MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN DAN KEKANGANNYA.
Usaha memartabatkan bahasa Malaysia sebenarnya amat bergantung kepada kesedaran hakiki dalam sanubari setiap ahli masyarakat kerana kasih mereka terhadap negara, walau siapa pun mereka. Menghormati, mengguna, dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan ini mestilah dilakukan oleh setiap individu tanpa menunggu sebarang paksaan atau menanti sebarang bentuk pulangan. Langkah yang murni ini ialah tanggungjawab hakiki setiap individu terhadap negaranya.
'Bahasa Jiwa Bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan akhir-akhir ini, bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'bahasa Melayu' yang bersifat perkauman sekali gus tidak releven dengan gagasan 1 Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?
Langkah perdana yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengetepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.
Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris juga harus dihapuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak dapat dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan bahasa Malaysia di negara ini. Jika teras pentadbiran turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada suatu hari nanti, generasi akan datang tidak mengenali perkataan 'Melayu' lagi.Ironinya, usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris dilihat sangat proaktif sebagai pemangkian yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.
Sementelahan pula, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka haruslah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia suatu ketika dahulu, dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil oleh DBP untuk mewujudkan 'jiwa bangsa' dalam kalangan masyarakat.
KEKANGAN YANG DIHADAPI KE ARAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
1. KEPELBAGAIAN KERANCUAN DALAM SEBUTAN
Menurut Awang Sariyan ( 1994)), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia menguasai sistem ejaan, peristilahan, dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Berikut disenaraikan kerancuan dalam bahasa Melayu dari segi sebutan.
1.1 Pengaruh Bahasa Ibunda
1.1.1 Satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu ialah
terjemahan langsung, sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa, tanpa mengambil kira struktur bahasa Melayu yang betul.
Bahasa
|
Terjemahan
|
Ni hau ma?
|
Awak apa khabar?
|
What is your name?
|
Apa nama awak?
|
Dhosthi kya hai?
|
Persahabatan apakah itu?
|
2.2 Bahasa Pasar/ Basahan
2.2.1 Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian. Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin (rojak). Tindakan ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka. Akhirnya, sampai bila-bila pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk menguasai bahasa Melayu yang betul.
2.2.2 Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti berikut :
Yahya : Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo?
Tauke : Ampat belat.
Yahya : Kasi kulanglah, tauke.
Tauke : Mana boleh. Sekalang, ikan susah lapat.
Yahya : Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke.
2.3 Bahasa Dialek/ Daerah
2.3.1 Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek (dialék) bermaksud
satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan kepada penggunaan bahasa daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya di sekolah, guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan murid lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya.
Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan penggunaan bahasa dialek atau daerah ini waima dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan kemesraan sesama mereka. Seharusnya sikap ini dielakkan agar kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha pembakuan itu dapat mencapai satu tahap yang membanggakan.
2.3.2 Contoh-contoh bahasa dialek atau daerah yang sering digunakan
dalam kalangan pengguna bahasa Melayu Brunei, (daerah Papar, Sabah) adalah seperti berikut:
Bahasa dialek / basahan Baku
banar benar
basar besar
kadai kedai
butak botak
karang nanti
kan akan/ hendak
Lihat contoh ayat di bawah:
Bahasa dialek / basahan Baku
i) Rumah itu basar. Rumah itu besar.
ii) Kan ke mana kamu? Kamu hendak ke mana?
iii) Kemari kita? Marilah ke sini.
iv) Karangku ke rumahmu. Nanti saya datang ke
rumah awak.
3.0 KERANCUAN DALAM TATABAHASA
Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan salah satu sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Kesilapan dalam tatabahasa ini ini adalah termasuk kesilapan penggunaan kata pemeri adalah danialah, kata sendi nama di, ke, dari dan daripada, di antara dan antara dan lain-lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga, boleh merobah makna dalam sesuatu ayat jika ia tidak dititikberatkan. Berikut disenaraikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.
3.1 Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah
3.1.1 Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata ini ialah seperti berikut :
i ) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Salah
|
Betul
|
Anak adalah anugerah Allah. | Anak ialah anugerah Allah. |
Beliau adalah orang yang pertama berhijrah. | Beliau ialah orang yang pertama berhijrah. |
Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat cemerlang. | Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat cemerlang |
ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Salah
|
Betul
|
Kursus ini ialah untuk kaum wanita. | Kursus ini adalah untuk kaum wanita. |
Baju itu ialah baik. | Baju itu adalah baik. |
iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.
Salah
|
Betul
|
Matlamat utama syarikat ini adalahmembantu para golongan muda.
Usaha yang dijalankan adalahmenerbitkan risalah.
| Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.
Usaha yang dijalankan adalah denganmenerbitkan risalah
|
iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Salah
|
Betul
|
Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa… | Dengan ini dimaklumkan bahawa… |
Adalah dimaklumkan bahawa… | Dengan ini dimaklumkan bahawa… |
v ) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja
Salah
|
Betul
|
Keputusan ini diambil adalahberdasarkan… | Keputusan ini diambil berdasarkan… |
Para pelajar adalah dipelawa memohon… | Para pelajar dipelawa memohon… |
3.1.2 Kesimpulannya :
a ) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.
b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.
3.2 Kesilapan Penggunaan Kata Sendi di
3.2.1 Pengguna sering terkeliru antara penggunaan di sebagai kata sendi dan disebagai imbuhan. Bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya.
i ) Kata sendi nama di
Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya :
Salah Betul
diangkasa di angkasa
disana di sana
dilaut di laut
Kata sendi nama di tidak boleh digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya :
Salah Betul
di abad ke – 20 pada abad ke-20
di saat ini pada saat ini
di zaman ini pada zaman ini
ii ) Imbuhan Awalan di
Seperti imbuhan yang lain, awalan di hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya :
Salah Betul
di basahi dibasahi
di catat dicatat
di isi diisi
3.3 Kesilapan Penggunaan Kata Dalam Ayat
Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata yang tidak tepat boleh menyebabkan terjadinya perubahan makna. Berikut disenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu :
Salah
|
Betul
|
Ada berbagai barang di kedai itu. | Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.
|
Ali dihadiahkan sebuah buku. | Ali dihadiahi sebuah buku.
Sebuah buku dihadiahkan kepada Ali
|
Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal. | Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.
Saya menghadiahkan sebuah basikal kepada Salim.
|
Dia merindukan anaknya.
Ibu meniduri adik.
| Dia merindui anaknya.
Ibu menidurkan adik.
|
Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung. | Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung. |
Bola itu ditendang oleh saya.
Bola itu Ali tendang.
| Bola itu saya tendang.
Bola itu ditendang oleh Ali.
|
Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih. | Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih. |
Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak. | Saya tidak menyebelahi kedua-dua pihak. |
Setengah orang suka makanan manis. | Sesetengah orang suka makanan manis. |
Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang. | Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung pada niat seseorang. |
Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya. | Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya. |
4.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KERANCUAN DAN KESANNYA TERHADAP PROSES PEMBAKUAN
4.1 Faktor-faktor Penyebab Kerancuan
Banyak faktor yang menyebabkan kerancuan terjadi. Menurut Awang Sariyan ( 1994)
” Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?”
4.1.1 Faktor yang pertama ialah gangguan daripada bahasa ibunda, dialek atau bahasa daerah, serta bahasa lisan atau bahasa pasar. Tidak dinafikan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit sebanyak mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan tidak.
4.1.2 Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan kesalahan. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan. Perkataan bajet, misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris, budget, dengan alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan membawa makna yang negatif, iaitu orang yang suka berbelanja.Pengaruh media massa juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan kerancuan terjadi. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Contoh terbaru yang dapat kita lihat ialah penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh RTM. Penggunaan istilah tersebut masih diteruskan penggunaannya walaupun menerima kritikan tokoh bahasa. Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana istilah baru dibentuk seperti yang ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia ( DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah.
4.1.3 Faktor ketiga ialah buku yang berbeza huraian atau pegangan. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za’ba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Kekeliruan berlaku berpunca daripada ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa.
4.1.4 Faktor seterusnya ialah pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui sistem bahasa. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem ini, maka mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya, bahasa Melayu mempunyai sistem, baik dari segi ejaan, morfologi mahupun sintaksis. Lihat sistem bahasa Melayu tentang pembentukan apitan pe…an, seperti yang berikut:
- Laksana – melaksanakan- pelaksanaan( bukan *perlaksanaan)
- Lantik – melantik – pelantikan ( bukan *perlantikan)
4.1.5 Faktor yang kelima ialah kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa. Ada sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah aspek bahasa yang salah dikatakan yang salah dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah. Banyak kosa kata yang yang muncul sejak akhir-akhir ini yang memaparkan gejala tersebut. Dalam kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai kejahilan bahasa. Mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak mahu mengambil kira pandangan ahli bahasa atau badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah bahasa.
4.2 Kesan Terhadap Proses Pembakuan Bahasa
Berdasarkan contoh-contoh kerancuan yang telah dibincangkan, sudah pasti ia memberi kesan terhadap proses pembakuan bahasa Melayu. Antara kesan-kesan tersebut ialah :
i) Mutu bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot.
ii) Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat.
iii) Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh
generasi Melayu.
iv) Masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa
asing dan berasa malu untuk bertutur dalam bahasa
Melayu.
5.0 PENUTUP
5.1 Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah penguasaan bahasa oleh generasi muda kita, dari murid sekolah rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara adalah jauh dari memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek dari kesalahan ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang yang tidak berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan untuk menghalang berlakunya kitaran krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa Melayu.
5.2 Cadangan
Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Di samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media perlu turut bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi.
DBP juga perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa.
Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul.
Semoga dengan langkah-langkah ini, kerancuan bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment