMA AYAT

A.Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti di sebuah taman rekreasi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang  aktiviti yang terdapat di taman rekreasi tersebut.

















Contoh jawapan

1. Sepasang suami isteri sedang menemani anak 
    kecilnya berjalan-jalan di taman rekreasi sambil 
    menghirup udara segar.
2. Seorang pengunjung duduk bersendirian di atas 
    sebuah bangku sambil membaca senaskhah surat 
    khabar.
3. Dua orang lelaki dewasa berjoging di taman 
    rekreasi agar badan mereka sentiasa sihat dan 
    cergas.
4. Dua orang budak sedang bermain basikal dengan 
    berhati-hati di lorong yang disediakan di taman 
    rekreasi tersebut.
5. Seorang lelaki dan seorang perempuan duduk 
   di atas bangku yang terletak di  tepi tasik sambil 
   berbual-bual.


B. Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di 
    bawah ini.
    


Contoh jawapan

1. Seorang ibu sedang duduk di atas sebidang tikar 
    sambil menyediakan hidangan makan tengah hari 
    untuk keluarganya.
2. Seorang ayah duduk bersandar pada sebatang 
    pokok sambil membaca senaskhah surat khabar.
3. Beberapa orang kanak-kanak sedang leka membina 
    istana pasir di pantai dengan gambira.
4. Seorang lelaki dan seorang perempuan bersiar-siar 
    di pantai sambil menikmati pemandangan yang 
    indah.
5. Dua orang budak bermain bola baling di tepi pantai
    sementara menunggu ibunya siap menyediakan 
    makanan.


C. Bina lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam gambar di bawah ini.





Contoh jawapan

1. Beberapa orang anggota pengakap membersihkan 
    sekeliling khemah dengan menyabit rumput rampai 
    yang tumbuh di situ.
2. Dua orang anggota pengakap sedang menjinjing 
    baldi yang berisi air untuk kegunaan semasa 
    perkhemahan itu berlangsung.
3. Dua orang anggota pengakap lain pula membawa 
    seberkas kayu api untuk dijadikan unggun api dan 
    memasak makanan.
4. Seorang guru penasihat menerangkan sesuatu 
    kepada seorang anggota pengakap dalam aktiviti 
    perkhemahan itu.
5. Empat orang anggota pengakap memasang 
    khemah sebagai tempat mereka berlindung pada 
    waktu malam. 


D. Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah 
     pusat sumber. Tulis lima ayat yang lengkap 
     tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat di pusat 
     sumber tersebut.





Contoh jawapan

1. Beberapa orang murid sedang memilih buku 
    kegemaran mereka yang terdapat di dalam rak 
    buku.
2. Dua orang murid lelaki asyik berbincang tentang 
    sesuatu yang berkaitan dengan pelajaran di dalam 
    pusat sumber.
3. Seorang murid lelaki berdiri di hadapan kaunter 
    pinjaman buku untuk meminjam buku yang 
    digemarinya.
4. Seorang pustakawan sedang melayani seorang 
    murid lelaki yang hendak meminjam buku dengan 
    mesra.
5. Empat orang pelajar sedang membaca buku yang 
    digemarinya dengan senyap agar tidak 
    mengganggu ketenteraman di pusat sumber. 


E. Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di 
    bawah ini.

















Contoh jawapan

1. Tiga orang pemuda sedang mengutip sampah sarap
    yang bertaburan di sekeliling balai raya lalu  
    memasukkannya ke dalam beg plastik.
2. Seorang lelaki memotong rumput dengan 
    menggunakan sebilah gunting besar manakala 
    rakannya memasukkan rumput yang telah dipotong 
    ke dalam pongkes.
3. Seorang pemuda menanam anak pokok sambil 
    diperhatikan oleh rakannya yang menjinjing sebuah 
    penyiram.
4. Beberapa orang lelaki membetulkan jambatan yang 
    rosak untuk memberi keselesaan kepada penduduk 
    yang menggunakan jambatan tersebut.
5. Seorang pemuda membersihkan longkang supaya
    aliran air tidak tersekat. 



F. Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara 
    untuk menjadi murid yang cemerlang.






























Contoh jawapan

1. Kita hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh 
    perhatian semasa guru sedang mengajar supaya 
    kita tidak ketinggalan dalam pelajaran.
2. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan 
    mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan 
    kita tentang pelajaran.
3. Murid-murid juga boleh mengunjungi pusat sumber 
    untuk membuat rujukan atau membaca buku 
    pelajaran agar menjadi murid cemerlang.
4. Murid-murid hendaklah bergiat aktif dalam bidang 
    sukan agar otak menjadi cerdas supaya mudah 
    menerima palajaran.
5. Kita juga hendaklah membuat ulang kaji pelajaran 
    di rumah mengikut jadual agar lebih memahami 
    pelajaran yang diajarkan oleh guru.

Para pelajar boleh membaca contoh-contoh karangan dalam halaman yang seterusnya.



MENGIMBAU KENANGAN SILAM




       PHOTO KENANGAN KETIKA MENGAJAR DI  
       SK ST. JOSEPH JOHOR BAHRU.   
         




          BERSAMA PELAJAR-PELAJAR      
          KESAYANGAN TINGKATAN 5 SASTERA 2 
          SMK ST. JOSEPH JOHOR BAHRU.



PROGRAM TUISYEN BAHASA MELAYU



         PELAJAR-PELAJAR PT3 2014

          


       PARA PELAJAR SEDANG MENUMPUKAN    
       PERHATIAN YANG SEPENUHNYA KETIKA CIKGU  
       RASHID SEDANG MENGAJAR.




PANTUN BAHASA



Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga               
Yang elok itu budi
yang indah itu bahasa
Budi bahasa tak jual beli
Orang memberi kita merasa

Burung tempua terbangnya rendah 
Hinggap sebentar di dahan sena
Bahasa Melayu bahasa indah
Terungkap kata seribu makna

Melompat-lompat si anak rusa
Melihat kelkatu di dalam paya
Mari mengangkat martabat bahasa
Tekad dipadu ke puncak jaya

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakti di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa


                                    Si Manja: Senyum tawamu menjadi penawar duka. 



PANTUN BUDI

Bunga perhiasan penyeri meja                           
Perabot jati dari Melaka
Jadilah insan berpekerti mulia
Baik hati berbudi bahasa

Apalah tanda batang keladi 
Batang keladi banyak getahnya
Apalah tanda orang berbudi
Orang berbudi rendah hatinya

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya
Apa guna berpakaian cantik
kalau tidak dengan budinya

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Pisang emas dibawa belayar

Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Disusun oleh: Cikgu Rashid 2014



                                Permata hatiku. Engkaulah segalanya, yang memberikan ketenangan,
                                                pencetus ilham dan kebahagiaan dalam hidupku.      













                               Sekuntum mawar sebagai tanda keikhlasan dan penghargaan
                                              

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah memberi taufik dan hidayah yang melimpah-ruah sehingga usaha saya untuk menghasilkan
laman bagi mengupas sedikit sebanyak tentang pelbagai aspek kesalahan dalam tatabahasa bahasa Melayu dapat dihasilkan akhirnya. Sebenarnya, laman ini saya hasilkan untuk semua pencinta bahasa di seluruh tanah air dan,  pelajar-pelajar yang amat saya kasihi.

          Atas kesempatan ini juga, saya memohon jasa baik semua yang melayari laman ini untuk memberikan sebarang komen atau cadangan bagi menambah baik laman ini agar semua ilmu yang ada dapat dikongsi dan  
dimanfaatkan bersama, sekali gus diharapkan dapat membantu usaha ke 
   arah memartabatkan bahasa kita sebagai bahasa ilmu. Saya juga berharap   
   agar laman yang saya hasilkan ini dapat membantu semua, khususnya para 
   pelajar menguasai dan menghayati tatabahasa bahasa Melayu. Akhir kata, 
   saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara dan 
   saudari yang sudi melayari laman saya ini, dan memohon kemaafan jika 
   terdapat salah dan silap.

  Wassalam
  Cikgu Rashid Mei 2014.






Pelajar-pelajar yang saya kasihi, saya berpendapat bahawa mempelajari Bahasa Melayu bukan sekadar belajar tetapi memerlukan penghayatan dan latihan yang secukupnya serta mengamalkannya dalam pertuturan seharian. Sebaliknya, usah gunakan bahasa pasar, bahasa sms, dan bahasa rojak semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan bahasa seperti ini, akan menjejaskan penguasaan bahasa anda. 

GUNAKAN BAHASA MELAYU DENGAN BETUL                              






1. baru atau baharu?
Baru dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai JUST
atau sesuatu yang baru lepas dilakukan.
Contohnya, Dia baru balik dari pejabat atau Saya baru lepas mandi.

  Baharu pula dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan  
  sebagai NEW, yang menggambarkan sifat sesuatu benda
  atau perkara. Contohnya, Ayah membeli kereta baharu.
  Selamat pengantin baharu.

  Abang baru sahaja membeli sebuah rumah baharu.

  

2. Harapkan pagar, pagar makan padi atau
Harapkan pegar, pegar makan padi?




Gambar seekor burung pegar yang dipelihara oleh petani pada suatu ketika dahulu untuk menghalau burung lain daripada makan padi di sawah.






Harapkan pagar, pagar makan padi merupakan peribahasa yang telah sekian lama kita gunakan yang menggambarkan
sikap orang yang diberi kepercayaan bagi menjaga sesuatu tetapi mengkhianati kepercayaan itu.

Tahukah  anda  bahawa   penggunaan   kata   pagar  dalam peribahasa ini sebenarnaya tidak tepat? Adakah pagar boleh makan  padi,  sedangkan   pagar  ialah   objek   yang   tidak bernyawa? Sebenarnya yang tepat bukan pagar tetapi pegar
iaitu sejenis burung yang   dipelihara oleh petani  untuk  me-
nakutkan burung lain supaya  tidak  makan  padi  di  sawah.
Hakikatnya, burung pegar yang dipelihara oleh petani untuk
menghalau burung lain daripada  makan padi  petani,  telah berlaku sebaliknya,  iaitu  burung  pegar  itulah sebenarnya yang telah makan padi petani.

Kesilapan kata pegar kepada pagar berlaku disebabkan oleh pertukaran ejaan jawi  kepada   ejaan   rumi   pada   suatu    ketika    dahulu.   Jadi peribahasa yang tepat ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi."

                

3. Bagai melepaskan batuk di 
tangga atau Bagai melepaskan
batok di tangga?




Gambar menunjukkan batok sejenis alat yang digunakan oleh orang
pada suatu ketika dahulu untuk membasuh kaki sebelum naik ke
rumah.













Bagai melepaskan batuk di tangga juga
merupakan peribahasa Melayu yang sering
digunakan, dengan membawa maksud mela-
kukan sesuatu kerja dengan tidak bersung-
guh-sungguh. Penggunaan kata batuk dalam
peribahasa   ini  sebenarnya   tidak    tepat.
Perkataan yang tepat dalam peribahasa ini
ialah batok, iaitu tempurung yang digunakan
oleh masyarakat pada suatu ketika dahulu
untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah. 

Hakikatnya, batok hendaklah diletakkan di 
tempat asalnya dengan baik selepas digunakan.
Tetapi, ada sesetengah orang terutamanya 
budak-budak tidak berbuat demikian dan inilah
yang dikatakan melakukan sesuatu kerja dengan
tidak sempurna atau tidak bersungguh-sungguh.

Sebaliknya bukan batuk kerana batuk membawa maksud menghembuskan nafas dari dalam paru-
paru dengan kasar serta mengeluarkan bunyi 
yang bising. Jadi kata yang sesuai digunakan 
dalam peribahasa ini ialah batok bukannya batuk.




                                                                                     
 KANDUNGAN

A. Kata Ganti Nama Diri
B. Kata Bilangan
C. Kata Sendi Nama
D. Kata Kerja
E. Kata Hubung
F. Hukum D-M
G. Kesalahan Umum Tatabahasa
I.  Kesalahan Ejaan
J.  Soalan-Soalan Latihan UPSR / PT3
K. Contoh-Contoh Karangan PT3 / PUSR
L. Panduan Menjawab Soalan UPSR
M. Membina Lima Ayat UPSR 
N. Koleksi Soalan UPSR
O. Contoh-Contoh Soalan Sistem Bahasa
     Pentaksiran Menengah Rendah PT3
P. Soalan Pemahaman Prosa Tradisional PT3
Q. Kesalahan Umum Bahasa Malaysia  Pada Papan
     Tanda dan Bahasa Rojak.
R. Tuisyen Bahasa Malaysia
S.  Berita Semasa

    

Mutiara kata:
"Kejayaan bukan milik orang yang pandai,
tetapi milik orang rajin, 
oleh itu rajinlah kamu agar menjadi orang yang pandai."



                    K
              KE
KKKKK
















A. KATA GANTI NAMA DIRI

Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

1. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
    
    (a) Perabot itu sangat mahal. Ia diperbuat daripada kayu jati. ( salah )
          Perabot itu sangat mahal. Perabot itu diperbuat daripada kayu jati. ( betul )
    (b) Kucing saya sakit.  Ia perlu dirawat. ( salah )
          Kucing saya sakit.  Kucing saya perlu dirawat. ( betul )

2. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan      
    binatang. Contohnya:                                                                  
    (a) Mansor mencuri. Beliau dihukum oleh guru disiplin. ( salah )
          Mansor mencuri. Dia dihukum oleh guru disiplin. ( betul )
    (b) Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. (salah )
          Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. (betul )

3. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Contohnya:
    (a) Lembu-lembu itu diikat. Mereka akan disembelih. ( salah )
          Lembu-lembu itu diikat. Lembu-lembu itu akan disembelih. (betul )
    (b) Novel-novel itu tebal. Mereka sudah dibaca oleh Puan Rani. ( salah )
          Novel-novel itu tebal. Novel-novel itu sudah dibaca oleh Puan Rani. ( betul )

4. Kata mereka tidak boleh diulang. Contohnya:
    (a) Mereka-mereka ialah murid sekolah ini. ( salah )
          Mereka ialah murid sekolah ini. ( betul )
    
5. Kata ianya tidak boleh digabungkan. Contohnya:
    (a) Sekiranya tidak dirawat, ianya akan mati. ( salah )
          Sekiranya tidak dirawat, ia/dia akan mati. ( betul )
    (b) Adik menangis kerana ianya dipukul ibu. ( salah )
          Adik menangis kerana dipukul ibu. ( betul )


Kesalahan Frasa Kerja Pasif Dengan Kata Ganti Nama Diri 
                         Pertama Dan Kedua
B

     1. Baju melayu itu dijahit olehku. ( salah )
         Baju melayu itu kujahit. ( betul )
     2. Kain-kain yang kotor itu dicuci oleh saya. ( salah )
         Kain-kain yang kotor itu saya cuci. ( betul )
     3. Soalan ini hendaklah dijawab oleh anda. ( salah )
         Soalan ini hendaklah anda jawab. ( betul )
     4. Lukisan ini dihasilkan oleh kamu? ( salah )
         Lukisan ini kamu hasilkan ? ( betul )
     5. Buku ini saya belum baca. ( salah )
         Buku ini belum saya baca. ( betul )
     6. Sampah-sampah ini kamu mesti buang. ( salah )
         Sampah-sampah ini mesti kamu buang. ( betul )


KKesalahan Frasa Kerja Pasif Dengan Kata Ganti Nama Diri 
                                     Ketiga


    1. Ikan ini kakak goreng. ( salah )
        Ikan ini digoreng oleh kakak. ( betul )
    2. Kuih-muih di atas meja itu mereka makan. (salah )
        kuih-muih di atas meja itu dimakan oleh mereka. ( betul )
    3. Meja itu dia lap. ( salah )
        Meja itu dilap olehnya. (betul )













Durian Belanda

RUMUS BAHASA   

   1. dimakan oleh saya ( x )
       saya makan ( / )

   2. dibaca oleh kamu ( x )
        kamu baca ( / )

   3. dikarang  oleh kami ( x )
        kami karang ( / )

   4. disiram oleh kita ( x )
       kita siram ( / )

   5. dirasmikan oleh beta ( x )
       beta rasmikan ( / ) 

   6. dilukis oleh aku ( x )
       aku lukis ( / )

   7. dipersembahkan oleh patik ( x )
       patik persembahkan ( / )

   8. dibunuh oleh hamba ( x )
       hamba bunuh ( / )

   9. disampaikan oleh anda ( x )
       anda sampaikan ( / )

  10. diambil oleh kalian ( x )
        kalian ambil ( / )

  11. menyuruh daku datang ( x )
        menyuruh aku datang ( / )

  12. mereka makan   ( x )
        dimakan oleh mereka ( / )

  13. Sarimah tolong   ( x )
        ditolong oleh Sarimah   ( / )

  14. Guru Besar sekolah saya umumkan ( x )
        diumumkan oleh Guru Besar sekolah saya  ( / )

  15. beliau telah sampaikan ( x )
        telah disampaikan oleh beliau ( / )

  16. jangan tinggal daku  ( x )
        jangan tinggalkan daku ( / )


PERHATIAN
Bentuk frasa kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua merupakan bentuk terikat. Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif.

Elakkan penggunaan kata aku apabila bercakap dengan:
(a) seseorang yang dihormati
(b) seseorang yang lebih tua umurnya
(c) seseorang yang belum mesra dengan kita

Kata ganti nama diri kedua ( kecuali tuanku ) tidak boleh digunakan untuk orang yang di
hormati atau orang yang lebih tua umurnya. Oleh itu, gunakanlah:
(a) kata panggilan menurut pangkat kekeluargaan seperti pak cik, mak cik, abang, kakak,
      dan sebagainya.
(b) nama gelarnya atau pangkat seperti Encik, Datuk, Tan Sri, Tuan Haji, Cikgu, dan 
      sebagainya.


CONTOH SOALAN UPSR

1. "Titah tuanku akan...............laksanakan dengan segera,"
    kata Hang Tuah kepada sultan.
    A. aku           B. beta          C. saya          D. patik

2. "Tuan Farid akan memberi cuti khas kepada para pekerja   
    kerana.........telah berjaya memajukan syarikat ini,"  
    beritahu kerani itu kepada rakannya.
    A. dia         B. kalian          C. beliau        D. mereka

3. Jalal dan Ramli telah pun mendaftar untuk menyertai 
    pertandingan melukis. ............dikehendaki membawa      
    peralatan melukis sendiri.
    A. Kita        B. Kami         C. Kalian         D. Mereka

4. "...........ni adik-beradik. Janganlah asyik bertengkar,"
    nasihat Mak Minah kepada anak-anaknya.
    A. Kalian        B. Dia        C. Kamu         D. Kita

5. Imran sentiasa memimpin tangan adiknya untuk melintas  
    jalan ketika .......... ke sekolah.
    A. kami        B. mereka       C. kalian       D. kita




                               Foto : Cikgu Rashid   Jun 2014

                             Deruan air terjun cukup menghiburkan dan menenangkan jiwa.                                     


B. KATA BILANGAN

 Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Bilangan

    1. Setengah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap pelajaran anak mereka. ( salah )
        Sesetengah / setengah-setengah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap     
         pelajaran anak mereka. ( betul )

    2. Mak Minah menjual berbagai jenis kuih. ( salah )
        Mak Minah menjual pelbagai / berbagai-bagai jenis kuih. ( betul )

    3. Tiap murid diwajibkan mematuhi peraturan sekolah. ( salah )
        Setiap / Tiap-tiap murid diwajibkan mematuhi peraturan sekolah. ( betul )

    4. Saya sudah berada di sini selama satu setengah jam. ( salah )
        Saya sudah berada di sini selama satu jam setengah. ( betul )

    5. Para-para pelajar mestilah rajin belajar. ( salah )
        Para pelajar mestilah rajin belajar. ( betul )

    6. Kedua anak Pak Bidin belajar di universiti. ( salah )
        Kedua-dua orang anak Pak Bidin belajar di universiti. ( betul )

    7.  Tiga kereta terlibat dalam kemalangan itu. ( salah )
         Tiga buah kereta terlibat dalam kemalanagan itu. ( betul )

    8. Beberapa murid-murid sedang membaca buku di perpustakaan. ( salah )
        Beberapa orang murid sedang membaca buku di perpustakaan. ( betul )

    9. Semua pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul di dewan. ( salah )
        Semua pelajar dikehendaki berkumpul di dewan. ( betul )

  10. Ayah membeli tiga durian di pasar malam. ( salah )
        Ayah membeli tiga biji durian di pasar malam. ( betul )

 11. Banyak kanak menyertai pertandingan lukisan itu. ( x )
       Banyak kanak-kanak menyertai pertandingan lukisan itu ( / )

 12. Tiga ekor rama-rama hinggap di atas pokok bunga itu ( / )

 13. Semua layang-layang kepunyaan adik saya berwarna biru ( / )

PERHATIAN
(a) Terdapat beberapa kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya.
      Misalnya, 
      (a) berbagai-bagai         =    pelbagai      ( / )        berbagai ( x )
      (b) setengah-setengah   =    sesetengah ( / )        setengah ( x )  tidak sama maksud
      (c) tiap-tiap                      =    setiap           ( / )        tiap          ( x )
      (d) berbulan-bulan                                                    berbulan  ( x )












Buah Mengkudu


RUMUS BAHASA     

Kata Bilangan Tidak Tentu
1. para orang guru ( x )
     para guru ( / )

2. para-para guru ( x )
     para guru ( / )

3. semua orang pekerja ( x )
    semua pekerja ( /  )

4. seluruh buah negeri ( x )
    seluruh negeri ( / )

5. sekalian orang pekerja ( x ) 
    sekalian pekerja ( / )

6. setengah-setengah orang ibu bapa ( x )
    setengah-setengah ibu bapa ( / )

7. setiap orang pelajar  ( x )
    setiap / tiap-tiap pelajar ( / )

8. kebanyakan rumah-rumah ( x )
    kebanyakan rumah ( / )

9. beberapa pokok ( x )
    beberapa batang pokok ( / )

10. banyak kanak ( x )
      banyak kanak-kanak ( / )



PERHATIAN
Kata bilangan tidak tentu seperti para, semua, seluruh, sekalian, setengah-setengah, masing-masing, dan sebagainya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan kecuali kata bilangan 'beberapa' .


Kata Bilangan Tentu 
1. tiga budak lelaki ( x )
    tiga orang budak lelaki ( / )
    
2. dua puluh lembu ( x )

    dua puluh ekor lembu ( / )

3. lima ribu rumah ( x )
    lima ribu buah rumah ( /)

4. dua buah pendapat ( x )
    dua pendapat ( / )

5. tiga buah kenangan manis ( x )
    tiga kenangan manis ( / )


PERHATIAN
Kata bilangan tentu seperti, tiga, dua puluh, lima ribu, sejuta dan, seterusnya memerlukan penjodoh bilangan di hadapan kata nama kecuali kata nama abstrak.

Kata Bilangan Pisahan
1. tiap pagi ( x )
    setiap / tiap- tiap pagi ( / )

2. setiap orang wanita ( x )
    setiap wanita ( / )

3. tiap-tiap / setiap buah rumah ( x )
    tiap-tiap / setiap rumah ( / )

4. masing-masing orang pelajar ( x )
    masing-masing pelajar ( / )

PERHATIAN
Kata bilangan pisahan tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan kerana tidak dapat diketahui jumlahnya.


Kesalahan-kesalahan lain
1. tiga orang guru-guru ( x )
    tiga orang guru ( / )

2. setiap pelanggan-pelanggan ( x )
    setiap pelanggan ( / )

3. ribuan peminat-peminat ( x )
    ribuan peminat ( / )

4. seluruh daerah-daerah ( x )
    seluruh daerah ( / )

5. semua pelajar-pelajar ( x )
    semua pelajar ( / )

6. segala persiapan-persiapan ( x )
    segala persiapan ( / )

7. para guru-guru ( x )
    para guru ( / )

8. ketiga-tiga pesalah ( x )
    ketiga-tiga orang pesalah ( / )

9. dua pertiga kek itu ( x )
    dua pertiga daripada kek itu ( / )

CONTOH SOALAN UPSR

1. Dalam perjalanan dari Ipoh ke Tanah Tinggi Cameron,
    .................murid pening dan muntah-muntah.
    A. setiap      B. segala      C. setengah     D. segelintir

2. Hampir .........jam Puan Maharani dan anak bongsunya
    menunggu bas pada pagi itu.
    A. setiap     B. seluruh     C. setengah    d. sebahagian

3. "Beras yang ada di dalam ketupat ini kira-kira tiga.........
    penuh," kata kakak.
    A. suku      B. semua     C. separuh     D. setengah

4. ..........orang murid telah didenda oleh guru disiplin kerana
    ponteng sekolah.
    A. Semua    B. Separuh     C. Beberapa     D. Pelbagai

5. ...........daripada penduduk kampung nelayan yang  
    mengalami kerosakan rumah semasa kejadian ribut itu
    telah pun diberikan bantuan oleh pihak kerajaan.
    A. Semua   B. Seluruh   C. Beberapa    D. Sebahagian  



                                KEINDAHAN YANG MENDAMAIKAN JIWA                                Cikgu Rashid  Jun 2014


C. KATA SENDI NAMA


Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Sendi nama

1. Ramli berjalan kaki daripada Taman Johor Jaya ke Skudai. ( salah )
    Ramli berjalan kaki dari Taman Johor Jaya ke Skudai. ( betul )

2. Ibu telah menerima surat dari kakak. ( salah )
    Ibu telah menerima surat daripada kakak. ( betul )

3. Kereta itu lebih besar dari kereta ini. ( salah )
    Kereta itu lebih besar daripada kereta ini. ( betul )

4. Saya menunggu Kamal daripada pukul dua petang. ( salah )
    Saya menunggu Kamal dari pukul dua petang. ( betul )

5. Perabot ini diperbuat dari kayu jati. ( salah )
    Perabot ini diperbuat daripada kayu jati. ( betul )

6. Persatuan Bahasa Melayu terdiri dari pelajar sekolah ini. ( salah )
    Persatuan Bahasa Melayu terdiri daripada pelajar sekolah ini . ( betul )

7. Perlawanan bola sepak dibatalkan oleh kerana hujan lebat. ( salah )       
    Perlawanan bola sepak dibatalkan oleh sebab / kerana hujan lebat. ( / ) 

8. Para pelancong itu amat tertarik dengan keindahan pemandangan di situ. ( salah )
    Para pelancong itu amat tertarik oleh keindahan pemandangan di situ. ( betul )

9. Kaya disapukan di roti. ( salah )
    Kaya disapukan pada roti. ( betul )

10. Buku itu ada dengan Cikgu Rashid. ( salah )
       Buku itu ada pada Cikgu Rashid. ( betul )













RUMUS BAHASA

1. pergi kepada pasar ( x )
    pergi ke pasar ( / )

2. diserahkan ke pegawai ( x )

    diserahkan kepada pegawai ( / )

3. dari semasa ke masa ( x )

    dari masa ke semasa ( x ) 
    dari semasa ke semasa ( / )
    dari masa ke masa ( / )

4. dipulangkan ke pustakawan ( x )

    dipulangkan kepada pustakawan ( / )

5. di hari itu ( x )

    pada hari itu ( / )

6. dalam pendapat saya ( x )

    pada pendapat saya ( / )

7. sayangkan adik ( x )

    sayang akan adik ( / )

8. bertemu kawan lama ( x )

    bertemu dengan kawan lama ( / )

9. lalu jalan itu ( x )

    lalu di jalan itu ( / )

10. balik kampung ( x )

      balik ke kampung ( / )

11. pergi pejabat ( x )

      pergi ke pejabat ( / )

12. menoleh ke kanan dan kiri ( x )

      menoleh ke kanan dan ke kiri ( / )

13. dari rakannya di Melaka ( x )

      daripada rakannya di Melaka ( / )

14. di zaman lampau ( x )

      pada zaman lampau ( / )

15. dari pagi hingga ke petang ( x )

      dari pagi hingga petang ( / )

16. berbual mengenai tugasan ( x )

      berbual tentang tuigasan ( / )

17. bencikan sikapnya ( x )

      benci akan sikapnya ( / )

18. sejak dari kecil lagi ( x )

      sejak kecil lagi ( / )

19. semenjak dari dua hari yang lalu ( x )

      semenjak dua hari yang lalu (/ )

20. berasal daripada Kedah ( x )

      berasal dari Kedah ( / )

21.  meletakkan buku dalam almari ( x )

       meletakkan buku di dalam almari ( / )

22. terletak antara balai raya dan balai polis ( x )

      terletak di antara balai raya dengan balai polis ( / )

23. terlibat di dalam kemalangan ( x )

      terlibat dalam kemalangan ( / )

24. berbincang di antara mereka berdua ( x )

      berbincang antara mereka berdua ( / )

25. bertutur di dalam bahasa kebangsaan ( x )

      bertutur dalam bahasa kebangsaan ( / )

26. dibincangkan di dalam mesyuarat ( x )

      dibincangkan dalam mesyuarat ( /)

27. bersatu padu demi untuk kesetabilan negara ( x )

      bersatu padu demi kesetabilan negara ( / )

28. suhu meningkat dari 35 darjah C ke 40 darjah C ( x )

      suhu meningkat daripada 35 darjah C kepada 40 darjah 
      C ( / )

29. daripada batang kepada dahan ( x )

      dari batang ke dahan ( / )

30. daripada sebuah rumah kepada sebuah rumah ( x )

      dari sebuah rumah ke sebuah rumah ( / )

31. diberikan ke kucing ( x )

      diberikan kepada kucing ( / )

32. meningkat ke RM 5.00 sekilogram ( x )

      meningkat kepada RM 5.00 sekilogram ( / )

33. berbeza dari perangai abangnya ( x )

      berbeza daripada perangai abangnya ( / )

34. baru pulang daripada pekan ( x )

      baru pulang dari pekan ( / )

35. angin bertiup daripada arah utara ( x )

      angin bertiup dari arah utara ( / )

36. daripada segi moral ( x )

      dari segi moral ( / )

37. di dalam dan luar negara ( x )

      di dalam dan di luar negara ( / )

38. bukan untuk adik tetapi abang ( x )

      bukan untuk adik tetapi untuk abang ( / )

39. ke atas dan bawah ( x )

      ke atas dan ke bawah ( / )

40. di ketika itu ( x )

      pada ketika itu ( / )

41. jika sekiranya ( x )

      jika atau sekiranya ( / )

42. hingga ke ( x )

      hingga atau ke ( / )

43. demi untuk ( x )

      demi atau untuk ( / )

44. tertarik dengan puisi ciptaannya ( x )
      tertarik oleh puisi ciptaannya ( / )

45. tidak terangkat oleh meja yang berat itu ( x )
      tidak terangkat akan meja yang berat itu ( / )

46. terpengaruh dengan budaya barat ( x )
      terpengaruh oleh budaya barat ( / )

47. terpikat dengan gadis yang cantik itu ( x )
      terpikat oleh gadis yang cantik itu ( / )


CONTOH SOALAN UPSR

1. Ramu menendang bola itu.................arah penjuru kanan
    padang.
    A. dari       B. kepada      C. dengan      D. daripada

2. Puan Fatimah bersetuju ............ harga buah durian yang
    ditawarkan oleh penjual itu.
    A. pada       B. dengan      C. kepada      D. daripada

3. Setelah dicelupkan ke dalam minyak wangi tersebut, 
    cebisan kertas itu bertukar............ warna putih..............
    warna biru.
    A. dari....daripada                     B. dari.....kepada 
    C. daripada........ke                   D. daripada........kepada

4. Mereka sedang berbincang.........kenaikan harga barang-
    barang keperluan harian.
    A. akan         B. sejak      C. terhadap       D. tentang

5. Buku yang tebal itu ada........... saya.
    A. kepada       B. pada        C. dengan     D. daripada

6. Cuaca pada hari ini dijangka lebih buruk............semalam.
    A. dari        B. daripada       C. pada        D. dengan

7. Para penonton yang berada di dewan amat tertarik..........
    aksi pelawak yang lucu itu.
    A. dengan        B. kepada       C. oleh           D. akan  



                                kucing kesayanganku: Daripada raut wajahmu yang comel tercipta
                                                                       suatu ketenangan terukir dalam jiwa setiap 
                                                                        insan yang menatapnya.

D. KATA KERJA

Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Kerja


1. Orang itu senyum kepada saya. ( salah )
    Orang itu tersenyum kepada saya. ( betul )

2. Wanita itu lecur. ( salah )
    Wanita itu melecur. ( betul )

3. Mereka mesti cari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu. ( salah )
    Mereka mesti mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu. ( betul )

4. Pengemis itu tidur beralaskan dengan tikar. ( salah )
    Pengemis itu tidur beralaskan tikar. ( betul )

5. Projek itu harus disiapkan oleh kamu. ( salah )
    Projek itu harus kamu siapkan. ( betul )

6. Orang tua itu mereka bantu. ( salah )
    Orang tua itu dibantu oleh mereka. ( betul )

7. Lukisan itu dilukis oleh saya. ( salah )
    Lukisan itu saya lukis. ( betul )

8. Wang itu patut Nadia simpan. ( salah )
    Wang itu patut disimpan oleh Nadia. ( betul )

9. Soalan itu mereka fahami. ( salah )
    Soalan itu difahami oleh mereka. ( betul )

10. Tugasan itu dilakukan oleh kami. ( salah )
      Tugasan itu kami lakukan. ( betul )


















RUMUS BAHASA 

Jika kata dasar dapat menerima apitan meN......kan dan  

meN.......i    maka,

(a) men......kan = objek tidak bernyawa = kepada = objek   
     bernyawa
(b) men......i      = objek bernyawa = objek tidak bernyawa
     Contohnya;
 (i) menghadiahkan sebuah basikal kepada adik ( / )
 (ii) menghadiahi adik sebuah basikal ( / )


1. menghadiahi sebuah basikal kepada Ramli ( salah )
    menghadiahi Ramli sebuah basikal ( betul )
    menghadiahkan sebuah basikal kepada Ramli ( betul )

2. membekali sebungkus nasi lemak kepada adik ( salah )
    membekali adik sebungkus nasi lemak ( betul )
    membekalkan sebungkus nasi lemak kepada adik ( betul 

3. menghidangkan tetamu bubur nasi ( salah )
    menghidangkan bubur nasi kepada tetamu ( betul  )
    menghidangi tetamu bubur nasi ( betul )

4. menganugerahi bintang kebesaran kepada panglima itu   
    ( salah )
    menganugerahi panglima itu bintang kebesaran ( betul )
    menganugerahkan bintang kebesaran kepada panglima 
    itu ( betul )

5. mengurniai sepasang persalinan kepada pahlawan itu ( 
    ( salah )
    mengurniai pahlawan itu sepasang persalinan ( betul )
    mengurniakan sepasang persalinan kepada pahlawan itu
    ( betul )
   
6. menjatuhkan pesalah itu hukuman mati ( salah )
    menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu ( betul )
    menjatuhi pesalah itu hukuman mati ( betul )

7. Ayah menghadiahkan adik sebatang pen. ( salah )
    Ayah menghadiahi adik sebatang pen. ( betul )

8. Adik dihadiahi oleh ayah sebatang pen. ( salah )
    Adik dihadiahi sebatang pen oleh ayah. ( betul )

9. Adik dihadiahkan sebatang pen oleh ayah. ( salah )
    Adik dihadiahkan oleh ayah sebatang pen. ( betul )

10. Sebatang pen dihadiahi oleh ayah kepada adik. ( salah )
      Sebatang     pen     dihadiahkan     oleh       ayah
      kepada adik. ( betul )


     Jika kata dasar dapat menerima apitan meN.....kan dan  
     meN.....   maka,
(a) meN....kan = objek bernyawa = objek tidak bernyawa         
(b) meN.....      = objek tidak bernyawa = untuk = objek 
     bernyawa
     Contohnya;
(i)  menjahitkan ayah sepasang baju ( / )
(ii) menjahit sepasang baju untuk ayah ( / )
  
 7. memberikan saya pendapat yang bernas ( salah )
     memberi saya pendapat yang bernas ( betul )
     memberikan pendapat yang bernas kepada saya ( betul )

8. membelikan seutas jam tangan untuk ayah ( salah )
    membeli seutas jam tangan untuk ayah ( betul )
    membelikan ayah seutas jam tangan ( betul )

9. membuatkan secawan kopi untuk ayah ( salah )
    membuatkan ayah secawan kopi ( betul )
    membuat secawan kopi untuk ayah ( betul )
    
10. membacakan surat untuk nenek ( salah )
      membaca surat untuk nenek ( betul )
      membacakan nenek surat ( betul  )


KATA-KATA KERJA LAIN

1. mengisi buah durian ke dalam bakul ( salah )
    mengisi bakul dengan buah durian ( betul )
    mengisikan buah durian ke dalam bakul ( betul )

2. mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam ( salah )
    mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam ( betul )
    mengajar murid-murid tahun enam mata pelajaran Bahasa Melayu ( betul )

3. gincu memerahkan bibir Suzi ( salah )
    gincu memerahi bibir Suzi ( betul )
    Suzi memerahkan bibirnya dengan gincu. ( betul )

4. air mata membasahkan pipi ( salah )
    air mata membasahi pipi ( betul )
    Siti membasahkan rambutnya dengan air perigi. ( betul )

5. Banjir besar telah menenggelamkan rumah di kawasan tanah rendah. ( salah )
    Banjir besar telah menenggelami rumah di kawasan tanah rendah. ( betul )
    Adik menenggelamkan kapal mainannya ke dalam kolam ( betul )

6. Rahim memperisterikan Rahimah. ( salah )
    Rahim memperisteri Rahimah. ( betul )
    Ibu memperisterikan Rahim dengan Rahimah. ( betul )

7. Rahimah mempersuamikan Rahim. ( salah )
    Rahimah mempersuami Rahim. ( betul )
    Ibu mempersuamikan Rahimah dengan Rahim. ( betul )


CONTOH SOALAN UPSR

1. Norhayati baru sahaja ...........pengajian dalam bidang
    perubatan di Universiti Malaya.
    A. mengakhiri     B. menyiapkan    C. menamatkan
    D. menyempurnakan

2. Kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang sedang 
    bergotong-royong ............... taman bersempena dengan 
    sambutan Hari Kemerdekan.
    A. diindahkan     B. pengindahan     C. memperindah
    D. memperindahkan

3. Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan
    bagi ..........rakyat yang berbudi bahasa.
    A. mencipta   B. membentuk   C. mewujudkan
    D. menghasilkan

4. Pertandingan reka cipta yang diadakan itu dijangka dapat
    .............bakat-bakat baharu.
    A. melatih   B. memupuk   C. mengasah   D. mencungkil

5. Murid-murid yang menduduki peperiksaan itu sedang
    ................otak untuk menjawab soalan-soalan ujian.
    A. memeras   B. menajam   C. memecah   D. menekan






                               Foto: Cikgu Rashid  Jun 2014


E. KATA HUBUNG     

kesalahan Dalam Penggunaan Kata Hubung

1. Para penonton tertawa bila melihat  telatah pelawak itu. ( salah )
    Para penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak itu ( betul )

2. Kita haruslah berakhlak mulia agar supaya dihormati orang lain. ( salah )
    Kita haruslah berakhlak mulia agar dihormati orang lain. ( betul )
    Kita haruslah berakhlak mulia supaya dihormati orang lain. ( betul )

3. Adik menangis sebab dipukul oleh ibu. ( salah )
    Adik menangis kerana dipukul oleh ibu. ( betul )

4. Encik Arif naik ke pentas dan menyampaikan ucapan. ( salah )
    Encik Arif naik ke pentas lalu menyampaikan ucapan. ( betul )

5. Selama dipujuk oleh ibunya, barulah budak itu berhenti menangis. ( salah )
    Setelah dipujuk oleh ibunya, barulah budak itu berhenti menangis. ( betul )

6. Murid-murid itu tidak dibenarkan pulang sehingga ibu bapa mereka tidak mengambil 
    mereka. ( salah )
    Murid-murid itu tidak dibenarkan pulang selagi ibu bapa mereka tidak mengambil
    mereka. ( betul ) 

7. Budak itu cantik kecuali sombong. ( salah )
    Budak itu cantik tetapi sombong. ( betul )




                               Foto: Cikgu Rashid Jun 2014
                               Jalan berliku untuk menuju kejayaan    

F. HUKUM D-M

Kesalahan Dalam penggunaan Hukum D-M

1. Ayah membeli goreng keladi di gerai Mak Siti. ( salah )
    Ayah membeli keladi goreng di gerai Mak Siti ( betul )

2. Kami sekeluarga makan di Cili Padi Restoran. ( salah )

    Kami sekeluarga makan di Restoran Cili Padi. ( betul )

3. Gadis yang memakai mini telekung itu sungguh ayu.  

    ( salah )
    Gadis yang memakai telekung mini itu sungguh ayu.  
    ( betul )

4. Ramu pergi ke gigi klinik kerana giginya sakit. ( salah )

    Ramu pergi ke klinik gigi kerana giginya sakit. ( betul )


KECUALIAN HUKUM D-M

1. ibu pejabat                   
2. perdana menteri
3. timbalan menteri
4. pembantu penyelidik
5. naib presiden
6. naib canselor
7. naib yang dipertua

 













RUMUS BAHASA

1. Ali Tukang Jahit ( x )

    Tukang Jahit Ali ( / )

2. Habib Restoran ( x )
    Restoran Habib (/ )

3. goreng pisang ( x )
    pisang goreng ( / )

4. Harun Kedai Roti ( x )
    Kedai Roti Harun ( / )

5. mini bas ( x )
    bas mini ( / )

6. mini pasar ( x )
    pasar mini ( / )

7. skirt mini ( x )
    miniskirt ( / )

8. komputer mini ( x )
    minikomputer ( / )

9. atur mini ( x )
    miniatur ( / )

10. lain-lain perkara ( x )
      perkara-perkara lain ( / )

11. lain-lain hal ( x )
      hal-hal lain ( / )

12. Mini Pasar Razali ( x )
      Pasar Mini Razali ( / )

13. maggi mee ( x )
      mi maggi ( / )

14. ayam daging ( / )  = ayam yang menghasilkan daging 

15. daging ayam ( / )  = daging daripada ayam

16. telur putih     ( / )  = telur yang berwarna putih

17. putih telur     ( / )  = bahagian telur yang berwarna putih

18. kuning telur  ( / )  = bahagian telur yang berwarna 
                                     kuning                         
19. ayam kari ( x )         
      kari ayam ( / )

20. cili sos ( x )
      sos cili ( / )

21. jeruk buah ( x )
      buah jeruk ( / )

22. jeruk ikan ( x )
      ikan jeruk ( / )

23. siber kafe ( x )
      kafe siber ( / )




G. KESALAHAN UMUM TATABAHASA

RUMUS BAHASA

1.  mahal-mahal belaka ( x )
    mahal-mahal ( / )
2. mahal belaka-belaka ( x )
    mahal belaka ( / )
3. lain-lain sebab ( x )
    sebab-sebab lain ( / )
4. lain-lain perkara ( x )
    perkara-perkara lain ( / )
5. cara lain-lain ( x )
    cara-cara lain ( / )
6. tidak mahu lagi datang ke rumahnya ( x )
    tidak mahu datang ke rumahnya lagi ( / )
7. mempunyai banyak masa ( x )
    banyak mempunyai masa ( / )
8. memejamkan rapat-rapat matanya ( x )
    memejamkan matanya rapat-rapat ( / )
9. tiga orang pelajar-pelajar ( x )
    tiga orang pelajar ( / )
10. para guru-guru ( x )
      para guru ( / )
11. ketiga-tiga orang penyanyi-penyanyi ( x )
      ketiga-tiga orang penyanyi ( / )
12. ribuan peminat-peminat ( x )
      ribuan peminat ( / )
13. tiap-tiap pelajar-pelajar ( x )
      tiap-tiap pelajar ( / )
      setiap pelajar ( / )
14. semua penduduk-penduduk ( x )
      semua penduduk ( / )
15. beberapa buah kereta-kereta ( x )
      beberapa buah kereta ( / )
16. kedua anaknya ( x )
      kedua-dua orang anaknya ( / )
17. setengah pelajar ( x )
      setengah-setengah pelajar ( / )
      sesetengah pelajar ( / )
18. amat tercantik ( x )
      amat cantik ( / )
19. suka durian ( x )
      suka akan durian ( / )
20. patuh arahan itu ( x )
      patuh akan arahan itu ( / )
21. terlalu riuh-rendah ( x )
      terlalu riuh ( / )
22. yang terbesar sekali ( x)
      yang terbesar ( / )
      yang besar sekali ( / )
23. beralaskan dengan sehelai kain ( x )
      beralaskan sehelai kain ( / )
      beralas dengan sehelai kain ( / )
24. bersenjatakan dengan pisau ( x )
      bersenjatakan pisau ( / )
      bersenjata dengan pisau ( / )
25. belum mengetahui tentang hal itu ( x )
      belum mengetahui hal itu ( / )
26. berpandukan pada peta ( x )
      berpandukan peta ( / )
      berpandu pada peta ( / )
27. berhampiran sungai ( x )
      berhampiran dengan sungai ( / )
28. bertemu Raudah ( x )
      bertemu dengan Raudah ( / )
29. menonton akan persembahan ( x )
      menonton persembahan ( / )
30. berbincang perkara itu ( x )
      berbincang tentang perkara itu (/ )
31. menduduki pengantin lelaki ( x )
      mendudukkan pengantin lelaki ( / )
32. daun-daun berguguran ( x )
      daun berguguran ( / )
      daun-daun gugur ( / )
33. ditendang oleh saya ( x )
      saya tendang ( / )
34. digunakan oleh kita ( x )
      kita gunakan ( / )
35. dibungkus oleh engkau (x )
      engkau bungkus ( / )
36. dihasilkan oleh kamu ( x )
      kamu hasilkan ( / )
37. mereka bersihkan ( x )
      dibersihkan oleh mereka ( / )
38. saya belum kunjungi ( x )
      belum saya kunjungi ( / )
39. anda belum pulangkan ( x )
      belum anda pulangkan ( / )
40. anggota polis itu tembak ( x )
      ditembak oleh anggota polis itu ( / )
41. Rahimah cuci ( x )
      dicuci oleh Rahimah ( / )
42. baginda rasmikan ( x )
      dirasmikan oleh baginda ( / )
43. saya akan sertai ( x )
      akan saya sertai ( / )
44. awak telah perakukan ( x )
      telah awak perakukan ( / )
45. telah pihak kerajaan usahakan ( x )
      telah diusahakan oleh pihak kerajaan ( / )
46. alat tulis-alat tulis ( x )
      alat-alat tulis ( / )
47. jalan raya-jalan raya ( x )
      jalan-jalan raya ( / )
48. guru besar-guru besar ( x )
      guru-guru besar ( / ) = banyak guru besar
      guru besar-besar ( / ) = banyak guru yang besar
49. kedai runcit-runcit ( x ) 
      kedai-kedai runcit ( / )
50. anak- anak buah ( x )
      anak buah-anak buah ( / )
51. cahaya-cahaya mata ( x )
      cahaya mata-cahaya mata ( / ) 
52. sangat riuh-rendah ( x )
      sangat riuh ( / )
53. sungguh senang-lenang ( x )
      sungguh senang ( / )
54. amat kering-kontang ( x )
      amat kering ( / )
55. hanya sebulan sahaja ( x )
      hanya sebulan ( / )
      sebulan sahaja ( / )
56. terima kasih di atas pertolongan kamu ( x )
      terima kasih atas pertolongan kamu ( / )
57. diletakkan atas meja ( x )
      diletakkan di atas meja ( / )
58. duduk atas tanah ( x )
      duduk di atas tanah ( / )
59. tahniah di atas kejayaan kamu semua ( x )
      tahniah atas kejayaan kamu semua ( / )
60. tidak kakak saya ( x )
      bukan kakak saya ( / )
61. bukan suka makan buah rambutan ( x )
      tidak suka makan buah rambutan ( / )
62. bandaraya ( x )
      bandar raya ( / )
63. bandar raya Kuala Lumpur ( x )
      Bandaraya Kuala Lumpur ( / )
64. pasaraya ( x )
      pasar raya ( / )
65. Pasar raya Tesco ( x )
      Pasaraya Tesco ( / )
66. saling kunjung-mengunjungi ( x )
      saling mengunjungi ( / )
      kunjung-mengunjungi ( / )
67. saling pandang ( x )
      saling memandang ( / )
      pandang-memandang ( / )
68. selain daripada itu ( x )
      selain itu ( / )
69. selain dari itu ( x )
      selain itu ( / )
70. selain daripada petani-petani ( x )
      selain petani ( / )
71. meningkat dari RM 20.00 ke RM 30.00 sebungkus ( x )
      meningkat daripada RM 20.00 kepada RM 30.00
      sebungkus ( / )
72. di dalam dan luar rumah ( x )
      di dalam dan di luar rumah ( / )
73. ke atas dan bawah ( x )
      ke atas dan ke bawah ( / )
74. bukan untuk kamu tetapi saya ( x )
      bukan untuk kamu tetapi untuk saya ( / )
75. dari Lim kepada saya ( x )
      daripada Lim kepada saya ( / )
76. daripada siang hingga malam ( x )
      dari siang hingga malam ( / )
      sejak siang hingga malam ( / )
77. daripada pukul 8 pagi hingga ke pukul 10 pagi ( x )
      dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi ( / )
79. daripada Perak ke Kedah ( x )
      dari Perak ke kedah ( / )
80. Adalah dimaklumkan bahawa.... ( x )
      Dengan ini dimaklumkan bahawa....( / )
      Para pelajar dimaklumkan bahawa.... ( / )
81. ialah untuk ibu ( x )
      adalah untuk ibu ( / )
82. adalah makanan kegemaran saya ( x )
      ialah makanan kegemaran saya ( / )
83. ialah ke arah selatan ( x )
      adalah ke arah selatan ( / )
84. adalah guru kesayangan saya ( x )
      ialah guru kesayangan saya ( / )
85. ialah tidak benar ( x )
      adalah tidak benar ( / )
86. ialah sangat dalam ( x )
      adalah sangat dalam ( / )
87. belajar di kolej atau universiti ( x )
      belajar di kolej atau di universiti ( / )
88. ke pasar atau kedai ( x )
      ke pasar atau ke kedai ( / )
89. dari hari ke sehari ( x )
      dari sehari ke sehari ( / )
      dari hari ke hari ( / )
90. berbagai barang ( x )
      pelbagai barang ( / )
      berbagai-bagai barang ( / )
91. mendapat banyak faedah ( x )
      banyak mendapat faedah ( / )
92. memberitahukan ibu tentang perkara itu ( x )
      memberitahukan perkara itu kepada ibu ( / )
      memberitahu ibu tentang perkara itu ( / )
93. memperolehi wang ( x )
      memperoleh wang ( / )
94. banyak faedah diperolehi daripada bersenam ( x )
      banyak faedah diperoleh daripada bersenam ( / )
95. manfaat yang saya telah perolehi ( x )
      manfaat yang telah saya peroleh ( / )
96. boleh membaca dengan lancar ( x )
      dapat membaca dengan lancar ( / )
97. secantik dengan ibu Salim ( x )
      secantik ibu Salim ( / )
      sama cantik dengan ibu Salim ( / )
98. membuat temu janji ( x )
      membuat janji temu ( / )
99. meresmikan majlis itu ( x )
      merasmikan majlis itu ( / )
100. teringat oleh kenangan manis ( x )
        teringat akan kenangan manis ( / )
101. ada kepada Maimunah ( x )
        ada pada Maimunah ( / )
102. tempat meletak kereta ( x )
        tempat letak kereta ( / )
103. seni mempertahankan diri ( x )
        seni pertahanan diri ( / )
104. pusat memberi-belah ( x )
        pusat beli-belah ( / )
105. hukuman merotan ( x )
        hukuman rotan ( / )
106. menyatakan tentang perkara itu ( x )
        menyatakan perkara itu ( / )
107. membawa juga alat itu ( x )
        membawa alat itu juga ( / )
108. bergantung kepada ( x )
        bergantung pada ( / )
109. muncul juara ( x )
        muncul sebagai juara ( / )
110. teringatkan kekasihnya ( x )
        teringat akan kekasihnya ( / )
111. rindukan kami ( x )
        rindu akan kami ( / )
112. penghawa dingin ( x )
        pendingin hawa ( / )
        penyaman udara ( / )
113. memperindahkan kawasan itu ( x )
        memperindah kawasan itu ( / )
114. memperlebarkan jalan raya ( x )
        memperlebar jalan raya ( / )
115. mempersembah tarian zapin ( x )
        mempersembahkan tarian zapin ( / )
116. mempertingkat hasil keluaran ( x )
        mempertingkatkan hasil keluaran ( / )
117. adalah seperti berikut ( x )
        adalah seperti yang berikut ( / )
118. adalah merupakan musuh negara ( x )
        merupakan musuh negara ( / )
119. Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi
        majlis kami. ( x )
        Kami berdoa semoga kehadiran tuan/puan akan
        menyerikan majlis kami lagi. ( / )
120. menonton televisyen berjam lamanya ( x )
        menonton televisyen berjam-jam lamanya ( / )
121. Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. ( x )
        Jangan buang sampah di merata-rata tempat. ( / )
122. mengucapkan syukur dengan Allah ( x )
        mengucapkan syukur kepada Allah ( / )
123. seorang dari peserta ( x )
        seorang daripada peserta ( / )
124. mendapati kami lalu bertanya arah ( x )
        mendapatkan kami lalu bertanyakan arah ( / )
125. mengucapkan berbanyak terima kasih ( x )
        mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih ( / )
126. kesemua anak-anak sungai ( x )
        kesemua anak sungai ( / )
127. rakyat-rakyat di negara ini ( x )
        rakyat di negara ini ( / )
128. Tolong menutup tingkap itu. ( x )
        Tolong tutup tingkap itu. ( /)
129. Tolong jangan ganggu saya. ( x )
        Jangan ganggu saya. ( / )
130. Sila jangan memijak rumput. ( x )
        Jangan pijak rumput. ( / )
131. Minta jangan berbuat bising. ( x )
        Jangan bising. ( / )
132. kata-kata aluan ( x )
        kata alu-aluan ( / )
133. Pilihlah apa-apa yang kamu suka. ( x )
        Pilihlah mana-mana yang kamu suka ( / )
134. ketika tiba ke garisan penamat ( x )
        ketika tiba di garisan penamat ( / )
135. senarai nama-nama murid ( x )
        senarai nama murid ( / )
136. Tiada siapa pun yang boleh menjawabnya. ( x )
        Tiada sesiapa pun yang dapat menjawabnya. ( / )
137. cintakan gadis itu ( x )
        cinta akan gadis itu ( / )
        cinta kepada gadis itu ( / )
138. sayangkan ibu ( x )
        sayang akan ibu ( / )
        sayang kepada ibu ( / )
139. menggunakan juga nama samaran ( x )
        menggunakan nama samaran juga ( / )
140. membaca banyak buku ( x )
        banyak membaca buku ( / )
141. menerangkan sekali lagi berlakunya kejadian itu ( x )
        menerangkan berlakunya kejadian itu sekali lagi ( / )
142. mengangkat sedikit kaki kirinya ( x )
        mengangkat kaki kirinya sedikit ( / )
143. Apakah baik perbuatan itu? ( x )
        Adakah baik perbuatan itu? ( / ) 
144. Itu Encik Ramlikah? ( x )
        Itu Encik Ramli? ( / )
        Encik Ramlikah itu? ( / )
145. Harga pen ini berapakah? ( x )
        Harga pen ini berapa? ( / )
        Berapakah harga pen ini? ( / )
146. Dia lupa janji-janjinya. ( x )
        Dia lupa akan janji-janjinya. ( / )
147. di kalangan pelajar ( x )
        dalam kalangan pelajar ( / )
148. pada masa kini ( x )
        pada masa ini ( / )
        kini ( / )
149. tampa membuang masa lagi ( x )
        tanpa membuang masa lagi ( / )
150. sering mememui kesalahan ejaan ( x )
        sering menemukan kesalahan ejaan ( / )
        sering menemui Cikgu Abidin di makmal sains ( / )
151. merasa amat kecewa ( x )
        berasa amat kecewa ( / )
        merasa kek lapis itu ( / )
152. Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi 
        majlis kami. ( x )
        Kami berdoa semoga kehadiran tuan/puan akan 
        menyerikan majlis kami lagi. ( / )




H.  SARI BAHASA

























 






























1. KATA SENDI NAMA

A. Kata sendi nama "dari"

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu.

(a) menunjukkan tempat atau arah
     i) Angin kencang bertiup dari arah selatan.
    ii) Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.
   iii) Bola itu ditendang dari penjuru padang.
   iv) Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.
    v) Orang itu merantau dari Kedah ke Johor.
   vi) Anda datang dari mana?

(b) menunjukkan waktu atau masa.
     (i) Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi
         hingga pukul enam petang.
    (ii) Perkara itu telah diketahui dari subuh lagi.
   (iii) Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan
         barang itu.
   (iv) Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.


B. Kata sendi "daripada"

Kata sendi daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

(a) menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan  
     unsur mujarad. Contohnya:

     (i) Pemain sarkas itu menerima bola daripada  
         beruangnya.
    (ii) Daripada siapakah gerangan surat ini?
   (iii) Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.
   (iv) Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati 
         daripada Kementerian Pendidikan. 
    (v) Cadangan daripada persatuan kami telah diterima.
   (vi) Sumbangan daripada kerajaan telah diterima.

(b) menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu 
     benda. Contohnya:

    (i) Ukiran itu diperbuat daripada logam.
   (ii) Semua ubatnya daripada akar kayu.
  (iii) Benang berasal daripada kapas.
  (iv) Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru.
   (v) Air berpunca daripada gabungan hidrogen dan air. 

(c) menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

    (i) Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi 
        pertama.
   (ii) Cuaca pada hari ini dijangka akan lebih buruk daripada 
        semalam.
  (iii) Daripada Ali lebih baik Ahmad.
  (iv) Kami tiba lebih awal daripada mereka.
   (v) Cara berfikirnya lain daripada yang lain.
  (vi) Harga ayam meningkat daripada RM5.00 sekilogram 
        kepada RM6.50 sekilogram.

C. Kata sendi nama "kepada"

Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

(a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan 
     unsur mujarad. Contohnya:

     (i) Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini.
    (ii) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.
   (iii) Ali mengirim surat kepada abang.
   (iv) Pastikanlah anak-anak tidak terdedah kepada bahaya 
         dadah.
   
(b) menyatakan pecahan. Contohnya:

     (i) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.
    (ii) Waktu persekolahan dipecahkan kepada sesi pagi dan 
         sesi petang.
   (iii) Suhu yang sangat tinggi sahaja yang dapat 
         menguraikan air kepada juzuk-juzuknya.

(c) menyatakan perubahan keadaan. Contohnya:

    (i) Harga sekilogram ayam meningkat kepada RM6.50.
   (ii) Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih 
        baik.
  (iii) Harga pasaran saham menurun kepada paras yang 
        membimbangkan. 

  
I. MEMBETULKAN EJAAN


 SALAH                                           BETUL

1. periok                                            periuk
2. bowling                                         boling
3. berihat                                          berehat
4. aksasori                                        aksesori
5. menunjulkan                                 menonjolkan
6. teradisional                                   tradisional
7. was-was                                        waswas
8. sepak takrau                                 sepak takraw
9. mengistiharkan                             mengisytiharkan
10. antara bangsa                             antarabangsa
11. tengahhari                                   tengah hari
12. ke 100                                         ke-100
13. letrik                                            elektrik
14. jalanraya                                     jalan raya
15. dikenalpasti                                 dikenal pasti
16. professor                                     profesor
17. kebersehan                                 kebersihan
18. antek                                           antik
19. tanggung jawab                          tanggungjawab
20. sterika                                         seterika                                         
21. televisen                                      televisyen
22. institiut                                         institut
23. jatidiri                                           jati diri
24. nenas                                           nanas
25. bapa metua                                  bapa mentua
26. audien                                          audiens
27. cendera mata                               cenderamata
28. menklasifikasikan                         mengklasifikasikan
29. satay                                            sate
30. zohor                                            zuhur
31. mentera                                        mantera
32. tuiysen                                          tuisyen
33. intigerisi                                         integrasi
34. tosik                                              toksik
35. prespektif                                      perspektif
36. sperme                                          sperma
37. altrenatif                                        alternatif
38. spisies                                           spesies
39. mediamassa                                  media massa
40. pehak                                            pihak
41. rekacipta                                        reka cipta
42. paltform                                         platform
43. kretiviti                                           kreativiti
44. infomasi                                         informasi
45. perabut                                          perabot
46. selsema                                         selesema
47. merbahaya                                     berbahaya
48. lebuhraya                                       lebuh raya
49. penal                                              panel
50. kemistian                                        kemestian
51. diagehkan                                       diagihkan
52. calun                                              calon
53. motorsikal                                       motosikal
54. e-mail                                             e-mel
55. berkerja                                          bekerja
56. berbagai                                         pelbagai
57. beristerirahat                                   beristirahat
58. penat-lelah                                     penat lelah
59. masaalah                                        masalah
60. dicolek                                            diculik
61. eko-sistem                                      ekosistem
62. profesyen                                        profesion
63. mengenepikan                                mengetepikan
64. seMalaysia                                      se-Malaysia
65. ilmuan                                             ilmuwan
66. kolestrol                                          kolesterol
67. kontigen                                          kontinjen
68. pesisiran                                         persisiran
69. pelancung                                       pelancong
70. progrem                                          program
71. mensesiakan                                   mensia-siakan
72. kraftangan                                       kraf tangan
73. runtoh                                             runtuh
74. otonomi                                           autonomi
75. taukeh                                             tauke
76. memamerkan                                   mempamerkan
77. bekerja sama                                   bekerjasama
78. pra syarat                                        prasyarat
79. ko-kurikulum                                    kokurikulum
80. otobiografi                                        autobiografi
81. dilapurkan                                        dilaporkan
82. pra-sekolah                                      prasekolah
83. baget                                               bajet
84. pelakun                                            pelakon
85. keharmunian                                    keharmonian
86. vokesyenal                                       vokasional
87. prodaktiviti                                        produktiviti
88. prospetnya                                       prospeknya
89. anti-biotik                                          antibiotik
90. strateji                                              strategi
91. koporat                                             korporat
92. manafaat                                          manfaat
93. perlaksanaan                                    pelaksanaan
94. tanahair                                            tanah air
95. komitment                                         komitmen
96. kerosakkan                                       kerosakan
97. engin                                                enjin
98. karburator                                         karburetor
99. sais                                                   saiz
100. bertimbangrasa                               bertimbang rasa
101. tanda tangan                                   tandatangan
102. urusetia                                           urus setia
103. hakmilik                                           hak milik
104. segitiga                                            segi tiga
105. suka rela                                          sukarela
106. pelusuk                                            pelosok
107. kobis                                                kubis
108. pensil                                               pensel
109. snooker                                            snuker
110. murtabak                                          martabak
111. stem                                                 setem
112. petrolium                                          petroleum
113. ping pong                                         pingpong
114. keutiau                                              kuetiau
115. tauladan                                           teladan
116. sandwich                                          sandwic
117. analisa                                              analisis
118. atlit                                                   atlet
119. setor                                                 stor
120. skima                                                skema
121. mastika                                             mestika
122. lagenda                                            legenda
123. panatia                                             panitia
124. baucer                                              baucar
125. stokin                                                stoking
126. ais krim                                             aiskrim
127. pilihanraya                                        pilihan raya
128. Ramadhan                                        Ramadan
129. cendikiawan                                      cendekiawan
130. perihatin                                            prihatin
131. ekspidisi                                            ekspedisi
132. ambulan                                            ambulans
133. kerinting                                            keriting
134. jenerasi                                             generasi
135. peramugari                                        pramugari
136. pragawati                                           peragawati
137. mee                                                   mi
138. naskah                                              naskhah
139. fax                                                     faks
140. Febuari                                              Februari
141. iktizam                                               iltizam                        
142. gembeleng                                        gembleng
143. dailog                                                dialog
144. dairi                                                   diari
145. losyen                                                losen
146. leukimia                                              leukemia
147. lebel                                                   label
148. lagenda                                              legenda
149. silaturrahim                                         silaturahim
150. sembeleh                                            sembelih
151. sessi                                                   sesi
152. mengswastakan                                  menswastakan
153. mengujudkan                                      mewujudkan
154. mencatit                                              mencatat
155. mempastikan                                       memastikan
156. memamerkan                                      mempamerkan
157. mekanisma                                         mekanisme
158. pemerosesan                                      pemprosesan
159. ahklak                                                 akhlak
160. berdisplin                                            berdisiplin
161. mengwar-warkan                                menguar-uarkan
162. karteria                                               kriteria
163. signefikan                                           signifikan
164. tranfomasi                                          transformasi
165. akedemik                                           akademik
166. tahyul                                                tahayul
167. membenteras                                     membanteras
168. Insyaallah                                          Insya-Allah
169. mesyuarat agong                               mesyuarat agung
170. oditorium                                           auditorium
171. otomobil                                            automobil
172. paspot                                               pasport
173. kemah                                               khemah
174. kerosakkan                                        kerosakan
175. kedudukkan                                      kedudukan
176. keretapi                                             kereta api
177. ubahsuai                                           ubah suai
178. juru hebah                                        juruhebah
179. juru latih                                           jurulatih
180. juru gambar                                      jurugambar 
181. juru acara                                         juruacara
182. juru terbang                                      juruterbang
183. juru rawat                                         jururawat
184. juru cakap                                        jurubahasa
185. juru audit                                          juruaudit
186. juru elektrik                                       juruelektrik
187. juru jual                                            jurujual
188. juru reka                                           jurureka
189. juru tulis                                           jurutulis
190. juru wang                                         juruwang
191. Aidil Adha                                         Aidiladha
192. jawatan kuasa                                  jawatankuasa
193. maha siswa                                      mahasiswa
194. olah raga                                          olahraga
195. panca indera                                    pancaindera 
196. pesuruh jaya                                    pesuruhjaya
197. sosio ekonomi                                  sosioekonomi
198. warga negara                                   warganegara
199. anti dadah                                       antidadah
200. anti nuklear                                     antinuklear
201. anti rokok                                        antirokok
202. anti jenayah                                    antijenayah
203. anti sosial                                        antisosial
204. anti agama                                      antiagama
205. anti kerajaan                                    antikerajaan
206. anti nasional                                    antinasional
207. pra bayar                                         prabayar
208. pra kata                                           prakata
209. pra sejarah                                      prasejarah
210. pra universiti                                    prauniversiti
211. pra syarat                                        prasyarat
212. pra sekolah                                     prasekolah
213. pra siswazah                                   prasiswazah
214. pra sarana                                       prasarana
215. pro Amerika                                     proAmerika
216. pro kemerdekaan                             prokemerdekaan
217. pro aktif                                           proaktif
218. dwi bahasa                                      dwibahasa
219. dwi pihak                                         dwipihak
220. dwi budaya                                      dwibudaya
221. dwi logam                                        dwilogam
222. dwi fungsi                                        dwifungsi
223. tata adab                                         tataadab
224. tata bahasa                                      tatabahasa
225. tata kerja                                          tatakerja
226. tata niaga                                         tataniaga
227. tata usaha                                        tatausaha
228. tata cara                                           tatacara
229. tata etika                                          tataetika
230. tata susila                                        tatasusila
231. tata tertib                                         tatatertib
232. tata rias                                           tatarias
233. tata negara                                      tatanegara
234. pasca merdeka                                pascamerdeka
235. pasca ijazah                                    pascaijazah
236. pasca perang                                  pascaperang
237. pasca kerja                                      pascakerja
238. pasca projek                                    pascaprojek
239. peramugari                                      pramugari 240.pragawati                                        peragawati
241. mistri                                                misteri    
242. komidi                                              komedi
243. kominis                                            komunis
             
                        
Mutiara kata:
Setitik air dapat memecahkan seketul batu bukan kerana
kekuatannya tetapi kerana kesungguhan dan kerajinannya.



J. Soalan-Soalan Latihan UPSR / PT3

Latihan 1

Pilih ayat-ayat yang betul

1. Afiq akan bertolak Mexico nanti malam. 
2. Kebaya nyonya itu dijahit dengan benang emas.
3. Cikgu Faridah menyimpan di dalam tas tangan telefon.
4. Tan Sri Khalid mempunyai banyak koleksi kereta-kereta 
     mewah dari luar negara.
5. Kamu dan rakan-rakan ke Pasar Seni menaiki apa?
6. Ke mana murid-murid itu akan menghadapi peperiksaan?
7. Keadaan kesihatan Sofi bagaimanakah?
8. Kamukah yang memenangi pertandingan itu?
9. Hadiah itu ialah untuk kamu.
10. Surat itu adalah daripada abang.
11. Setiap bukti yang dikemukakan oleh peguam itu adalah    
     benar.
12. Baju kemeja itu ialah jenama terkenal.
13. Sebelum membuat lepat, daun pisang itu hendaklah 
     dilayur dahulu.
14. Halim menggilap keretanya diharap berkilat.
15. Kami akan berusaha dengan gigih demi untuk berjaya.


Latihan 2

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. Para-para tetamu yang hadir pada malam itu menikmati 
    makanan yang enak.
2. Puan Noraini menggantungkan bingkai gambar itu pada 
    dinding rumahnya.
3. Minta rasa kek yang saya hidangkan di atas meja itu.
4. Pak cik, jemputlah masuk dahulu, nanti saya panggilkan 
    ayah yang berada di belakang rumah.
5. Tolong jangan bermain di tepi longkang besar itu.
6. Pak Mahmud makan dua biji ubi rebus sebagai alas perut.
7. Mak Gayah membeli dua setengah kilogram tepung pulut 
    ke pasar mini.
8. Kapten Nordin kelihatan segak ketika memakai 
    uniformnya ketika bertugas.
9. Markah ujian Matematik Lokman lebih tinggi daripada 
    markah Norman.
10. Wei Chin asyik melukis gambar dari pagi hingga ke 
      petang.
11. Pak Rosli suka membuat ukiran di waktu senggangnya.
12. Pelumba-pelumba maraton itu saling potong-memotong 
      untuk tiba di garisan penamat.
13. Koleksi buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan   
      ke dalam bahasa Melayu.
14. Rahim menyandarkan tiga gulung tikar mengkuang di 
      belakang pintu.
15. Beberapa penduduk kampung itu berkejar ke hospital 
      kerana mengalami muntah-muntah.


Latihan 3

Pilih ayat-ayat yang betul

1. Pahlawan itu terbunuh oleh senjatanya sendiri.
2. Beribu penonton telah membanjiri Stadium Merdeka 
    untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
3. Tidak terangkat oleh saya meja yang berat itu.
4. Anak gadis pada masa kini, gemar memakai pakaian yang 
    menjolok mata.
5. Sejak berpindah ke bandar, Aiman jarang pulang ke 
    kampung halamannya.
6. Nenek sedang menyapu daun-daun yang berguguran di 
    halaman rumah.
7. Para pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru sedang 
    memperdalam longkang di Taman Megah Ria.
8. Barangan yang dijual di kedai itu sungguh mahal sekali.
9. M.Hariharan akan memperisteri Luxmi.
10. Haji Wahab mempersuamikan anak daranya dengan 
      seorang pemuda di kampungnya itu.
11. Puan Fauziah adalah guru kelas Tahun 6 Perdana.
12. Mak Siti menumbuk bawang merah hingga lumat.
13. Saya membantu menyiram pokok bunga.
14. Semua layang-layang yang dijual di kedai itu mahal.
15. Pasar raya itu terletak antara sekolah dan balai polis.


Latihan 4

Pilih ayat-ayat yang betul

1. Adil memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam 
    UPSR.
2. Kedai itu menjual perbagai jenis barang.
3. Ayam goreng itu rangup dan pedas.
4. Kami terus terdiam apabila Guru Besar masuk ke kelas.
5. Makanan yang disajikan oleh ibu masih belum berusik.
6. Rahim meninggalkan majlis itu di dalam kehampaan.
7. Bawalah apa saja makanan yang ada.
8. Ambillah mana-mana barang yang kamu suka.
9. Nenek sedang memayang bawang merah untuk dijadikan
    perencah sup.
10. Puan Lina dijahitkan oleh anaknya dua pasang baju 
      kurung.
11. Sila jangan merokok.
12. Pakaian kotor itu kakak cuci semalam.
13. Oleh kerana terlalu letih, dia tertidur di atas sofa.
14. Jika sekiranya hujan turun dengan lebat, saya tidak akan 
      ke sekolah.
15. Kompleks membeli-belah itu sedang mengadakan jualan 
      murah.

Latihan 5

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. Jangan memijak rumput.
2. Dia berasal dari Sabah.
3. Beliau membuat janji temu untuk bertemu dengan 
    pegawai itu semalam.
4. Kak Rani merasa gelisah ketika menunggu gilirannya 
    untuk ditemu duga.
5. Semua pakaian-pakaian lama itu akan didermakan ke 
    anak-anak yatim.
6. Baginda sultan amat marah apabila mendengar berita 
    buruk itu.
7. Berapa bijikah bola yang ada di dalam stor itu?
8. Siapa yang memecahkan cermin tingkap itu?
9. Ayah balik dari pejabat bila?
10. Turut menghadiri majlis itu ialah Perdana Menteri.
11. Kambing rendang yang dimasak oleh ibu sedap sekali.
12. Pak Abu menternak susu lembu di ladangnya.
13. Rudi mempunyai banyak menyimpan pinggan lama.
14. Kucing itu cantik. Ia berbulu tebal.
15. Perabot yang dibuat daripada kayu jati itu mahal 
      harganya.

Latihan 6

Betulkan kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Lapisan ozon yang semakin bertipis menyebabkan 
    kepanasan global.
2. Ibu menasihatkan kami supaya berusaha dengan tekun 
    sehingga kejayaan.
3. Masyarakat Malaysia harus hidup bersatu padu demi 
    pengamanan negara. 
4. Adik sedang memainkan basikal di perkarangan rumah.
5. Pelanggaran antara sebuah kereta dengan sebuah van 
    mensebabkan jalan raya sesak.
6. Pak Hassan mengasah pisau untuk mensembelih ayam.
7. Harap jangan membuat bising kerana peperiksaan UPSR 
    sedang menjalankan.
8. Sila meletakkan kereta anda di tempat meletak kereta 
    yang disediakan.
9. Banyak remaja yang sertai seni mempertahankan diri di
    kampung itu.
10. Kuih-muih di atas meja itu tidak mampu aku 
      menghabiskan.
11.Banjir telah menenggelamkan rumah-rumah di kawasan 
     tanah rendah itu.
12. Ibu menghidangi mi goreng kepada tetamu yang datang.
13. Para perkerja sedang mengisi buah-buah durian itu ke 
      dalam sebuah raga besar.
14. Lebuh raya itu sedang diperlebarkan oleh oleh para 
      perkerja yang mahir.
15. Abang membacai nenek surat yang menerima daripada
      kakak.

Mutiara kata:
Ilmu tak akan dapat dengan hanya bermalas-malasan.
                              FFF

K. CONTOH-CONTOH KARANGAN

1. Karangan Jenis Pengalaman ( PT3 )












A. Ceritakan pengalaman anda semasa melawat ke tempat-tempat bersejarah yang terkenal di negara kita.


      Pada cuti persekolahan yang lalu, bapa saya telah bersetuju untuk membawa kami sekeluarga melawat ke beberapa tempat yang bersejarah untuk menambahakan ilmu pengetahuan dan menanamkan semangat patriotisme dalam diri kami. Kami berasa besar hati untuk melawat ke tempat tersebut. Awal-awal pagi lagi, kami mula mengemaskan barang keperluan masing-masing sebelum memulakan perjalanan ke destinasi-destinasi tersebut. Saya telah membawa buku catatan untuk membuat nota  dan kamera digital untuk merakam gambar-gambar menarik untuk dijadikan kenangan. Selepas mengemaskan barang-barang, kami pun bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan menaiki kereta bapa saya.

      Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual kosong sambil menikmati makanan ringan yang dibekalkan oleh ibu. Beberapa jam kemudian, kami tiba di destinasi yang pertama, iaitu kota A' Farmosa. Sebaik-baik saja turun dari kereta, adik saya melompat-lompat kegembiraan kerana inilah kali pertama dia melinat bangunan bersejarah itu. Bapa saya sempat menceritakan peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan kota ini. Kota A' Farmosa ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan terdapat juga beberapa ekor monyet yang jinak meminta makanan daripada pengunjung yang lalu-lalang di situ. 

      Selepas berkunjung ke Kota A' Farmosa, kami menjamu selera di sebuah restoran yang menjual nasi ayam. Selepas itu, kami bertolak ke hotel untuk meletakkan barang-barang kami dan berehat untuk menghilangkan penat. Pada sebelah malamnya kami berpeluang untuk menaiki beca mengelilingi 'Jonker Walk'. Beca yang kami naiki dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni dan selesa. Saya telah membeli beberapa buah cenderahati untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan saya. Barangan yang dijual di 'Jonker Walk' agak murah. Tidak hairanlah banyak pelancong yang membeli-belah di situ. Pada kira-kira pukul 11:00 malam kami pun kembali ke hotel untuk tidur. 

      Pada keesokan harinya, kami bangun pada pukul 9:00 pagi dan bersarapan di hotel itu. Pada hari tersebut kami akan melawat ke Tugu Peringatan dan Muzium Negara di Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 10:00 pagi. Semasa dalam perjalanan, saya berkongsi gambar yang telah di rakam semasa berada di Melaka. Selepas beberapa jam perjalanan, saya dan keluarga saya tiba di Tugu Peringatan. Kami tidak sabar untuk melihatnya kerana selama ini kami hanya melihat tugu tersebut menerusi gambar atau layar televisyen. Saya begitu terharu melihat patung pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur di medan perang sewaktu berjuang menuntut kemerdekaan negara yang tercinta ini. Terdapat patung seorang askar memegang Jalur Gemilang yang melambangkan kejayaan para perajurit menuntut kemerdekaan tanah air walaupun akhirnya beliau telah terkorban.

      Seterusnya, bapa saya membawa kami berkunjung ke Muzium Negara yang terletak tidak jauh dari Tugu Peringatan yang telah kami kunjungi sebelum ini. Muzium Negara merupakan bangunan yang menempatkan dan mempamerkan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di negara kita sejak dahulu lagi. Seni bina bangunan Muzium Negara amat menarik perhatian kami sekeluarga. Selepas membeli tiket kami pun masuk ke dalam bangunan muzium tersebut. Namun saya berasa agak kecewa kerana tidak dibenarkan membawa kamera masuk ke tempat bersejarah itu. Walau bagaimanapun, saya masih dapat mencatat pelbagai catatan sejarah yang terdapat di dalam Muzium Negara melalui buku nota yang saya bawa. Selain peristiwa-peristiwa bersejarah, terdapat barangan lama yang dipamerkan seperti senjata-senjata yang digunakan oleh pahlawan pada zaman dahulu, peralatan muzik, kebudayaan dan lain-lain lagi. Sebelum beredar, kami sempat membeli beberapa keping poskad dan cenderamata untuk dibawa pulang. Kami juga sempat merakam gambar kami sekeluarga di luar bangunan Muzium Negara untuk diabadikan dalam kenangan.

      Pengalaman melancong ke tempat bersejarah kali ini, telah banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya selain menyemai semangat cinta akan negara. Melancong ke tempat-tempat bersejarah ini juga dapat mengisi masa lapang saya pada cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Saya berharap agar bapa saya akan membawa saya dan keluarga untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang lain pula pada cuti persekolahan yang akan datang.

Karangan ditulis oleh: Ang Zheng Feng
Pelajar Tingkatan 3, 2014.



2. Karangan Jenis Fakta ( PT3 )







A. Kepentingan mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.

        Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini, kita perlu bijak  mengatur   langkah   agar    perkara  yang dilakukan akan memberi manfaat.   Satu  daripada  usaha positif yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan mengisi masa   lapang   dengan  kegiatan  yang   dapat    memberi keuntungan kepada diri kita dan orang lain. Kegiatan masa
lapang harus dilakukan dengan perancangan mengikut
kegemaran dan minat masing-masing agar memberi manfaat, misalnya memancing, bersukan atau membaca.

        Kegiatan memancing ikan merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang kita. Kita boleh melakukan kegiatan ini bersama rakan atau ahli keluarga kita pada cuti umum atau pada hujung minggu. Hal ini terjadi demikian kerana kegiatan ini sememangnya banyak mempunyai kepentingan kepada kita. Jika kegiatan ini dilakukan bersama ahli keluarga, pastinya akan dapat mengeratkan hubungan keluarga kita. Selain itu, memancing ikan juga telah dikenal pasti sebagai kegiatan yang amat menyeronokkan,selain mampu menghilangkan tekanan dan keletihan setelah seseorang itu penat bekerja.Bayangkanlah apabila joran yang dipasang memperoleh seekor ikan yang besar,tentu sekali kita akan berasa seronok. Ikan yang kita peroleh ini pula boleh dijual untuk memperoleh pendapatan sampingan keluarga kita atau dapat dijadikan hidangan. Memancing ini juga boleh dijadikan salah satu cara untuk kita berehat atau menenangkan fikiran. Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa memancing ikan banyak mendatangkan
faedah kepada kita.

        Selain itu, kita juga banyak memperoleh kepentingan
daripada mengisi masa lapang kita dengan beriadah dan bersukan. Banyak jenis sukan yang dapat kita lakukan pada
waktu senggang kita. Contohnya, badminton, bola sepak,
pingpong dan lain-lain lagi.Jika kegiatan ini dilakukan bersama ahli keluarga kita, pastinya hubungan silaturahim
dalam kalangan anggota keluarga kita dapat dieratkan.
Beriadah dan bersukan juga mampu menyihatkan tubuh badan kita. Sekiranya tubuh badan kita sihat, kita akan dapat melakukan tugasan seharian dengan baik dan sempurna. Bagi para pelajar pula, bersukan dan beriadah
menjadikan badan seseorang pelajar itu sihat dan otak  mereka menjadi cerdas. Dengan ini tentunya para pelajar akan dapat belajar dengan tenang serta dapat menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka dengan mudah. Semasa bersukan atau beriadah bersama dengan rakan-rakan pula, seseorang itu akan berpeluang untuk berbual-bual tentang pekerjaan, perniagaan atau sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat dan negara. Jadi, kegiatan ini sememangnya amat menguntungkan kita jika selalu diamalkan. 

        Di samping itu, ada sesetengah orang lebih gemar mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan yang berkaitan dengan penambahan ilmu pengetahuan seperti membaca bahan-bahan bacaan, melayari Internet atau menonton televisyen. Kegiatan seperti ini pastinya seseorang itu akan banyak memperoleh ilmu pengatahuan
yang berkaitan dengan politik, sosial, ekonomi atau isu-isu semasa sama ada di dalam atau di luar negara. Para pelajar memang digalakkan supaya menggunakan masa lapang mereka dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengan pelajaran atau pengetahuan am. Manfaat daripada kekerapan mereka membaca atau melayari Internet ini akan melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang pelajaran bahkan juga dalam bidang sahsiah serta mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kritis.

        Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa pengisian masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah sememangnya banyak mempunyai kepentingannya kepada diri kita dan juga kepada orang lain.  Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan marilah kita mengisi masa lapang kita dengan kegiatan yang mendataangkan keuntungan. Tindakan ini dapat merealisasikan asprasi negara untuk melahirkan warganegara yang bijak menggunakan masa lapang dan berwawasan.

                               
2. Karangan Jenis Laporan ( UPSR )











A. Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah kecemerlangan Murid di dewan sekolah. Sebagai setiausaha sambutan, anda dikehendaki menyediakan satu laporan tentang majlis tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.   

                      Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Murid
                           Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria
                                            Johor Bahru

      Pada hari Sabtu bersamaan 12 Januari 2014, Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria telah melangsungkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid di dewan sekolah. Majlis yang sering diadakan setiap tahun ini bermula seawal jam 8:00 pagi, dengan kehadiran murid-murid dan para ibu bapa yang turut meraikan majlis.

       Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid sekolah ini yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberikan motivasi kepada murid-murid sekaligus menanamkan semangat berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan dalam
kalangan murid sekolah ini. 

       Tepat jam 9:00 pagi, kedengaran paluan kompang menandakan kehadiran tetamu kehormat, Encik Baba bin A. Rahman iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan ucapan oleh Pengerusi PIBG, diikuti oleh ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria. Pada kira-kira pukul 10:30 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai  Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Encik Baba Bin A. Rahman. Dalam ucapannya, antara lain beliau telah menasihati ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.

       Beberapa persembahan oleh murid-murid turut diadakan untuk para tetamu yang hadir dalam majlis tersebut. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan dikir barat oleh murid-murid tahun enam, petikan gitar oleh murid tahun lima, dan persembahan deklamasi sajak oleh ketua murid sekolah ini iaitu Siti Nurbayah Binti Razali.

       Acara kemuncak majlis ini ialah upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya memperolah 5 A, dan 4 A dalam UPSR pada tahun lepas. Selain itu, murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun dan murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah. Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Encik Baba Bin A. Rahman.

       Pada keseluruhannya, majlis tersebut berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para undangan dan tetamu yang hadir dijemput menikmati juadah sejurus majlis ini menutup tirainya pada kira-kira pukul 12:30 tengah hari. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid sekolah ini untuk lebih cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh:                                        20 JANUARI 2014


( KARTINA BINTI A. RAZAK )
Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan Murid,
Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria,
Johor Bahru.


3.  Karangan Jenis Biografi ( UPSR )


 















A. Guru yang saya sayangi

       Guru merupakan insan yang paling penting dalam mencorakkan hidup seseorang pelajar. Tanpa bimbingan dan didikan guru pastinya saya dan rakan-rakan saya tidak akan dapat menikmati kehidupan yang cerah pada masa depan. Sebanyak tiga puluh orang guru yang mengajar di sekolah saya. Mereka bertugas dengan penuh dedikasi demi masa depan murid-murid. Walau bagaimanapun guru yang paling saya sayangi di sekolah saya ialah Cikgu Rahmah. Cikgu Rahmah berumur empat puluh tahun. Beliau sudah berumah tangga dan kini mempunyai empat cahaya mata. Guru yang berkulit kuning langsat dan berambut panjang ini selalu berpakaian kemas ketika bertugas dan mempunyai penampilan yang menarik. Tidak hairanlah Cikgu Rahmah sememangnya amat disenangi oleh murid-muridnya.

       Saya amat menyayangi Cikgu Rahmah kerana beliau seorang guru yang baik hati dan bertanggungjawab. Beliau mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Semasa mengajar beliau begitu tegas, tetapi pandai berjenaka menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain tidak pernah berasa bosan mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh beliau.

       Cikgu Rahmah juga pandai mengambil hati murid-muridnya. Apabila kami melakukan kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami. Sebakilnya, beliau akan membimbing dan menasihati kami supaya tidak akan melakukan kesalahan yang sama. 

        Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Rahmah akan berbual-bual dengan saya dan rakan-rakan saya. Lazimnya Cikgu Rahmah akan bertanyakan masalah yang kami hadapai terutama dalam bidang pelajaran. Beliau sememangnya begitu prihatin terhadap anak-anak muridnya.

       Pada sebelah petang, Cikgu Rahmah akan melatih kami bermain hoki. Beliau merupakan jurulatih hoki yang sangat dedikasi di sekolah saya. Teknik permainan yang diajarkan oleh Cikgu Rahmah banyak membantu pasukan hoki sekolah saya meraih kejayaan dalam setiap perlawanan.


        Kami berasa amat bersyukur kerana mempunyai guru yang baik hati dan penyayang. Beliau bukan sahaja seorang pendidik, malahan kami menganggapnya sebagai ibu. Segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan kepada kami amat kami hargai dan dikenang sampai bila-bila.


4. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita    
   ( UPSR )















A. Anda telah berpeluang berkunjung ke pameran komputer yang diadakan di sebuah pusat beli-belah yang terkenal berhampiran dengan tempat tinggal anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berkunjung ke pameran tersebut. 


       Baru-baru ini, saya berpeluang menyaksikan pameran komputer yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru.  Pameran yang dianjurkan oleh ( PIKOM ) ini berlangsung selama tiga hari iaitu pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
Pada hari tersebut, saya bangun awal kerana tidak sabar-sabar untuk menyaksikan pemeran tersebut. Saya menyaksikan pameran itu dengan kakak saya.

       Setibanya di sana, saya dapati orang ramai sudah mula berpusu-pusu memasuki ruang pameran walaupun jam pada tangan saya baru menunjukkan pukul 11:00 pagi. Saya agak terkejut ketika melangkah masuk ke ruang pameran itu kerana saya telah terpilih sebagai pengunjung yang ke-1000 berdasarkan nama pengunjung yang tercatat pada buku pendaftaran yang baru sahaja saya tulis tadi. Saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa saya layak untuk membawa pulang hadiah berupa sebuah komputer riba. Saya sungguh gembira kerana mendapat durian runtuh itu. 

       Di ruang pameran, terdapat berpuluh-puluh gerai mempamerkan produk berkaitan dengan komputer. Gerai-gerai itu bukan sahaja mempamerkan komputer tercanggih, malah menjual buku komputer, perisian komputer, pengimbas, mesin pencetak, dan aksesori komputer yang lain. Saya juga dapat melihat gerai komputer yang dilengkapi dengan Internet telah mendapat perhatian utama daripada para pengunjung. Para pengunjung dilayan dengan mesra dan senyuman yang tidak pernah lekang pada bibir jurujual di gerai-gerai komputer tersebut. Mereka yang berminat boleh mendaftar diri sebagai pengguna Internet di gerai tersebut. Saya begitu tertarik oleh berjenis-jenis komputer terkini yang dipamerkan di gerai-gerai yang terdapat di situ.

       Saya dan kakak saya terus berjalan dari satu gerai ke satu gerai untuk melihat berjenis-jenis komputer dan aksesori komputer yang dipamerkan. Keadaan di ruang pameran itu semakin sesak dengan para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Saya terpaksa bergerak perlahan-lahan di antara gerai-gerai itu. Dalam pada itu telinga saya bingit dengan pelbagai macam bunyi muzik dari komputer yang kedengaran di sana sini. Para penjual pula sibuk dengan gelagat masing-masing untuk menarik minat pengunjung supaya datang ke gerai mereka. Mereka berteriak dengan suara yang kuat. Para pembantu gerai pula sibuk memberikan risalah-risalah percuma kepada para pengunjung.

       Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di sepanjang pameran itu berlangsung. Para remaja diberi peluang bermain permainan komputer dan menyertai kuiz. Di suatu sudut lain, penjelasan diberikan oleh para petugas tentang
cara-cara memasang komponen komputer dan memasukkan perisian komputer.

       Pendek kata, pengalaman berkunjung ke pameran komputer sungguh menyeronokkan. Secara tidak sedar kami telah berada di ruang pameran itu selama tiga jam. Saya pun pulang dengan penuh bangga sambil menjinjing sebuah komputer riba.

Hasil Tulisan Ridzwan Rashid
UPSR 2012.























B. Baru-baru ini anda berpeluang mengikut ibu kamu pergi ke pasar malam. Ceritakan suasana dan pengalaman semasa anda pergi ke pasar malam tersebut.

       Jam pada tangan saya menunjukkan tepat pukul 8:00 malam. Sebaik-baik sahaja selesai menikmati hidangan makan malam, ibu mengajak saya pergi ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Kami ke sana dengan berjalan kaki dan mengambil masa selama 10 minit sahaja.

       Setibanya di sana, saya dapati orang ramai telah pun berasak-asak berjalan di antara gerai-gerai yang terdapat di pasar malam tersebut. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Saya dan ibu saya terus menuju ke gerai yang menjual sayur-sayuran. Suasana pada ketika itu riuh-rendah dengan orang ramai yang mengunjungi pasar malam itu. Ibu membeli sayur-sayuran segar yang dijual di situ kerana harganya sangat berpatutan. Setiap kali pergi ke pasar malam, ibu pasti akan membeli sayur-sayuran di gerai itu. Ketika ibu sedang membeli sayur-sayuran, saya mengambil kesempatan untuk pergi ke gerai bersebelahan untuk membeli ayam goreng. Saya membeli beberapa ketul ayam goreng berempah dari gerai tersebut. Tidak jauh dari situ, kedengaran suara para penjual berteriak memanggil para pelanggan supaya membeli barang-barang di gerai mereka. Saya terus ke gerai sayur-sayuran untuk mendapatkan ibu saya.

        Selepas itu, ibu mengajak saya pergi ke gerai menjual pakaian wanita yang terletak tidak jauh dari situ. Kami terpaksa berjalan perlahan-lahan ke gerai tersebut kerana keadaannya sungguh sesak. Semasa berjalan kami terserempak seorang peminta sedekah yang kudung kakinya, duduk di atas jalan raya sambil menadahkan tangannya untuk meminta sedekah daripada orang ramai yang lalu-lalang di situ. Saya begitu bersimpati dengan peminta sedekah itu, dan menghulurkan wang sebanyak RM5.00, lalu beredar dari situ. Setibanya digerai menjual pakaian wanita, ibu saya membeli beberapa helai baju yang digemarinya.

        Sebelum pulang, saya membeli dua keping apam balik, selonggok jagung rebus dan sebungkus kacang kuda untuk dibawa pulang ke rumah. Pada ketika itu, orang ramai yang berada di pasar malam itu mulai berkurangan kerana telah pulang ke rumah masing-masing. Suasana mulai agak sunyi, hanya kedengaran bunyi generator milik para peniaga yang juga mulai mengemas barang-barang mereka.
          Kami pun pulang ke rumah sambil menjinjing beg plastik yang dipenuhi dengan barang-barang yang kami beli. Sesungguhnya pengalaman pergi ke pasar malam bersama ibu saya sememangnya amat menyeronokkan. Jika ada peluang, saya pasti akan mengikut ibu saya ke pasar malam lagi.

Karangan Srites Nair
Pelajar UPSR 2014


5. Karangan Jenis Fakta ( UPSR )










A. Cara-Cara Menghargai Jasa Guru

       Guru seumpama lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Daripada kata-kata ini, jelaslah bahawa guru merupakan insan yang terpenting yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kebahagiaan masa depan anak-anak murid mereka. Kira-kira lima jam tiga puluh minit kita menghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh tersebut, kita dijaga diberi pendidikan, dan dibentuk agar menjadi manusia yang berguna oleh guru kita. Guru dapat diibaratkan ibu dan ayah kita di sekolah, sudah sewajarnya jasa mereka patut kita balas.

       Salah satu cara untuk membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, latihan yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, kita juga hendaklah menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap apa-apa perkara yang diajarkan oleh guru kita dan sering bertanya jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat difahami. Sebagai guru, pastinya akan berasa berbesar hati apabila anak muridnya berjaya kerana apa-apa  perkara yang diajarkannya dimanfaatkan oleh anak didiknya.

       Pada Hari Guru pula, sebagai murid kita haruslah memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh, memberi mereka pen, bunga ataupun setidak-tidaknya kad atau ucapan penghargaan kepada mereka. Perbuatan yang kita lakukan ini pastinya akan membuatkan guru kita berasa terharu dan terasa dirinya dihargai kerana apa-apa yang dilakukan selama ini rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya.

       Selain itu, cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang berkeperibadian mulia. Kita perlu menghormati guru-guru yang telah banyak berkorban kepada kita sepanjang masa. Apabila bertemu dengan guru-guru, lemparkanlah senyuman dan ucapan salam kepada mereka. Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru akan berasa gembira.

       Di samping itu, kita juga mestilah mengenang jasa mereka sepanjang hayat. Kejayaan seorang pemimpin negara dan kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan ialah hasil kegigihan seorang guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didik itulah yang memberi semangat kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan mendidik generasi yang akan datang.

       Memang benar, sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Oleh itu, sewajarnyalah kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Tanamkanlah dalam hati untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum, dan berkeperibadian mulia.

Hasil Tulisan: Murid cemerlang UPSR 2013
















B. Faedah-faedah Bersukan

        Sukan meliputi segala bentuk kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang, bermain bola sepak, tenis lumba lari dan lain-lain lagi. Saban tahun sekolah kita pasti akan menganjurkan kejohanah sukan  tahunan. Setiap murid diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Hal ini membuktikan bahawa sukan sebenarnya banyak mempunyai faedah kepada kita.

        Antara faedah bersukan ialah badan kita akan menjadi sihat dan cergas. Hal ini terjadi demikian kerana semasa kita bersukan, badan kita akan memerlukan peluh. Peluh yang mengalir akan mengeluarkan bersama bahan-bahan toksik daripada badan kita. Kesannya, otak kita akan menjadi cerdas dan tenang serta memudahkan kita untuk belajar.

        Selain itu, aktiviti ini dapat menambahkan rakan dan kenalan kita. Lazimnya, pelbagai kaum turut terlibat    dalam    sesuatu     acara      sukan    yang dipertandingkan. Dengan cara ini, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk. Bersukan juga dapat merapatkan hubungan silaturahim, sekali gus dapat melahirkan semangat muhibah dan persaudaraan.

        Di samping itu, bersukan juga dapat mengharumkan nama sekolah kita. Sekiranya seseorang peserta berjaya menjadi johan dalam sesuatu pertandingan sukan, sekolah kita akan dikenali ramai. Seterusnya, setelah dewasa nanti seseorang murid itu akan berusaha untuk mengharumkan nama negara pula dalam sesuatu acara sukan di peringkat antarabangsa.

        Seterusnya, penyertaan kita dalam sesuatu acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Kesannya, kita terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merosakkan harta benda awam, bergaul dengan budak-budak nakal dan lain-lain lagi.

        Kesimpulannya, bersukan sememangnya aktiviti yang banyak memberikan manfaat kepada kita. Oleh itu, untuk menjadi murid yang cemerlang kita harus melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selain berjaya dalam bidang pelajaran.

Oleh: Nur Aiman
         Pelajar UPSR 2013.  


















C. Tanggungjawab pelajar dalam menjaga    
     kebersihan sekolah

         Sekolah yang bersih dapat memberi gambaran bahawa para pelajar di sekolah tersebut peka dan prihatin terhadap kebersihan.Para pelajar mempunyai
tanggungjawab dan peranan yang sangat penting untuk menjadikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria.

        Mula-mula sekali, pelajar-pelajar mestilah memastikan bilik darjah, sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan, sentiasa bersih dan kemas. Dalam hal ini, pelajar-pelajar haruslah menjaga kebersihan bilik darjah dengan membersihkannya semasa guru tiada di dalam kelas. Para pelajar harus membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan di dalam bilik darjah. Selain itu, para pelajar perlulah bertugas mengikut jadual tugasan yang telah sediakan dengan penuh tanggungjawab. Sekiranya bilik darjah bersih dan ceria pastinya para pelajar dapat belajar dengan tenang dan selesa.

        Seterusnya, murid-murid hendaklah menjaga kebersihan persekitaran sekolah dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak pengawas juga haruslah memainkan peranan dengan mengambil tindakan terhadap para pelajar yang mengotorkan kawasan sekolah. Selain itu, para pelajar hendaklah menjaga harta benda sekolah dengan baik iaitu tidak mengotorkan, menconteng atau merosakkan harta benda sekolah. Para pelajar juga haruslah bekerjasama memelihara pokok-pokok bunga yang terdapat di pekarangan sekolah supaya sentiasa hidup dengan subur agar dapat mencantik kan dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah.
Keadaan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria ini, mampu memberi ketenangan kepada para pelajar agar dapat belajar dengan sempurna.

        Selain itu, pelajar hendaklah melibatkan diri dalam kempen kebersihan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Para  pelajar boleh menyertai aktiviti yang diadakan dalam kempen tersebut umpamanya,
gotong-royong, pertandingan kelas terbersih, pertandingan mengarang, pertandingan melukis poster dan lain-lain lagi.Kempen kebersihan yang dianjurkan oleh pihak sekolah sememangnya mampu
menjadikan sekolah kita bersih dan ceria, selain dapat memupuk semangat cinta akan kebersihan dalam kalangan para pelajar.

        Para pelajar juga haruslah membantu guru membersihkan setiap tempat di sekolah untuk menjamin keceriaan sekolah. Pelajar-pelajar boleh menolong guru membersihkan bilik guru agar sentiasa bersih dan kemas. Para pelajar juga harus bersikap ringan tulang dengan membantu guru mengecat dinding sekolah, melukis mural dan lain-lain lagi.

        Sebagai kesimpulannya, para pelajar harus memikul tanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kerana bersih itu indah. Jika sekolah kita bersih dan indah pastinya, sekolah akan menjadi tempat kita menimba ilmu pengetahuan dengan mudah dan berkesan agar dapat melahirkan modal insan menjelang wawasan 2020.

Hasil tulisan: Nur Aiman
Pelajar cemerlang UPSR 2013.


SOALAN-SOALAN KARANGAN DAN ISI-ISI PENTING SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK CALON UPSR 2014.


Soalan 1

Ibu bapa sering mengingatkan anak-anak mereka tentang kepentingan mengamalkan sikap menabung dalam kehidupan seharian.
Tulis karangan tentang kelebihan amalan menabung.

Pendahuluan
menabung satu amalan yang sangat baik - bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit - banyak kelebihannya

Isi-isi penting
(a) dapat melatih diri untuk berjimat cermat - 
      mengutamakan apa-apa yang perlu sahaja ketika 
      berbelanja - menambah tabungan
(b) wang yang disimpan dapat digunakan semasa 
      kecemasan atau kesempitan wang - ketika jatuh 
      sakit - digunakan untuk mendapat rawatan di 
      hospital
(c) dapat digunakan untuk masa depan - melanjutkan 
      pelajaran ke peringkat lebih tinggi - tidak perlu 
      meminjam wang
(d) dapat membantu meringankan beban kewangan 
      ibu bapa - menggunakan wang tabungan untuk 
      membeli barang keperluan sendiri - berdikari

Penutup
amalan menabung tidak merugikan - ingat sebelum kena, jimat sebelum habis - harus dipupuk sejak kecil


Soalan 2

Kelas kamu telah memenangi pertandingan keceriaan pada peringkat sekolah.
Ceritakan langkah-langkah yang telah kamu dan rakan-rakan kamu lakukan untuk menceriakan kelas kamu itu.

Pendahuluan
kemenangan merupakan berkat kerjasama rakan-rakan sekelas - bantu-membantu dalam setiap perkara

Isi-isi penting

(a) mengadakan perbincangan - membahagi-
      bahagikan tugas
(b) saling bekerjasama - melakukan tugas masing-
      masing - membersihkan lantai - mengelap tingkap
      - menyusun atur perabot di dalam kelas
(c) menghias kelas - menampal bahan pembelajaran
      pada papan kenyataan di dalam kelas - turut 
      menampal kata-kata hukmat sebagai perangsang
(d) memasang langsir baru - ditempah dengan 
      menggunakan wang tabungan kelas

Penutup
bersyukur kerana hasil penat lelah telah membuahkan kejayaan - berasa sungguh gembira


Soalan 3

Sebagai ketua murid, kamu telah dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan murid tahun enam sekolah kamu.
Sediakan ucapan itu selengkapnya.

Pendahuluan
kata alu-aluan kepada Guru Besar, guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan - mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan

Isi-isi penting
(a) minggu terakhir berada di sekolah sebelum 
      tibanya perpisahan - berasa sedih dan berat hati - 
      meninggalkan sekolah
(b) mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan     
      bakti guru-guru yang memberikan tunjuk ajar 
      tanpa rungutan - guru-guru tidak akan dilupakan
(c)  berharap agar guru-guru terus berjuang - 
      mendidik anak bangsa - memartabatkan imej dan 
      prestasi murid-murid sekolah
(d) memohon maaf atas sebarang kesilapan 
      sepanjang bersekolah di situ - mendoakan 
      kejayaan kami di sekolah menengah kelak - 
      berjaya hingga ke menara gading

Penutup 
sekali lagi mengucapkan terima kasih - menyampaikan
serangkap pantun perpisahan

Soalan 4

Tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Rakyat negara ini perlu diberi galakan agar menjadikan budaya membaca sebagai amalan seharian.
Tulis karangan tentang cara-cara yang perlu dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalanagn rakyat Malaysia.

Pendahuluan
tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah - hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 turut terjejas - melaksanakan pelbagai cara untuk memupuk minat membaca

Isi-isi penting
(a) mengadakan kempen kesedaran - misalnya, 
      pameran, ekspo, ceramah - mengedarkan risalah 
      tentang kepentingan membaca
(b) ibu bapa atau penjaga perlu menjadi model - 
      menerapkan minat membaca sedari kecil - 
      misalnya, membacakan anak-anak buku sebelum 
      mereka tidur
(c)  menyuburkan minat terhadap buku dan 
      pembacaan kepada anak-anak dari awal - 
      menyediakan bilik bacaan mini yang selesa di 
      rumah
(d) mengemas kini persembahan isi, ilustrasi, dan 
      laras bahasa dalam bahan bacaan - menepati cita 
      rasa khalayak terutamanya golongan kanak-kanak
(e) menjadikan buku sebagai hadiah bagi semua 
      pertandingan - memupuk minat membaca

Penutup
setiap usaha haruslah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan - menguar-uarkan slogan Buku Jendela Dunia

Soalan 5

Semua murid menginginkan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.

Pendahuluan
mengimpikan kecemerlangan - memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR - memerlukan usaha dan kesungguhan

Isi-isi penting
(a) tekun ketika sesi pembelajaran di dalam kelas - 
      memberikan perhatian terhadap pengajaran guru 
      - mrncatat nota - mudah menguasai pelajaran
(b) banyak membuat ulang kaji - membaca nota-nota 
      pelajaran - membantu menguatkan ingatan - lebih 
      faham akan pelajaran
(c)  mengikuti kelas bimbingan - anjuran sekolah dan 
      pusat tuisyen - menguasai pelajaran
(d) banyak membuat latihan - diperoleh daripada 
      buku-buku dan laman web tertentu di Internet - 
      pendedahan terhadap soalan peperiksaan

Penutup
berusaha memperoleh kejayaan - usaha tangga kejayaan - ibu bapa dan guru-guru gembira




       



                     Foto: Cikgu Rashid Jun 2014

L. PANDUAN MENJAWAB SOALAN UPSR  (KERTAS 1)


PENGGUNAAN KATA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Soalan Penggunaan Kata lazimnya dikemukakan 
    pada soalan 1 hingga soalan 18 dalam UPSR.
2. Penggunaan kata yang dimaksudkan ialah calon 
    diminta memilih salah satu pilhan jawapan yang 
    dikemukakan. Yang paling banyak dikemukakan 
    dalam UPSR ialah kata kerja dan kata adjektif.
3. Antara teknik yang berkesan ialah Teknik Kata 
    Kunci.   


 Soalan Perbincangan 1

Nelayan itu .............serawan jala di belakang rumahnya dengan seorang anak lelakinya.
A.   menganyam                     B.  menenun
C.   menyirat                          D. memilin

4.  Apakah kata kunci yang dapat membantu calon 
     untuk menjawab soalan ini? Nelayan? Jala? 
     Rumah?
     Untuk makluman calon, kata kuncinya ialah jala,  
     bukannya yang lain-lain. Lazimnya, kata kunci   
     berada pada bahagian belakang garisan atau  
     tempat kosong.
     Mengapakah jala dapat dianggap sebagai kata   
     kunci?

a)  Sekiranya calon membuang keterangan predikat  
     dalam ayat di atas, calon masih dapat menjawab  
     soalan ini.
     Nelayan itu.........serawan jala.
b)  Sekiranya calon menggantikan perkataan nelayan
     dengan perkataan lain, calon masih dapat   
     menjawab soalan ini.
     Pak Ismail..........serawan jala.
c)  Sekiranya calon membuang perkataan serawan            
     jala, calon tidak lagi dapat menjawab soalan ini.         
     Nelayan itu.................di belakang rumahnya  
     dengan anak lelakinya.

5.  Selepas kata kunci dikenal pasti, barulah calon 
     menentukan pilihan jawapannya dengan melihat  
     pilihan ABCD satu persatu untuk mementukan 
     kesesuaian dengan serawan jala.
     A. menganyam serawan jala
     B. menenun serawan jala
     C. menyirat serawan jala
     D. memilin serawan jala

6.  Perkataan menganyam lazimnya digunakan  
     untuk 'tikar,' menenun pula digunakan untuk 
     songket, manakala memilin digunakan untuk 
     'sabut.
     Perkataan menyirat bermaksud " membuat jala, 
     menganyam, menjalin, merajut".
     Pilihan jawapan yang paling sesuai untuk soalan 
     perbincangan di atas ialah menyirat.

Latihan Perbincangan 
1.  Semua rakyat bersedih kerana tidak menduga bahawa sultan yang berjiwa rakyat itu......... secara tiba-tiba.   

A. beradu            B. bersantap            C. mangkat    
D.belasungkawa

2. Apabila melihat mata Puan Salmah......... saya turut berasa sayu atas kejadian malang yang menimpa keluarganya.  
A. mereneh          B. merengek           C. menyala   
D. merengket

3. Dia membeli setandan pisang yang masih..........
untuk dijadikan kerepek.
A. ranum    B. mentah     C. mengkal       D. longkah

4. Ibu bapa diingatkan agar tidak terlalu.................
mengejar    kemewahan   sehingga     mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
A. cuai   B. gelojoh      C. ghairah     D. gelabah

5. Rendang ayam kampung yang dimasak oleh Mak Munah ............ kerana api terlalu besar.
A. rapuh     B. garing     C. hangus      D. rentung 

6. Karyawan filem itu terpaksa menerima kritikan
................daripada pengulas filem kerana filem terbaharunya itu tidak mencerminkan keharmonian rakyat di negara ini.
A. kuat      B. hebat       C. sengit        D. dahsyat

7. Menurut pihak berkuasa, kapal terbang itu terpaksa
melakukan pendaratan kecemasan..........satu daripada enjinya telah mengalami kerosakan.
A. jika      B. kerana      C. kecuali        D. dengan

8. Ibu menggunakan sejenis cecari khas ................
memastikan pakaian yang dicucinya itu berbau harum.
A. untuk      B. kerana      C. supaya       D. dengan

9. Pihak sekolah bercadang untuk......... jalan masuk
ke sekolah kerana semakin sempit selepas pokok bunga ditanam di sepanjang jalan.
A. melebar         B. kelebaran            C. pelebaran
D. memperlebar 

10. Tindakan .............. akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai di jabatan itu yang melanggar peraturan pejabat.
A. tatacara   B. tataadab  C. tatasusila   D. tatatertib 

SINONIM
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1.  Salah satu teknik yang dapat digunakan  ialah Teknik Tukar Ganti. Teknik ini mudah untuk dilakukan kerana calon hanya perlu menggantikan perkataan   yang   dipilih   dengan   kata   yang bergaris.    Kemudian   calon    perlu      membaca keseluruhan ayat itu semula. Sekiranya maksud ayat tersebut sama, maka pilihan jawapan tersebut betul. 

Soalan Perbincangan
Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun sifat bakhil yang ada padanya tidak disenangi oleh penduduk setempat.
Perkataan seerti bagi perkataan bakhil ialah
A. lokek       B. tamak       C. hasad        D. angkuh

2.  Pertama sekali, calon membaca keseluruhan ayat yang diberikan. Berikan fokus pada perkataan yang bergaris, iaitu bakhil. Sekiranya calon memang mengetahui maksud bakhil, tidaklah menjadi masalah untuk menentukan perkataan yang seerti dengannya.
Namun begitu, bagi memastikan jawapan yang dipilih itu benar-benar tepat dan sesuai, calon dinasihati agar meletakkan setiap pilihan jawapan ABCD pada tempat bergaris itu. Selepas itu, calon perlu membaca keseluruhan ayat itu semula dan calon akan dapat mengenal pasti sama ada maksud ayat setelah ditukar ganti itu sama ataupun tidak sama. Perhatikan langkah kedua di bawah.

a)  Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun  
     sifat lokek yang ada padanya tidak disenangi oleh 
     penduduk setempat.
b)  Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun 
     sifat tamak yang ada padanya tidak disenangi oleh 
     penduduk setempat.
c)  Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun 
     sifat hasad yang ada padanya tidak disenangi oleh 
     penduduk setempat.
d)  Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namu 
     sifat angkuh yang ada padanya tidak disenangi 
     oleh penduduk setempat.

3.   Berdasarkan keempat-empat ayat di atas (a-d), ayat yang manakah mempunyai maksud yang sama dengan ayat soalan? Perkataan manakah yang paling sesuai digantikan dengan perkataan bakhil? Adakah lokek, tamak, hasad atau angkuh? Sudah pasti (a) yang paling sesuai dan bersamaan maksudnya, iaitu lokek kerana bakhil dan lokek itu membawa maksud 
"kedekut dan kikir". Perkataan tamak, hasad dan angkuh tidak bersamaan maksud dan maknanya dengan bakhil.Soalan perbincangan ini,jawapannya A.

Latihan perbincangan
1.  Ustaz Elias mengingatkan murid-muridnya agar tidak memendam perasaan marah yang keterlaluan.
Perkataan seerti bagi memendam ialah
A. menaruh       B. mengawas        C. membasmi
D. membendung

2.  Cikgu   Napsiah    runsing    kerana     memikirkan masalah anak muridnya malas membaca.
A. risau       B. bosan     C. kecewa       D. segan

3.  Bola raga yang disepak oleh Tun Ali terkena tengkolok Tun Muhamad.
A. destar     B. topi      C. samping      D. songkok

4. Ayah menuntun tangan adik ketika hendak melintas
jalan raya.
A. menarik  B. memimpin  C. menolak   D. memapah 

5. Mohd Nor membidas setiausaha persatuan itu yang tidak mahu mendengar pandangan ahli jawatankuasa
yang lain.
A. menghentam     B. menentang       C. mengkritik
D. mengecam

ANTONIM
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1.  Salah satu teknik yang  dapat    digunakan   ialah Teknik Tidak.   Melalui   teknik   ini,   calon     perlu meletakkan perkataan  tidak  pada   hadapan   yang bergaris itu.

Soalan Perbincangan
Budak yang kuat makan itu sangat gempal.
Perkataan berlawanan bagi gempal ialah
A. padat      B. kurus      C. gemuk       D. uzur

2.  Bagi soalan perbincangan di atas, perkataan yang bergaris ialah gempal. Melalui Teknik Tidak, calon perlu meletakkan perkataan tidak di hadapan kata gempal. Frasa yang terhasil ialah tidak gempal.
Frasa tidak gempal membawa maksud "tidak gemuk, tidak padat atau bertubuh kurus". Oleh sebab itu jawapannya ialah B iaitu kurus. Perkataan kurus bererti tidak gempal. 

Latihan Perbincangan
1.  Rakyat di negara ini dinasihati agar berjimat cermat ketika berlaku ekonomi negara dalam keadaan yang lembab ini.
Pilih perkataan bagi lembab
A.  kuat        B. pesat        C. cekap        D. pantas

2.  Pemuda itu semakin mendekatkan dirinya kepada Tuhan setelah melakukan pelbagai kesilapan.
A. melarikan      B. menjauhkan      C. melapangkan
D. mengasingkan

3.  Raja  Indraputera  menitahkan  adinda  baginda mengetuai bala tentera ke medan perang.
A. nenda    B. cucunda    C. anakanda    D. kakanda

4.  Tarikh akhir penyerahan borang penyertaan lawatan itu tidak akan dilanjutkan lagi.
A. pemberian      B. pendapatan      C. pengambilan
D. penyimpanan

5.Penyakit yang dihidapi oleh datuknya semakin tenat.  

A. kebah    B. senang     C. menurun      D. tenang


KATA BANYAK MAKNA
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1.  Teknik Ambil Buang merupakan cara yang dapat dimanfaatkan oleh calon untuk menentukan jawapan dengan lebih pantas dan tepat. Yang dimaksudkan dengan Ambil dan Buang ialah:

a)  Bagi ayat yang diyakini betul oleh calon apabila dibaca, maka calon hendaklah menandakan tanda (/)
pada ayat tersebut.
b)  Bagi ayat yang diyakini salah, oleh calon apabila dibaca, maka calon hendaklah menandakan tanda (X)
pada ayat tersebut.
c)  Selepas setiap ayat ditandakan sama ada (/) atau
(X), calon   perlu  melihat  jawapan   ABCD  yang diberikan. Bagi ayat yang ditanda (/), calon hendaklah mengambilnya sebagai jawapan. Bagi ayat yang ditanda (X), calon   perlu   membuangnya    daripada jawapan pilihan.
d) Kemudian,   calon   dapat    menentukan    pilihan jawapan ABCD  dengan  lebih  mudah  lantaran   ada pilihan yang telah dibuang atau disingkirkan  terlebih
dahulu.
e)  Ringkasnya, ayat  yang  betul  hendaklah  diambil, manakala ayat yang salah hendaklah dibuang daripada pilihan jawapan.


AYAT SAMA MAKSUD
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Soalan Perbincangan
Pementasan teater itu akan diadakan di Istana Budaya bersempena dengan program kesenian
kebangsaan.
A. Bersempena dengan program kesenian kebangsaan
    pementasan teater telah diadakan di Istana    
    Budaya.
B. Istana Budaya akan mengadakan pementasan    
    teater itu bersempena dengan program kesenian 
    kebangsaan.
C. Bersempena     dengan     program      kesenian 
    kebangsaan, akan berlangsung pementasan teater
    itu di Istana Budaya.
D. Istana  Budaya  akan  mengadakan   pementasan 
    teater itu untuk memeriahkan sambutan program 
    kesenian kebangsaan.

1.  Salah satu teknik yang paling sesuai untuk dimanfatkan dalam soalan jenis ini ialah Teknik Penggal Ayat.
2.  Teknik ini dimanfaatkan untuk memastikan dua aspek penting untuk menentukan jawapan yang betul berlaku iaitu:
a)  maklumat yang penting tidak tertinggal
b)  maklumat yang tidak ada tidak dimasukkan
3.  Cara untuk memanfaatkan teknik ini adalah dengan memenggalkan ayat kepada frasa-frasa.
Sebagai contoh, perhatikan soalan perbincangan ini.

Pementasan   teater   itu / akan   diadakan    di Istana       Budaya     /    bersempena   dengan   program kesenian kebangsaan.

Ayat ini, selepas dipenggalkan akan menjadi tiga
bahagian frasa, iaitu:
a)  Pementasan teater itu
b)  akan diadakan di Istana Budaya
c)  bersempena dengan program kesenian  
     kebangsaan
4.  Calon mestilah memastikan jawapan yang dipilih mengandungi tiga bahagian tersebut. Sekiranya salah satu bahagian tidak ada, maka ayat yang dipilih tidak lengkap dan tentulah ayat tersebut tidak mempunyai maksud yang sama.
Bersempena    dengan   program    kesenian kebangsaan, pementasan   teater   itu   akan diadakan. ( tidak ada " di Istana Budaya")

5.  Sekiranya jawapan yang dipilih mengandungi bahagian tambahan yang tidak dinyatakan dalam ayat soalan, maka ayat yang dipilih itu turut tidak memiliki maksud yang sama, contohnya:
Di Istana Budaya, pementasan teater itu akan diadakan bersempena dengan program kesenian dan kebudayaan kebangsaan. ( tambahan maklumat yang tidak ada, iaitu  "....dan kebudayaan")

6.  Berpandukan pemenggalan yang dilakukan, calon akan dapat menghasilkan beberapa ayat yang mempunyai maksud yang sama iaitu:
a)  Akan diadakan di Istana Budaya bersempena 
     dengan program kesenian kebangsaan 
     pementasan teater itu.
b)  Akan diadakan di Istana Budaya pementasan 
     teater itu bersempena dengan program kesenian  
     kebangsaan.
c)  Bersempena dengan program kesenian 
     kebangsaan, akan diadakan di Istana Budaya 
     pementasan teater itu.
d)  Bersempena dengan program kesenian 
     kebangsaan, pementasan teater itu akan diadakan 
     di Istana Budaya.

Latihan Perbincangan 
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

1.  Pihak pemaju perumahan / digesa agar membina 
lebih banyak rumah mampu milik / untuk keperluan golengan berpendapatan rendah.
A.  Golongan berpendapatan rendah sentiasa 
     mengharapkan pemaju perumahan membina 
     rumah mampu milik lebih banyak.
B.  Golongan berpendapatan rendah memerlukan 
     rumah mampu milik yang banyak dibina oleh 
     pihak pemaju perumahan.
C.  Rumah mampu milik hendaklah didirikan oleh 
     pemaju perumahan kerana diperlukan oleh 
     golongan berpendapatan rendah.
D.  Demi kepentingan golongan berpendapatan   
     rendah, pemaju perumahan diminta supaya  
     banyak mendirikan rumah mampu milik.

2.  Penggunaan komputer / lebih banyak membawa  kesan positif / daripada kesan negatif / kepada manusia.
A.  Dengan penggunaan komputer yang banyak, 
     manusia menerima kesan positif dan kesan 
     negatif.
B.  Manusia menerima kesan positif yang 
     banyak daripada kesan negatif dalam
     penggunaan komputer.              
C.  Penggunaan komputer menyebabkan manusia 
     menerima kesan positif dan juga kesan negatif  
     yang banyak.
D.  Lebih banyak manusia menerima kesan positif 
     daripada kesan negatif apabila menggunakan 
     komputer.







M. MEMBINA LIMA AYAT-UPSR

CONTOH 1





CONTOH 2

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.



Jawapan lengkap

1. Beberapa orang murid lelaki dan perempuan 
    beratur untuk membeli makanan di kantin sambil  
    berbual-bual.
2. Seorang murid lelaki sedang membuang sampah ke 
    dalam tong sampah yang disediakan untuk men-
    jaga kebersihan kantin. 
3. Tiga orang murid lelaki dan dua orang murid  
    perempuan menikmati makanan yang digemari 
    sambil duduk di tempat yang disediakan.
4. Yeo Kai Ting sedang menatang sepinggan makanan  
    dan segelas air minuman sambil mencari tempat 
    duduk yang sesuai.
5. Seorang pekerja kantin sedang melayani para 
    pelajar yang membeli makanan dan minuman 
    dengan mesra.

CONTOH 3

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.


Jawapan lengkap

1. Seorang bapa sedang duduk berehat di atas sofa 
    sambil membaca senaskhah surat khabar.
2. Seorang wanita menatang dulang yang berisi 
    secawan air minuman dengan cermat.
3. Arif mengantungkan gambar pada dinding agar 
    rumahnya kelihatan lebih cantik.
4. Ibu Arif melipat baju yang telah dicuci dengan 
    cermat untuk disusun di dalam almari pakaian.
5. Dua orang kanak-kanak sedang membaca buku 
    sambil diperhatikan oleh kakak mereka.



CONTOH 4

Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara untuk
menjaga kesihatan diri.




CONTOH 5


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.




CONTOH 6


Tulis lima ayat yang lengkap tentang rajah di bawah ini.




Jawapan lengkap

1. Kita hendaklah sentiasa memberi tumpuan yang 
    sepenuhnya semasa guru sedang mengajar di 
    dalam kelas supaya tidak ketinggalan dalam  
    pelajaran.
2. Kita juga boleh mengisi masa lapang kita dengan 
    berbincang bersama rakan-rakan kita tentang 
    pelajaran.
3. Murid-murid juga boleh mengunjungi pusat sember 
    untuk membuat rujukan atau membaca buku agar 
    menjadi murid cemerlang.
4. Murid-murid mestilah bergiat aktif dalam sukan 
    agar badan menjadi cergas dan otak menjadi 
    cerdas supaya mudah menerima pelajaran.
5. Kita juga hendaklah membuat ulang kaji pelajaran 
    di rumah mengikut jadual supaya dapat memahami 
    pelajaran yang diajarkan oleh guru. 







 N. KOLEKSI SOALAN UPSR 

A. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.     


1. Kakak diam membatu apabila dileteri ibu 
2. Kami sekeluarga telah lama diam di taman 
    perumahan ini.
3. Secara diam pasukan perisik mencari bukti untuk 
    menumpaskan penjenayah itu.
4. Sejak semalam ibu diam sahaja memikirkan abang 
    yang sudah lama tidak pulang.
5. Ramli turut terlibat dalam pergaduhan  itu.
6. Ekonomi negara ini turut terjejas akibat rusuhan 
    yang berlaku baru-baru ini.
7. Pasukan silat gayung sekolah saya berjaya turut ke 
    perlawanan peringkat akhir.
8. Kamu seharusnya turut akan nasihat yang 
    diberikan oleh ibu bapa kamu.
9. Budak lelaki itu terdengar suara orang berkocak di 
    sebalik dinding.
10. Air kopi di dalam cawan itu berkocak apabila 
      kakak terlanggar meja itu.
11. Hati Syaza berkocak apabila mendengar berita 
      sedih itu.
12. Pokok-pokok bunga di halaman rumah itu 
      kelihatan segar setelah hujan turun dengan 
      lebatnya.
13. Kejadian menyayat hati yang berlaku lima tahun 
      lalu masih segar dalam ingatan saya.
14. Setelah makan ubat, nenek kelihatan semakin 
      segar.
15. Para penagih dadah yang segar akan diberi 
      perhatian untuk dipulihkan.
16. Pada pagi itu, air laut di perairan Selat Melaka 
      kelihatan tenang sekali.
17. Aktiviti memancing dapat membuatkan fikiran kita 
      menjadi tenang.
18. Suasana di kampung saya amat tenang dan damai 
      sekali.
19. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur 
      kerana negara kita sentiasa aman dan damai.
20. Adik kelihatan sungguh damai setelah minum 
      segelas susu.
21. Rohana menggigil kesejukan apabila mandi di 
      dalam perigi yang damai airnya itu.
22. Murid yang keras kepala itu telah dimarahi oleh 
      gurunya.
23. Ibu memanggil kakak dan abang yang sedang 
      bermain di tengah panas itu dengan suara yang 
      keras.
24. Buku yang berkulit keras itu mahal harganya.
25. Pak Lazim tetap keras tidak mahu menerima lelaki 
      itu sebagai isteri anak gadisnya.
27. Beberapa ekor lembu sedang meragut rumput di 
      padang.
28. Pengawal keselamatan itu berjaya menangkap 
      perompak yang telah meragut wang di bank itu.
29. Kemalangan ngeri itu telah meragut nyawa empat 
      orang penumpang bas itu.
30. Seorang pemuda telah berjaya meragut beg 
      tangan kepunyaan wanita itu. 

          
B. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

1. Mereka pergi ke Kuala Lumpur menaiki komuter.  
    A. Bilakah mereka menaiki komuter untuk pergi ke 
        Kuala Lumpur?
    B. Di manakah mereka menaiki komuter untuk 
        pergi ke Kuala Lumpur?
    C. Mengapakah mereka menaiki komuter untuk 
        pergi Ke Kuala Lumpur?
     D. Mereka pergi ke Kuala Lumpur menaiki apa?

2. Pembinaan dewan sivik yang baharu itu dipersetujui 
    oleh semua penduduk kampung.
    A. Bagaimanakah penduduk kampung bersetuju 
        membina dewan sivik yang baru?
    B. Siapakah yang bersetuju untuk membina dewan 
        sivik yang baharu itu?
    C. Mengapakah penduduk kampung membina 
        dewan sivik baharu itu?
    D. Benarkah dewan sivik baru dibina oleh penduduk 
        kampung? 

3. Haiwan seperti harimau, rusa, dan kuda berdarah 
    panas sementara ular, kura-kura, dan katak pula 
    ialah haiwan yang berdarah sejuk.
    A. Mengapakah haiwan seperti harimau, rusa dan 
        kuda berdarah panas?
    B. Bagaimanakah haiwan yang berdarah panas dan 
        haiwan yang berdarah sejuk?
    C. Kenapakah haiwan seperti ular, kura-kura, dan 
        katak berdarah sejuk?
    D. Apakah perbezaan antara haiwan seperti 
        harimau, rusa, dan kuda dengan haiwan seperti 
        ular, kura-kura, dan katak? 

4. Kegembiraan jelas terbayang pada wajah Parisha 
    setelah memerima anugerah itu.
    A. Apakah yang berlaku kepada Parisha setelah 
        menerima anugerah itu?
    B. Bagaimanakah perasaan Parisha setelah 
        mendapat anugerah itu?
    C. Mengapakah Parisha berjaya menerima 
        anugerah itu?
    D. Mengapakah Parisha layak menerima anugerah 
         itu?

5. Pada zaman dahulu petani membajak sawah 
    dengan menggunakan kerbau.
    A. Apakah yang dilakukan oleh petani dahulu?
    B. Bagaimanakah petani dahulu membajak sawah?
    C. Bilakah kerbau digunakan untuk membajak 
        sawah?
    D. Mengapakah kerbau digunakan untuk membajak 
         sawah?

6. Festival Gemalan Sedunia yang telah diadakan di 
    Kuala Terengganu baru-baru ini agak meriah.
    A. Apakah sambutan yang diadakan di Kuala 
        Terengganu?
    B. Bilakah Festival Gamelan Sedunia telah 
        dilangsungkan?
    C. Bagaimanakah sambutan Festival Gamelan 
        Sedunia itu?
    D. Di manakah Festival Gamelan Sedunia itu 
         diadakan?

7. Untuk mengawal masalah, peraturan yang lebih 
    ketat harus dikuatkuasakan.
    A. Mengapakah masalah ini timbul?
    B. Siapakah yang patut kita ambil untuk 
        membendung masalah ini?
    C. Apakah yang patut kita ambil untuk 
        membendung masalah ini?
    D. Benarkah bahawa masalah ini boleh diatasi?

8. Sharifah bercadang untuk menemani Alia ke 
    perpustakaan setelah dia menyiapkan kerja 
    sekolahnya.
    A. Siapakah yang akan menemani Alia ke 
        perpustakaan?
    B. Apakah yang akan dilakukan oleh Sharifah dan 
        Alia?
    C. Bilakah Sharifah bercadang menemani Alia ke 
        perpustakaan?
    D. Adakah Alia bersetuju dengan cadangan Sharifah 
        itu?

9. Ekspedisi mendaki Gunung Bubu adalah selama tiga 
    hari.
    A. Berapa lamakah kita dapat sampai ke Gunung 
        Bubu?
    B. Bilakah ekspedisi mendaki Gunung Bubu ini akan 
        bermula?
    C. Siapakah yang akan mengetuai ekspedisi 
        mendaki Gunung Bubu?
    D. Berapa harikah ekspedisi mendaki Gunung Bubu 
         itu akan berlangsung?

10. Peristiwa yang menyayat hati itu berlaku ketika 
      Salina berusia lima tahun.
      A. Siapakah yang mengalami peristiwa yang 
          manyayat hati itu?
      B. Di manakah peristiwa yang menyayat hati itu 
          berlaku?
      C. Apakah peristiwa yang berlaku kepada Salina?
      D. Bilakah peristiwa yang menyayat hati itu 
           berlaku?. 

11. Rumah-rumah di tepi pantai itu habis binasa 
      akibat dilanda ombak tsunami.
      A. Apakah akibat jika membina rumah di tepi 
          pantai?
      B. Mengapakah rumah-rumah di tepi pantai habis 
          binasa?
      C. Bilakah rumah-rumah di tepi pantai itu dilanda 
          ombak tsunami?
      D. Bagaimanakah keadaan rumah-rumah di tepi 
           pantai setelah ombak tsunami  melanda?

12. Lukisan itu menggambarkan kehidupan nelayan 
      yang miskin.
      A. Siapakah yang melukis lukisan itu?
      B. Apakah yang dapat dilihat melalui lukisan itu?
      C. Bagaimanakah lukisan itu dilukis?
      D. Adakah nelayan itu miskin?


C. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

1. Mengapakah perkhidmatan bot ke Pulau Perhentian 
    diberhentikan?
    A. Pelancong tidak dapat pergi ke sana kerana 
        perkhidmatan bot diberhentikan.
    B. Perkhidmatan bot ke Pulau Perhentian akan 
        diberhentikan buat sementara waktu.
    C. Perkhidmatan bot ke Pulau Perhentian 
        diberhentikan kerana laut bergelora.
    D. Pengusaha-pengusaha bot ke Pulau Perhentian 
         akan mengalami kerugian kerana perkhidmatan 
         bot ke sana akan diberhentikan.

2. Apakah penyebab utama berlaku pencemaran    
    sungai?
A. Sikap masyarakat merupakan penyebab utama 
    pencemaran sungai.
B. Masyarakat memang suka membuang sampah ke 
    dalam sungai kerana kurangnya kesedaran sivik.
C. Kita hendaklah bersama-sama mencegah 
    berlakunya pencemaran sungai.
D. Banyak sungai yang tercemar dikatogerikan 
     sebagai sungai mati.

3. Berapa lamakah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang jika menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan?
A. Banyak orang suka menggunakan Lebuhraya 
    Utara-Selatan jika hendak ke Pulau Pinang.
B. Lebuhraya Utara-Selatan dapat menjimatkan masa 
    perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
C. Lebuhraya Utara-Selatan dapat memudahkan 
    perjalanan antara Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
D.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
    lebih kurang lima jam jika menggunakan 
    Lebuhraya Urara-Selatan.

4. Bagaimanakah komputer ini boleh rosak?
A. Komputer ini telah lama rosak.
B. Komputer ini rosak kerana dipanah petir.
C. Ayah hendak membeli komputer baru untuk 
    menggantikan komputer yang rosak.
D. Komputer ini dibeli sejak abang belajar di universiti 
    lagi.

5. Di manakah letaknya tasik buatan manusia?
A. Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia.
B. Tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia 
     terletak di kawasan barat daya daerah Ulu 
    Terengganu.
C. Tasik Kenyir digunakan untuk menjana kuasa 
     hidroelektrik.
D. Banyak kaki pancing memancing ikan air tawar di 
     Tasik Kenyir.

D. Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang paling sesuai.

1. Rahim tetap menyayangi Puan Hanim meskipun Puan Hanim hanyalah.........nya.
A. anak angkat     B. ibu angkat      C. ayah angkat
D. ibu keladi

2. Tuk penghulu telah memberikan..........bahawa pada hari Sabtu ini, semua penduduk akan bergotong-
royong membaiki jambatan yang telah rosak itu.
A. kata hati          B. kata putus         C. buah fikiran
C. cakap angin

3. Banyak pekerja tidak suka akan Encik Harun kerana sikapnya yang..........itu.
A. pilih kasih       B. perang dingin        C. pening lalat
D. penyapu baru

4. Sejak semalam, Rahim dan Musa asyik.......kerana
mereka tidak sependapat dengan keputusan masing-masing.
A. angkat kaki     B. makan angin     C. perang mulut
D. minta diri

5. Azizi dan Johan........setelah mendapati mereka tidak sesuai menghadiri pesta tarian itu.
A. ambil hati          B. angkat kaki           C. bulat hati
D. hancur hati


E. Isi tempat kosong dengan perumpamaan yang paling sesuai.

1. Pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu........ . Mereka kelihatan cantik dan sama padan. 

A. seperti isi dengan kuku  
B. seperti pinang dibelah dua
C. seperti kumbang putus tali
D. seperti cincin lekat dijari

2. Pengemis-pengemis yang berumah di orong itu......
dan mereka hanya bergantung hidup daripada sedekah orang ramai.
A. bagai kera mendapat bunga
B. bagai itik pulang petang
C. seperti sampah hanyut
D. bagai melepaskan anjing tersepit

3. Wajah Cik Salbiah yang......itu telah membuatkan banyak pemuda jatuh hati kepadanya.
A. seperti emas baru disepuh
B. bagai bulan jatuh ke riba
C. seperti bulan dengan matahari
D. bagai bulan purnama

4. Encik Samad........kerana setelah dia berhijrah
ke bandar dia langsung tidak menghantar berita kepada keluarganya di kampung.
A. bagai bulan jatuh ke riba
B. bagai ayam mengeram telur
C. seperti batu jatuh ke lubuk
D. bagai langit dengan bumi

5. Puan    Normah.............apabila    suaminya menghadiahkan seutas rantai emas yang sangat dihajatinya itu.
A. seperti itik mendapat air
B. bagai kelip-kelip terbang malam
C. umpama duduk di atas daun
D. seperti cincin dengan permata


F. Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

1. Azmi ...... jatuh tersungkur apabila dia tersepak tunggul kayu di kebun ayahnya.   

A. sipi-sipi         B. dekat-dekat           C. sikit-sikit
D. nyaris-nyaris

2. Garisan yang dilukis oleh adik.......kerana dia baru
sahaja belajar menulis.
A. herot-berot   B. simpang-siur  C. pontang-panting
D. bengkang-bengkok

3. Air yang bertakung boleh menyebabkan.......mudah membiak.
A. jejentik      B. lelabah      C. kekura      D. lelumba
4. "Jangan kamu ...... untuk menunggang motosikal abang yang baru dibeli itu," kata Faizal kepada adiknya.
A. nyaris-nyaris     B. cuba-cuba      C. awal-awal
D. pandai-pandai

5. Helikpoter itu masih ................. di udara untuk memerhati keadaan yang terlibat dengan kejadian
banjir itu.
A. berpusing-pusing          B. berbolak-balik
C. berputar-putar              D. berlegar-legar


G. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.

1. Pak Jalil ....... hujung batang kayu supaya tajam yang akan dijadikan kayu pagar kebunnya.
A. mengupas   B. menarah   C. mengikis   D. meraut

2. Seekor burung helang telah berjaya ........ mangsa
dengan kukunya yang tajam.
A. memegang      B. mencengkam      C. mengambil
D. membawa

3. Kumpulan koir itu telah ....... beberapa buah lagu
patriotik sempena Hari Pahlawan dalam majlis itu.
A. alunan         B. mengalun            C.beralun
D. mengalunkan

4. Pemburu itu telah ........ beberapa das tembakan ke arah harimau itu.
A. membiarkan   B. melepaskan    C. mengeluarkan
D. menembakkan

5. Cikgu Siti sedang ....... Bahasa Melayu kepada murid-murid Tahun 5 Cemerlang.
A. ajar   B. belajar   C. mengajar  D. mengajarkan



H. Isi tempat kosong dengan kata majmuk yang paling sesuai.

1. Ismail kena saman kerana tidak memberhentikan
motosikalnya walaupun .......... berwarna merah.
A. lampu jalan    B. lampu suluh    C. lampu limpah
D. lampu isyarat

2. "Sila letakkan semua ........ di atas meja dan minta beri perhatian terhadap penerangan saya," kata Cikgu
Saadiah kepada murid-muridnya.
A. alat tulis   B. beg tangan   C. tali leher   D. cermin mata

3. Ketua kampung itu ...... setelah mendengar alasan yang diberikan oleh anak buahnya.
A. senyum manis                         B. senyum manis  
C. senyum simpul                        D. senyum tawar

4. Sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR, sekolah- sekolah telah mempamerkan kata-kata semangat yang ditulis pada ........ untuk memberikan
motivasi kepada murid-murid.
A. kain rentang    B. papan tanda   C. mercu tanda
D. papan kenyataan

5. Encik Azizi menjadi ....... dalam perselisihan faham
antara kedua-dua orang jirannya itu.
A. orang gaji   B. orang tengah    C. orang atas
D. orang rumah





  O. CONTOH-CONTOH SOALAN SISTEM  
 BAHASA PENTAKSIRAN MENENGAH 
                           RENDAH  
                             


                             
A. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Contoh soalan dan jawapan

i) Penanam-penanam sayur di kampung itu menjualkan 
   semua hasil tanaman mereka kepada seorang tauke Cina.

  menjualkan   -   menjual

ii) Pihak pengurus di syarikat itu telah mencadangkan agar 
    bilik pameran disediakan untuk mempemerkan barangan 
    keluaran mereka.

    pengurus    -     pengurusan

iii) Para pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum 
    supaya dapat mengerat hubungan antara kaum.

    mengerat   -     mengeratkan


Soalan-soalan Latihan
1. Hidupan liar di negara ini akan pupus jika tidak 
    diambil langkah yang berkesan untuk melindung 
    kewujudannya.
2. Para nelayan digalakkan agar merebut peluang 
    untuk berkecimpung dalam menangkap ikan laut 
    dalam agar pendapatan mereka meningkat.
3. Kini, industri pelancongan di negara kita  
    berkembang dengan pesat dan membawa impak 
    yang baik kepada pengembangan ekonomi negara.
4. Pencemaran bahasa Melayu semakin menjadi-jadi
    walaupun pengguna bahasa Melayu sudah meluas.
5.Tindakan yang lebih tegas perlu diambil oleh pihak 
   berkuasa terhadap perosak kemudahan awam.
6. Para remaja  lebih mudah dipengaruhi oleh pelbagai 
    unsur pembudayaan asing kerana rapuhnya jati diri 
    mereka.
7. Pemupusan hidupan liar di negara kita disebabkan 
    oleh penebangan hutan yang tidak terkawal.
8. Amalan berkongsi kereta dapat ditangani masalah 
    kesesakan jalan raya di beberapa buah bandar 
    besar.
9. Kerajaan telah berusaha untuk pembanterasan 
    inflasi dan usaha ini seharusnya mendapat 
    sokongan daripada rakyat.
10. Larangan merokok masih tidak mematuhi 
      sepenuhnya oleh sesetengah pihak walaupun  
      telah dikuat kuasakan di tempat-tempat awam.

B. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan
ejaan. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda  tidak perlu menyalin ayat itu semula. 


Contoh Soalan dan jawapan

i) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara 
   untuk meningkatkan hasil negara dalam bidang 
   komersial.

   ilmuan   -    ilmuwan

ii) Ibu pejabat kontigen polis di Bandar Sri Alam itu 
    dilengkapi kemudahan komputer yang canggih.


    kontigen    -    kontinjen

iii) Prodaktiviti sesebuah syarikat tidak akan terjejas 
    dengan adanya latihan di tempat kerja kerana 
    latihan itu tidak memerlukan kakitangan 
    meninggalkan tempat kerja mereka.

    Prodaktiviti    -    Produktiviti  


Soalan-soalan Latihan
1. Pelanggan tetap bagi sesuatu primes perniagaan 
    bersedia menjadi rujukan kapada pelanggan baru 
    yang ingin mencuba perkhidmatan di kedai 
    tersebut.      
2. Dengan adanya kerjasama daripada ibubapa, gejala 
    sosial dapat kita tangani secara berkesan.
3. Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak sekolah 
    terhadap murid-murid yang ponting sekolah supaya 
    mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.
4. Kebanyakan pengusaha kraftangan di negara ini 
    tidak berupaya menembusi pasaran antarabangsa.
5. Sesetengah   orang   beranggapan  bahawa  iklan 
    sering kali membawa kesan nagetif tetapi tidak 
    dapat dinafikan iklan membawa kesan positif juga.
6. Kerajaan    sudah    mengambil   langkah    dan 
    menumpukan kometmen untuk memajukan sektor 
    pertanian   agar   bersaing    dengan    sektor 
    perindustrian. 
7. Masyarakat di negara ini diseru agar menghormati 
    jiran-jiran dan memelihara silaturrahim dengan 
    mereka.
8. Penghijrahan dan kadar kelahiran serta kemudahan 
    kesihatan yang semakin baik telah dikenalpasti 
    menjadi punca pertambahan penduduk bandar.
9. Peminat sukan di negara ini sering memperkatakan 
    ahli-ahli sukan negara kita yang masih ketinggalan 
    jika dibandingkan dengan perstasi ahli sukan luar 
    negara.
10. Kerajaan sentiasa bekerja keras untuk 
      mengagihkan sumber ekonomi kepada semua 
      rakyat dalam keadaan sama-rata.

C. Dalam setiap petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan 
ejaan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda tidak 
perlu menyalin petikan itu semula.

( i )  Punca lain wujudnya fonemena ponteng sekolah ialah sestem pendidikan negara kita yang terlalu berorentiasikan peperiksaan. Hal ini terbukti apabila kebanyakan sekolah mencatit kadar ponteng yang tinggi setelah selesai peperiksaan , sama ada peperiksaan awam atau peperiksaan peringkat sekolah. 

( ii )  Pinjaman dapat melahirkan pelajar yang rajin dan bersemangat tinggi untuk menempoh kehidupan. Pelajar yang mempunyai kesedaran tentang hutang yang telah ditanggongnya,  akan berusaha melangsaikan hutang tersebut. Mereka akan melakukan pelbagai perkerjaan sambilan pada waktu lapang terutamanya semasa cuti semester.

( iii )  Badan-badan sukan di negara ini mestilah berhati-hati   
apabila mengambil juru latih dari luar negara. Hal ini sangat penting bagi mempastikan bahawa mereka yang diambil itu benar-benar pakar dan mampu meningkatkan pencapaian ahli sukan kita di peringkat antara bangsa.

  
D. Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan tatabahasa. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Contoh soalan dan jawapan

i) Di atas sebab-sebab keselamatan, orang ramai tidak 
   dibenarkan masuk ke kawasan tapak pembinaan itu.

   Di atas    -    Atas   


ii) Ketua kampung itu akan membincangkan tentang 
    masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung 
    dalam mesyuarat itu nanti.

    membincangkan tentang masalah    -      



    membincangkan masalah                                                                                                                                                       

iii) Mesyuarat tersebut diadakan untuk menyelesaikan 
    masalah yang penduduk kampung itu alami.        

    penduduk kampung itu alami    -    dialami oleh penduduk
    kampung itu 

Soalan-soalan latihan 
1. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas 
    kehadiran pegawai daerah untuk merasmikan Program 
    Masyarakat Penyayang.
2. Mulai dari hari ini, murid-murid diwajibkan menyertai 
    sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum.
3. Beberapa orang pengemis yang berpakaian compang-
    camping itu tidur di bawah pokok dengan beralas surat 
    khabar.
4. Kertas kerja yang dibentangkan oleh para-para 
    cendekiawan itu mendapat perhatian daripada peserta 
    seminar itu.
5. Beberapa helai baju itu tidak adik pakai lagi kerana sudah 
    sempit.
6. Oleh kerana dibebani hutang yang banyak, Encik Husni 
    sering menghadapi masalah kewangan.
7. Berdasarkan pada akta yang ditetapkan, pokok yang 
    sudah matang sahaja yang dibenarkan ditebang oleh 
    pembalak. 
8. Para peserta yang mengikuti ekspedisi itu telah selamat 
    sampai ke puncak Gunung Kinabalu petang tadi.
10. Kebanyakan perabot yang dipamerkan itu terdiri 
      daripada perabot yang dibuat dari kayu jati.

E. Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Contoh soalan dan jawapan

i) Basikal yang rosak itu basikal Rohani.
   
   a) Basikal itu rosak.

   b) Basikal itu basikal Rohani.

ii) Buku-buku di atas meja ini kepunyaan Salmiah atau 
    kepunyaan Radziah?

   a) Buku di atas meja ini kepunyaan Salmiah?

   b) Buku di atas meja ini kepunyaan Radziah?

iii) Kamalia menangis apabila mendapat tahu bahawa 
    ayahnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

  a) Kamalia menangis.

  b) Kamalia mendapat tahu bahawa ayahnya terlibat dalam 
      kemalangan jalan raya.

Soalan-soalan latihan
1. Kakak belajar di Universiti Malaya atau di Universiti Sains 
    Malaysia?
2. Murid-murid tahun enam berkumpul di dewan untuk 
    mendengar taklimat ringkas daripada Guru Besar.
3. Filem yang sedang ditayangkan itu diarahkan oleh 
    seorang pengarah muda.
4. Adik menangis apabila dipukul oleh ibu petang semalam.
5. Ramli datang lewat ke sekolah kerana bas yang  
    dinaikinya rosak di pertengahan jalan.
6. Shamugam tidak akan pulang ke rumah selagi kerja-
    kerjanya belum selesai.
7. Para petani turun ke bendang untuk mencari rezeki.
8. Penggubah lagu yang sangat kreatif  itu memenangi 
    anugerah Seniman Negara.
9. Ubat ini sesuai untuk pesakit darah tinggi dan pesakit 
    kencing manis.
10. Amin masuk ke bilik lalu merebahkan badannya di 
      atas katil.

F. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat pada ruang yang disediakan.

Contoh soalan dan jawapan

i)  Orang yang berbaju merah itu adik saya.

    Subjek:        Orang yang berbaju merah itu

    Predikat:      adik saya

ii) Amir dan kawan-kawannya bermain bola di padang.

    Subjek:       Amir dan kawan-kawannya

    Predikat:     bermain bola di padang

iii) Basikal yang berwarna merah itu kepunyaan Ramu.

    Subjek:      Basikal yang berwarna merah itu

    Predikat:    kepunyaan Ramu.

Soalan-soalan latihan
1. Puan Rahmah diminta menyiapkan segala kerja yang 
    diberikan kepadanya.
2. Kuih-muih di atas meja itu dimasak oleh nenek.
3. Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman itu sedang 
    bergotong-royong membina balai raya.
4. Hujan lebat yang turun selama beberapa hari 
    menyebabkan kawasan tanah rendah dinaiki air.
5. Murid-murid yang sedang duduk di bawah pokok itu, 
    pemain bola sepak sekolah kita.
6. Kenangan manis semasa di bangku sekolah, begitu 
    mencuit perasaan saya.
7. Gambar pemandangan yang kamu lukis itu sungguh 
    cantik.
8. Guru-guru itu sedang mendengar taklimat ringkas 
    daripada Guru Besar.
9. Pasukan bola sepak sekolah saya telah berjaya 
    menewaskan Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan 
    Taman Megah Ria.
10. Para cendekiawan sedang berbincang tentang cara-cara 
      menangani masalah jerebu di negara ini. 

G. Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan  Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

Contoh soalan dan jawapan

i) . Orang yang berbaju merah itu sahabat saya.

    FN + FN

ii). Perabot kayu jati itu sangat mahal harganya.

    FN + FA

iii). Perdana Menteri merasmikan majlis itu.

    FN + FK

Soalan-soalan latihan
1. Ikan bakar itu sangat sedap rasanya.
2. Bas Ekspres Delima itu dari Utara.
3. Bangunan yang tinggi itu Bangunan Tabung Haji.
4. Cikgu Rahman mengajar murid Tahun 6 Delima.
5. Novel yang dibaca adik itu sangat tebal.
6. Para doktor sedang merawat mangsa-mangsa 
    kemalangan itu.
7. Bas yang berwarna biru itu menuju ke selatan.
8. Para pekerja mengecat bangunan yang tinggi itu.
9. Buku itu kepunyaan saya.
10. Kereta ayah berwaarna biru.

H. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan.

Contoh soalan dan jawapan

i). Puan Rubiah baharu saja sampai di kampungnya pagi 
    tadi.

    Ayat Penyata

ii). Nama pemuda yang berbaju merah itu siapa?

     Ayat Tanya

iii). Tutupkan suis lampu itu.

     Ayat Perintah

Soalan-soalan latihan
1. Jangan pijak rumput.
2. Kerajaan akan membina rumah kos rendah di kawasan 
    itu.
3. Murid-murid diminta hadir ke sekolah petang nanti untuk 
    membuat persiapan sambutan Hari Guru.
4. Wah, hebat sungguh persembahan pelawak itu!
5. Saya telah membaca buku cerita yang tebal itu.
6. Bagaimanakah cara membuat kek pisang itu?
7. Adik menumpahkan air di atas meja itu.
8. Kunci pintu dan tingkap sebelum kamu keluar.
9. Ayah baru pulang dari pejabat?
10. Susun buku-buku itu di atas almari kaca itu.

I. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

Contoh soalan dan jawapan

i) Puan Salmah telah memberikan wang saku kepada anak-
   anaknya sebanyak RM3.

   Anak-anaknya telah diberi wang saku sebanyak RM3 
   oleh Puan Salmah.

ii) Cikgu Razif sedang mengajar murid-murid tahun enam 
    mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Murid-murid tahun enam sedang diajar oleh Cikgu Razif 
    mata pelajaran Bahasa Melayu.

iii) Penduduk kampung Sungai Rinting mengemukakan 
    bantahan kepada wakil rakyat di kawasan itu.

    Bantahan dikemukakan oleh penduduk Sungai Rinting 
    kepada wakil rakyat di kawasan itu.

Soalan-soalan latihan
1. Saya sudah mengemas bilik tidur adik pagi tadi.
2. Kami telah menghias pentas di dewan dengan cantik.
3. Naim telah membaiki basikal Rani yang rosak.
4. Mahkamah menjatuhi pesalah itu hukuman gantung 
    sampai mati.
5. Cikgu Najib tidak pernah menolak pandangan daripada 
    pelajarnya.
6. Pelajar UNISEL sedang mengisi borang pinjaman 
    pendidikan di dewan.
7. Para pekerja kantin sedang mencuci pinggan dan 
    mangkuk yang telah digunakan. 
8. Murid-murid sedang menyusun kerusi dan meja di dalam 
    kelas msing-masing.
9. Beberapa ekor lembu sedang meragut rumput di padang 
    yang luas itu.
10. Dua orang anggota polis telah berjaya menangkap dua 
      orang perompak dalam satu sekatan jalan raya.

J.Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif dengan 
   mengekalkan maksud asalnya.

Contoh soalan dan jawapan

i) Peraturan sekolah dipatuhi oleh semua murid sekolah itu. 


   Semua murid sekolah itu mematuhi peraturan sekolah.

ii) Kereta baru keluaran tempatan itu dibeli oleh abang.

   Abang membeli kereta baru keluaran tempatan itu.

iii) Sampah di belakang rumah telah saya bakar pagi tadi.

    Saya telah membakar sampah di belakang rumah pagi 
    tadi.

Soalan-soalan latihan
1. Mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu di sekolah saya 
    dipengerusikan Abdul Malik.
2. Cikgu Razak telah saya temui di makmal sains.
3. Pergolakan yang berlaku di negara itu diperhatikan oleh 
    pemimpin dunia.
4. Majlis perasmian sekolah baru itu telah disempurnakan 
    oleh Menteri Besar Johor.
5. Bangunan setinggi 20 tingkat itu dibina oleh buruh-buruh 
    mahir dari Indonesia.
6. Kolam ikan di rumah saya baharu sahaja dibersihkan oleh 
    bapa saya.
7. Kuih-muih di atas meja itu dimasak oleh nenek.
8. Kerusi-kerusi yang ada di dewan itu disusun oleh murid-
    murid tingkatan tiga.
9. Dua orang penjenayah yang dikehendaki itu telah berjaya 
    diberkas oleh pihak polis.
10. Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dianjurkan oleh 
      Persatuan Bahasa Melayu. 


K. Isilah tempat kosong dalam petikan di bawah ini dengan kata yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta jawapan anda.
Petikan tidak perlu disalin semula.

        Pencegahan dadah harus bermula dalam kalangan
keluarga. Usaha ini melibatkan ibu bapa......1......anggota
keluarga melalui pembentukan keluarga.......2..... Strategi
mencegah penggunaan najis dadah.......3......... .harus di-
laksanakan oleh ibu bapa......4........ memberikan  belaian kasih    sayang,    asuhan     yang  ......5........merapatkan hubungan,  menjalinkan  kemesraan    dalam ........6........ anggota keluarga serta membimbing anak .........7............
mempunyai keperibadian yang tinggi.   Oleh ......8...... itu,
ibu bapa   perlu    disedarkan........9.......    pentingnya di-
pertingkatkan hubungan kekeluargaan dan ........9...........
dan ...........10.................. nilai-nilai yang murni.

Jawapan:
1. dan                                             6. kalangan
2. bahagia                                       7. supaya/agar
3. yang                                            8. sebab
4. termasuklah                                 9. tentang
5. sempurna                                   10. pemupukan

Soalan latihan

1. Isilah tempat kosong dalam petikan di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan beserta jawapan anda. Petikan tidak perlu disalin semula.

        Usaha untuk memelihara hidupan liar tidak seharusnya hanya terserah kepada pihak yang berkenaan sahaja, malahan      masyarakat      sepatutnya     turut.......1........ tanggungjawab ini. Jika mereka tidak berupaya memberikan
bantuan........2........, tidak menjadi kesalahan jika mereka.......3.......  tenaga mereka. Pihak ......4....... massa
haruslah bekerjasama dalam ..........5........... menyiarkan rencana atau filem dokementar ........6.......... dapat mem-
berikan penjelasan kepada.........7............ ramai tentang
...........8.......... menyelamatkan hidupan liar. Kita mesti
berusaha .......9........ untuk menyelesaikan masalah ini agar kita tidak akan menyesal ......10............ masa akan datang.


2. Isilah setiap tempat kosong dalam petikan di bawah ini dengan kata yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta jawapan anda. Petikan tidak perlu disalin semula.

        Perkahwinan, walau di mana sekalipun dan apa bagsa sekalipun pasti disambut dengan penuh meriah, diiringi dengan adat istiadat yang diwarisi turun-temurun. Sekarang ini lebih ramai .........1........    pengantin    yang    suka mengenakan ...........2.......... secara barat. Mungkin mereka 
.........3........ gaun pengantin barat sekarang......4....... begitu mudah didapati dan .......5............ sentiasa berubah-ubah.
          Biarpun begitu, .........6..........yang kita warisi daripada
nenek .......7....... tetap kita junjung. Pasangan........8........
Melayu akan kelihatan lebih cantik.......9......... segak dengan songket sedondonnya. Pengantin .......10...........
pula kelihatan lebih berseri dengan hiasan cucuk sanggul
yang melintang di kepala.






 P. SOALAN PEMAHAMAN PROSA  
TRADISIONAL PT3

A.Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

       Telah genaplah empat puluh hari empat puluh malam. Maharaja Marakarma dan isterinya dihias dengan selengkapnya, dinaikkan keatas perarakan panca persada tujuh tingkat, dihadap oleh segala raja, dan anak dara yang memegang puan. Kemudian diarak berkeliling negeri Mercu Indera tujuh kali. Maharaja Kisna Ingera, Mengindera Dewa, raja Mengeernalelaa, dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian masing-masing, seperti Maharaja Kisna Indera memanah ke udara, turun hujan bunga rampai. Mangindera Dewa juga memanah ke udara, turun pula hujan air mawar, panah raja Mengernalelaa dapat mengeluarkan cahaya matahari, dan Dikar Agus Peri memanah ke udara, turun hujan permata ratna mutu manikam.

        Segala raja, menteri dan rakyat sekalian di negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani menjadi raja di dalam negeri Mercu Indera itu.

                                              ( Dipetik daripada prosa klasik Hikayat 

                                                                                   Marakarma, Antologi Harga Sebuah 
                                                                                   Lukisan, Tingkatan 3 DBP.)


i)   Nyatakan unsur-unsur kesaktian yang diperlihatkan oleh 
     beberapa watak yang terdapat dalam petikan prosa di     
     atas?

ii)  Petikan prosa di atas menggambarkan sebahagian 
     daripada upacara pertabalan diraja.
     Apakah perkara-perkara yang dilakukan dalam upacara 
     tersebut?

iii) Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja pada zaman 
    dahulu memiliki ilmu kesaktian?
                                                     
                             (Sumber: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ) 

                                  


B. Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


                      PANTUN EMPAT KERAT

              Pergi belukar memasang pikat,
                     Pulangnya lewat di hujung petang;
              Jikalau sentiasa berjimat cermat,
                     Rezeki secupak terasa segantang.

              Indah nian pemandangan dunia,
                     Dari timur hingga selatan;
              Sikap berjimat amalan mulia,
                     Orang boros sahabat syaitan.

              Masak ranum buah ara,
                     Jatuh sebiji di atas papan;
              Jika berjimat setiap perkara,
                     Pasti terjamin masa hadapan.

              Sungguh pahit buah peria,
                     Dimakan juga dibuat sayur;
              Membesar belanja sikap sesia,
                     Hanya menambah beban kewangan.

              Singgah berehat di Kota lama,
                     Kuih dijamah air dihirup;
              Berjimat cermat suruhan agama,
                     Jika diamal sejahtera hidup. 

                                                (Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak   
                                                                                      Jantung, Tingkatan 1 DBP)



i)   Berdasarkan puisi di atas, nyatakan faedah-faedah yang 
     diperoleh daripada amalan mulia.

ii)  Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya 
     bahasa yang menarik. Berdasarkan puisi di atas, berikan  
     dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan contoh 
     yang sesuai.

iii)  Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk 
     mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan 
     kanak-kanak?

  

  Q. PERIBAHASA MELAYU PT3   

A. Tulis lima peribahasa berpandukan gambar-gambar di 
    bawah ini.
Add caption
























1. Seperti telur di hujung tanduk.
2. Burung terbang dipipiskan lada.
3. Bagai ayam mengeram telur.
4. Ibarat burung di dalam sangkar, mata terlepas badan 
    terkurung.
5. Bagai kera mendapat bunga.


 B. Tulis lima peribahasa berdasarkan gambar di bawah ini.















                                              
1. Cinta monyet.
2. Seperti monyet kena belacan.
3. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-
    tengah.
4. Menanti kucing bertanduk.
5. Kucing kurap.

C. Tulis lima peribahasa berdasarkan gambar di bawah ini











1. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina.
2. Seperti kera mendapat bunga.
3. Lembu punya susu, sapi punya nama.
4. Seperti lembu dicucuk hidung.
5. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.


D. Tulis lima peribahasa berpandukan gambar di bawah ini





















1. Seperti tikus membaiki labu.
2. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.
3. Ada udang di balik batu.
4. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak 
    ragam.
5. Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul.




R. KESALAHAN UMUM BAHASA MELAYU PADA PAPAN 
                  TANDA DAN BAHASA ROJAK






 










                                                                                                     































































































R. TUISYEN  BAHASA  MALAYSIA







Gambar Cikgu Rashid sedang mengajar murid-murid
tingkatan 3, mata pelajaran Bahasa Malaysia.

INGIN MEMPEROLEH A DALAM MATA 
PELAJARAN INI  - UPSR DAN PT3?
TERSEDIA  PROGRAM TUISYEN DI RUMAH AGAR IMPIAN ANDA MENJADI KENYATAAN.

Perkara-perkara yang diajarkan:
1) Tingkatan 1, 2, dan 3
    (a)  Sistem bahasa terkini PT3
    (b)  Membina ulasan  PT3 
    (c)  Pemahaman KOMSAS PT3
    (d)  Karangan  PT3 

2) Tahun 4, 5 dan 6
    (a)  Membina ayat ( Bhg. A )
    (b)  Penulisan karangan ( Bhg. B )
    (c)  Membina ulasan / nilai murni ( Bhg. C )
    (D) Tatabahasa dan Pemahaman ( Kertas 1 )

3) Tahun 1,2, dan 3
    (a) Semua bahagian dalam PBS.
    (b) Teknik menjawab soalan ujian

4) Pra Sekolah
    (a) Mengenal huruf, bertutur, membaca dan menulis
    (b) Teknik menjawab soalan ujian







APA TUNGGU LAGI!
HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT.
CIKGU RASHID: 012-7124334

                              Rumahku Syurgaku 
      



S. BERITA SEMASA




















                        
                   





Murid-murid yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pasti akan berasa bangga dan gembira sekali kerana dapat memenuhi hasrat ibu bapa dan guru-guru mereka. Anda pula bagaimana?
              





         Baru-baru ini saya telah berpeluang menyampaikan ceramah UPSR kepada murid-murid di sebuah sekolah di 
Pontian. Daripada apa yang dapat saya lihat, setiap ceramah yang diadakan, sedikit sebanyak mampu menaikkan semangat para pelajar untuk membuat persediaan yang lebih baik sebelum menghadapi peperiksaan.
         Lazimnya ceramah-ceramah seumpama ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan pada saat-saat akhir sebelum menjelangnya peperiksaan. Para pelajar seharusnya mengambil peluang untuk menghadiri ceramah-ceramah seperti ini dan menimba sebanyak mungkin pengetahuan-pengetahuan baru dan memanfaatkannya bagi memudahkan para pelajar menjawab soalan peperiksaan. Insya-Allah saya akan cuba mendekati para pelajar yang memerlukan bantuan saya khususnya para pelajar yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
        Saya berdoa semoga anda semua berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal diduduki nanti. Terima kasih.
Cikgu Rashid 2014           

                                 
                                  

         


  
                                                        



  





Ibu bapa seharusnya bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak tentang pelajaran, selain memberikan didikan moral dan agama agar anak-anak menjadi insan yang berguna. Mendidik anak-anak umpama memberikan baja yang secukupnya kepada tanaman supaya menghasilkan buah yang lebat dan berkualiti.

    

Hai, kamu buat apa tu?....Cari peluang nak tiru ke!!    





                           
     

   



















"Awak.....awak dah buat kerja rumah yang Cikgu Rashid
suruh ke? Aku tak nak buatlah. Mak aku tak beri aku
susu, macamana aku nak buat."











 







Murid-murid cemerlang dalam PMR. Tidak dapat digambarkan dengan lukisan serta tidak dapat diluahkan dengan kata-kata, 
   betapa gembiranya mereka kerana telah berjaya mencapai 
   impian mereka selama ini. Tahniah diucapkan.   
   
















Murid-murid yang rajin dan bercita-cita tinggi tidak pernah membuang masa. Mereka akan mengisi masa lapang mereka dengan berbincang atau mengulang kaji pelajaran. Bagi mereka, masa itu lebih berharga daripada emas.










7 comments:

  1. Selamat Belajar. Semoga anda semua berjaya.

    ReplyDelete
  2. banyak pengetahuan saya peroleh dari blog Cikgu Rashid

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu ,saya berpendapat bahawa blog ini banyak membantu saya mempelajari Bahasa Melayu, seterusnya memudahkan saya menjawab soalan SPM. daripada Parisha Kaur

    ReplyDelete