BAHASA MELAYU

SEMUA PIHAK HARUS BERGANDING BAHU KE ARAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DAN BAHASA RASMI DI MALAYSIA.

Tuesday 7 October 2014


PUNCA KEBANJIRAN PENDATANG ASING DI MALAYSIA DAN KESANNYA.

          Pendatang asing dapat didefenisikan sebagai kedatangan sekumpulan manusia atau seseorang  dari sesuatu negara ke negara lain dengan tujuan yang tertentu. Pendatang asing dapat dikatogerikan kepada dua kelompok iaitu pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pendatang asing yang sah ialah orang yang masuk ke sesebauh negara dengan mendapat keizinan dari negara yang ingin dikunjungi berdasarkan akta dan peraturan yang ditetapkan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin (PATI), ialah seseorang yang masuk ke sesebuah negara tanpa mendapat keizinan dari negara yang ingin dikunjungi, tegasnya masuk secara haram. Salah satu negara di dunia yang menjadi tumpuan pendatang asing ialah Malaysia. Malaysia dianggap sebagai lubuk emas oleh negara jiran kita yang miskin. Meskipun bekerja di luar negara menghadapi pelbagai masalah, namun mereka tiada pilihan lain untuk mengubah nasib mereka yang daif, lantas mencari sumber rezeki di negara lain seperti Malaysia. Sistem penghijrahan yang berkesinambungan hanya menguntungkan negara pengekspot tenaga pekerja, sebaliknya akan merugikan negara penerima atau pengimport. Malaysia yang menerima pendatang asing tanpa henti sama ada secara sah atau secara haram telah mengundang pelbagai masalah sosial dan kesan negatif akibat kedatangan mereka. Pelbagai faktor telah mendorong pendatang asing dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, Nepal dan Pakistan memasuki negara kita.

Kebanjiran pendatang asing setiap tahun mengundang pelbagai masalah sosial
di negara kita.












PPertumbuhaAntaranya, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang utama. Lantas,ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai untuk mencari rezeki yang lumayan. Kehadiran pendatang asing tanpa izin(PATI) telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian,kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi.

           Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah pengeluaran permit pekerja asing dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira keperluan sebenar pihak majikan merupakan punca kebanjiran pekerja asing. Adalah dianggarkan terdapat 2.5juta pekerja asing di Malaysia. Ia merupakan kira-kira 25peratus daripada keseluruhan pekerja di negara kita iaitu sebanyak 11 juta orang. MTUC pernah mendapat maklumat bahawa sebanyak 48,000 permit telah dikeluarkan oleh menggaji pekerja asing bagi sektor tertentu dalam tempoh sebulan. Permit telah dikeluarkan dengan sesuka hati tanpa berasaskan kepada keperluan dan analisis mengenai implikasinya.

            Faktor yang seterusnya ialah sikap majikan. Terdapat sesetengah majikanyang sengaja mahu mengurangkan kos dan mengaut keuntungan yang berlebihan dengan cara menggaji pekerja asing dibayar upah yang murah berbanding orang tempatan. Sekiranya majikan itu menggaji pekerja tempatan,mereka mendakwa kos operasi akan meningkat kerana mereka terpaksa membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial(Perkeso). Tambahan pula,tenaga kerja asing lebih mudah untuk dikerah dan dieksploitasi berbanding dengan pekerja tempatan.


Mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di pusat-pusat hiburan di kebanyakan bandar-bandar besar.








               Kedatangan PATI ini telah menimbulkan pelbagai kesan antaranya ialah kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Malangnya, mereka terus melakukan jenayah di sini. Kes pecah rumah, merompak,pembunuhan,rogol dan aktiviti lain yang mengganggu ketenteraman penduduk tempatan kian meningkat. Khususnya di Selangor,Perak,Melaka dan Johor. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap malam dalam satu tempoh yang panjang.

              Selain itu,merebaknya penyakit-penyakit berbahaya secara meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya,pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Ada antara mereka menghidap AIDS,tibi,penyakit kelamin dan sebagainya. Akibatnya,rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga dishakan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan telah mempercepatkan jangkitan AIDS. 



Kedatangan mereka ke negara ini juga telah menimbulkan masalah setinggan. Mereka sanggup mendirikan rumah secara haram di tanah-tanah kerajaan, sebagai tempat berlindung.














              Kedatangan pendatang asing tanpa izin juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas,seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu,pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu,pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.


Kebanyakan daripada mereka bekerja di sektor perladangan dan sektor perkilangan walaupun dibayar dengan gaji yang agak rendah berbanding dengan pekerja tempatan.






            Di samping itu, hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan,pembinaan,dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu,terdapat antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan,misalnya membuka gerai makanan,menjual barang kemas,lampu hiasan,batik dan sebagainya. Ketika nilai mata wang kita jatuh dengan teruk,peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

       Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah PATI ini antaranya ialah pihak berkuasa perlu meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin,imigresen dan tentera laut hendaklah berganding bahu dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuj menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi.


Tindakan tegas perlu diambil terhadap pendatang asing tanpa izin termasuklah menghantar mereka pulang ke negara asal mereka. Langkah ini dapat membendung kebanjiran mereka ke negara kita.







         Seterusnya,pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.   

           Selain itu,kerjasama masyrakat. Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat,terutamanya pihak majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja. 

         Di samping itu,kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting juga bagi membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri,perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebig efektif.

         Secara keseluruhannya,keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian,negara memerlukan pekerja asing tetapi bukan kebanjiran.

          Jika langkah-langkah tertentu tidak diambil,masalah-masalah ini akan menimbulkan implikasi yang negatif terhadap sistem sosial,ekonomi mahupun politik dan ketenteraman negara. Jika kerajaan dan rakyat Malaysia menyayangi Malaysia maka milik kita"Malaysia" mesti dijaga dan dipelihara agar tidak dicemari oleh budaya negatif yang dibawa oleh pendatang-pendatang asing.



No comments:

Post a Comment