BAHASA MELAYU

SEMUA PIHAK HARUS BERGANDING BAHU KE ARAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DAN BAHASA RASMI DI MALAYSIA.

Friday, 27 March 2015


Nyamuk Aedes majalah sains
TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN0


IMR Hasilkan Cat Dinding Anti Nyamuk Aedes


Penggunaan cat anti-nyamuk Aedes yang dibangunkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dijangka dapat dikomersialkan pada awal Jun depan.
Ketua Unit Entomologi IMR, Dr Lee Han Lim, berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar cat antarabangsa untuk menghasilkan cat anti-nyamuk itu yang kini dikenali sebagai ‘painticide‘.
IMR tidak mampu menghasilkan cat ini secara besar-besaran untuk dikomersialkan secara sendirian kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Justeru, selaras dengan polisi pengkomersialan kerajaan, kami mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar cat terkemuka untuk membolehkannya dikomersialkan di seluruh dunia.
Sehingga sekarang, ‘painticide’ ini sudah dipatenkan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Vietnam, Indonesia selain Malaysia.
Dr Lee berkata, produk berkenaan juga sudah didaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Bagaimanapun, kita belum memperoleh maklumat mengenai harga dan berat tin cat yang akan dikomersialkan itu. Kita sedang berbincang dengan syarikat itu mengenainya.
Kementerian Kesihatan sebelum ini memperkenalkan cat anti-nyamuk sebagai langkah baharu bagi mengatasi masalah nyamuk Aedes selain penggunaan semburan racun luar rumah atau outdoor residual spray (ORS) yang mengandungi bahan deltamethrin.
Cat antinyamuk dikatakan berupaya membunuh nyamuk aedes kira-kira 10 minit selepas ia hinggap pada dinding yang disapu cat berkenaan.
Cat yang mengandungi bahan pembasmi serangga,deltamethrin dan piperonyl butoxide (PBO) itu mempunyai keberkesanan sehingga dua tahun.
Malaysia antara negara yang berada di tangga teratas dalam bilangan kes demam denggi di dunia dengan mencatatkan 2,500 hingga 2,800 kes demam denggi setiap minggu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Demam denggi meragut 215 nyawa sepanjang tahun lalu dan 95 kematian di antara Januari dan Mac ini.

TELEFON PINTAR JENAMA MALAYSIA


Assalamualaikum..


Brand baru telefon pintar keluaran anak FELDA Malaysia.


       Kalau sebelum-sebelum ni, ada telifon bimbit jenama Malaysia antaranya . CSL dan e'Touch Mobile, sekarang ni ada lagi 1 jenama telefon yang dibuat oleh anak Melayu Malaysia jenama GFon. Telefon pintar GFon akan mula memasuki pasaran tempatan pada pertengahan bulan hadapan dan buat permulaan pihaknya pengeluar menyasarkan untuk menjual sebanyak 50,000 unit telefon model Zizo 10 dan Zizo 5. Kedua-dua model tersebut yang setanding jenama terkenal antarabangsa akan dijual pada harga di bawah RM1,000.

     Menurut Mohd Suarjohani yang berasal dari Felda Tenggaroh 02, Johor Bahru berkata, pemasangan telefon pintar berkenaan dibuat sepenuhnya di negara ini iaitu di kilang miliknya di Felda Tenggaroh Dua, Mersing.

      Diperkatakan juga, kecanggihan GFon ni setanding dengan Samsung Note 3. wahhhh. macam menarik kan? harga pon jauh lebih murah.