Selasa 26 Ogos 2014
Antara pelajar yang memporoleh anugerah cemerlang, berdasarkan pencapaian mereka yang amat membanggakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan 2.
Ceramah UPSR yang diadakan baru-baru ini mampu memberikan semangat dan keyakinan kepada para pelajar pada saat-saat akhir sebelum mereka menduduki peperiksaan.
Para pelajar yang berjaya menerima pelbagai cenderamata begitu gembira kerana merasakan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh mereka selama ini membuahkan hasil dan dihargai. Setidak-tidaknya mereka akan lebih bersemangat untuk berusaha bagi mencapai kejayaan seterusnya, yang lebih penting dan bermakna untuk kecemerlangan masa depan mereka.
Sebahagian daripada mereka yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka yang telah lama belajar di sini. Ada sesetengahnya mereka mula belajar di sini sejak mereka tadika lagi.
Kepada mereka ini saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan.
Tidak lupa juga saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa pelajar yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk membimbing anak-anak mereka.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2014.
ANTARA PELAJAR-PELAJAR UPSR 2014
UPSR BOLEH! UPSR BOLEH! UPSR BOLEH!
KAMI DAPAT! KAMI DAPAT!
Begitulah.. laungan yang penuh dengan semangat oleh para
pelajar UPSR sebaik-baik sahaja majlis ceramah UPSR
tamat.
No comments:
Post a Comment